17.11.08

bahagian tubuh yang terpenting

satu cerita antara ibu dan si anak yang bernama zam
ceritanya bermula begini...

Dulu ibu ada bertanya. “Zam, bahagian tubuh mana yang terpaling penting?”

Aku jawab telinga. Salah kata ibu. Bukankah ramai orang yang tuli?

Aku jawab mata. Salah juga kata ibu. Bukankah ramai orang yang buta?
Aku jawab lidah. Juga salah. Bukankah ramai orang yang bisu?

Hari ini ibu saudara kesayanganku meninggal dunia. Arwah adalah satu-satunya adik-beradik sedarah sedaging kepada ibuku. Saat mayat mahu dikuburkan, ibu tak sanggup memandangnya. Ditekupkan mukanya ke bahu ayah. Ditahan air mata dengan dua tapak tangan.

Usai urusan pengkebumian, ibu memandang dua anak mataku. Katanya, “Zam hari ini kau telah melihat sendiri. Betapa bahagian tubuh badan yang terpaling penting adalah bahu.”

Aku keliru “Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?”

Ibu membalas “Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Adakalanya dalam hidup ini kita memerlukan bahu untuk menangis. Ibu cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan sahabat handai agar kamu selalu punya bahu untuk menangis bila sahaja kamu memerlukannya.”

Akhirnya aku sedar, bahagian tubuh yang terpaling penting adalah tidak menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi bersimpatilah terhadap kesedihan yang dideritai oleh orang lain.


p/s : ditujukan khas bwat ecah. haha:)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin