3.10.09

Kalah Tidak Bermakna Gagal


salam.

baru-baru ini aku terlibat bagi pertandingan
debat inter unit 2009 yang berlangsung dari 1-3 Oktober.
aku bersama tiga rakan aku telah menjadi wakil kelas kami
untuk ke pertandingan pada kali ini.
pasukan aku terdiri daripada aku selaku Perdana Menteri/Ketua Pembangkang,
Katak bertindak sebagai Tim. Perdana Menteri/Tim. Ketua Pembangkang,
Mamu berperanan sebagai Menteri 1/Pembangkang 1 manakala
Ika berada diposisi simpanan.

dari 4 perlawanan kami hanya berjaya memenangi satu perlawanan sahaja.
apa-apa pun tetap bersyukur dengan kemenangan serta kekalah itu.
dengan itu pasukan aku tidak layak untuk ke suku akhir.
aku, mamu dan katak juga berjaya menempatkan diri dalam kalangan
50 pendebat terbaik bagi pertandingan kali. Alhamdulillah.
ini kami ambil sebagai sesi pembelajaran dan pengalaman.
insya Allah jika ada pertandingan seumpana ini dimasa hadapan
kami akan melakukan dengan lebih.

kalah kali ini tidak bermakna akan gagal pada masa hadapan.



p/s :: tidak puas hati dengan dua orang hamba Allah ini. sakitnya hati aku tengok meraka.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin