31.12.09

Warkah.

salam.



keterujaan aku untuk meng-update semakin menurun. sifat ini akan semakin meruncing apabila aku kembali ke kampus. kesibukan sebagai pelatih guru serta kesengalan capaian jaringan internet tanpa wayar adalah antara faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini. ribuan maaf dipinta andai blog ini terbengkalai. jujurnya, aku bukan seorang yang pandai dalam penulisan. aku sekadar berkongsi apa yang aku rasa, fikirkan dan tahu. jadi, janganlah meletak harapan untuk aku meberi lebih dari pengetahuan aku.

tahun 2009 akan melabuhkan tirai lebih kurang 23 jam dari sekarang. tahun 2010 pula akn menjelma. sudahkah azam anda di tahun 2009 telah berjaya dicapai? atau ia sekadar omong serta angan kosong. ibarat menaman tebu di pinggir bibir. kalau telah tercapai, syukur kepada-Nya. apa pula sasaran anda untuk tahun 2010 nanti? azam aku tidak sehebat anda mungkin. aku cuma mahu menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum. itu pun, agak sukar untuk aku capai. hehe.

jutaan terima kasih ingin aku tujukan kepada semua. bagi yang menjadi follower aku itu, maaf jika aku tidak menjadi follower anda kembali. blog anda aku rajin singgah juga. cuma jarang meninggalkan jejak saja. para pembaca, terima juga kepada anda kerana sudi membaca penulisan aku yang tidak hebat ini. senang-senang, terima kasih lah kepada semua. hehe.

untuk post akan datang insya Allah aku akan membuat rumusan tentang perjalan aku dalm berblog sepanjang 2009. insya Allah. ini bukan janji, tapi sekadar perancangan.

wassalam.

1 comments:

Unknown said...

eppy new year~mmuuacckkx!

Blog Widget by LinkWithin