25.9.09

Rasional Emosional

salam.

kita sebagai manusia ini bukanlah sempurna sangat.
masing-masing punya kelebihan serta kekurangannya.
jadi kita yang hidup dikelilingi manusia cubalah untuk menjadi pelengkapan antara satu sama lain.
jangan hanya mengharap kesempurnaan itu datang dari sebelah pihak sahaja.
sebab itulah manusia itu diciptakan berpasang-pasangan.

aku bukan sempurna serba serbi dan dari segala seginya.
aku ingin memohon kemaafan andainya tingkah laku aku membuat anda terasa.
andai percakapan diri ini membuat anda tidak selesa.
sekiranya gurauan yang aku lemparkan membuat anda terluka parah.

kepada kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat hadai.
aku tahu aku bukan sempurna.
aku tahu aku kasar guraunya.
aku tahu aku celupar percakapannya.
andai aku bersalah, aku mohon maaf dari anda semua.
andai aku tersalah langkah, terkhilaf laku, aku mohon diperbetulkan.






notakaki :: sowi ter-emo pulak selepas menukar blog template :)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin