10.12.08

ragam budak sekolah.

cite 1 : PERANG.

seorg guru menyuruh anak muridnya membuat sebuah karangan mengenai peperangan Amerika ke atas Iraq dengan membayangkan diri sendiri sebagai askar dalam pertempuran itu.


guru : edi, cikgu suruh buat karangan tapi kenapa awak hantar kertas kosong da hanya tulis perkataan "ouch!" saja?

edi : sebab sebelum peperangan bemula lagi saya dah ditembak oleh musuh dan tak ingat apa-apa lagi selepas itu.



cite 2 : HARI SUKAN.

hafiz : bila hari sukan sekolah awak?

zamri : semalam

hafiz : oh. semalam. apa yang awak menang?

zamri : saya dapat 2 emas je.

hafiz : baguslah. kalu begitu, bolehlah gadai.

zamri : @*#*%&



cite 3 : 4 PERKATAAN.

cikgu : amir, saya nak tanya awak satu soalan. apakah dia 4 perkataan yang selalu digunakan oleh pelajar apabila disoal oleh guru?

amir : (terdiam sambil menggeleng kepala) saya tidak tahu cikgu!

cikgu : bagus! tepat sekali jawapan awak!

amir : lorh!!

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin