27.9.09

Thanks A Lot















salam.


sudah seminggu kita di bulan syawal ini.
banyak juga kisah-kisah yang menarik sepanjang seminggu ini.
ada yang okey, ada yang biasa-biasa sahaja.
tidak kurang ada juga gembira, ada juga yang kurang gembira.
apa-apa pun situasi yang melanda anda semua,
jadikanlah ia sebagai satu pengalaman hidup.
agar semua yang berlaku itu menjadi pedoman dan ikhtibar.

dalam seminggu ini juga,
aku ingin berterima kasih buat teman-teman
yang sudi berkunjung ke rumah.
mengajak aku beraya bersama. seronok rasanya.
maklumlah bukan selalu dapat berjumpa dan berkongsi cerita.
aku juga terharulah, kawan-kawan aku sewaktu sekolah rendah
menggegarkan rumah aku petang itu.
walaupun kami bukanlah rapat sangat tapi aku sangat hargai kunjungan tersebut.
kita satu sekolah dari darjah satu sampai aku tingkatan tiga.
kalau aku tidak berpindah ke sekolah teknik, mahu sampai tingkatan lima kita bersama.
ahaha. seharian juga kita beraya kan?
dalam pada itu juga, kami-kami ada merancang untuk membuat gethering/reunion
untuk ex-skdabb 1997-2006. tapi semua itu masih dalam perancangan.

keesokan harinya pula,
my bestfriend, angah and the geng gegar rumah pula.
mereka datang sampai tiga kereta okey. mula-mula cakap satu kereta sahaja.
apa-apa pun aku sudah kenal dengan geng dia itu,
cuma belum berkesenpatan berjumpa dan duduk bual-bual sahaja.
terharu jugalah aku dibuat mereka. seronok tengok mereka. unite!
jutaan terima kasih pada korang semua sebab sudi datang.
yang ada on that day; angah, shaf, awie, hani, ain, nasriah, afiq, safwan, wan, hakim.
sedih sebab tak dapat ambil gambar kat rumah aku. huhu.

by the way, thanks a lot guys sebab sudi datang rumah aku.
tahun depang datang lagi okey? hehe.






p/s :: currently, i'm watching to korean drama. boys over flowers :)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin