8.7.09

jalan jalan itu walking around 1

cuti-cuti malaysia kali ini akan bawa anda ke sekitar
BANDARAYA KUALA TERENGGANU.

sangat seronok jalan-jalan di sana.
walaupun wang tidak banyak di dalam saku,
namun ke-enjoy-an tetap dijalin utuh sesama kami.
bertolak dari kampus dalam pukul 9 pagi
dan lebih kurang pukul 12 tengah hari
konvoi kami tiba di kuala terengganu.
menaiki 4 biji motosikal dan seramai 8 orang peserta.
agak menyiksakan juga keadaan pinggan kami ketika itu.
badan menjadi kebas ketika turun dari motosikal.

sampai di sana,
para peserta dibahagi kepada 2 kumpulan.
kumpulan pertama bermalam di rumah
asyraf aka cerah mantap.
ahlinya; fakhrie, sabri, izar serta tuan rumah, cerah.
kumpulan kedua pula bermalam di rumah
hakim aka KU sumbak.
ahlinya; shoki, helmi, aku dan kim selaku tuan rumah.

lepas solat jumaat group aku naik kereta kim
ke rumah afiq (memang duduk KT). kemudian,
ke rumah cerah untuk pergi jalan-jalan.
group cerah naik moto sahaja. group aku
naik kereta. haha.

berikut adalah aktiviti yang telah berlangsung pada hari pertama :
1) Taman Tamadun Islam
2) Jalan-jalan cari pasal di Giant dan Mydin
3) Berkaraoke dan bergumbira sakan
4) Take away di McD
5) Lepak di Pantai Batu Buruk
6) Balik rumah dan tidur

berikut pula aktiviti yang telah berlaku pada hari kedua :
1) Sarapan pagi
2) Menunggu rombongan pihak wanita
3) Melawat Kemang
4) Lunch di rumah Cerah Mantap
5) Bersiap-siap untuk pulang kampus
6) Perjalanan pulang
7) Singgah di Pantai Penarek
8) Sampai kampus dan tidur











sambungan pada episod ke-2


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin