1.1.10

Kisah Si Ngeng 02

salam.


cerita bermula begini

###

Azan Subuh sudah berkumandang dari masjid yang berhampiran. Si Ngeng terus mencapai tuala dan membersihkan diri di dalam bilik air. Walaupun sejuk, namun dia tetap gagah menyiram air yang dingin. Selepas sepuluh minit mandi, beliau keluar dengan menggigil serta berwudhuk.

Setelah siap berbaju, beliau melangkah ke masjid yang hanya 10 meter dari rumah beliau. Sesampai beliau di masjid, bilal terus iqomat sebagai tanda mahu solat. Dalam perjalanan menuju ke saf di hadapan, Si Ngeng disapa oleh seorang tua.

"Dik, kiblat arah mana ek?" tanya orang tua tadi. Si Ngeng kehairanan. Mahu saja ditampar muka orang tua itu. "Pak Cik, kita kan kat masjid ini. Dah tentu-tentu kiblat di arah sana" jawab Si Ngeng. Tiba-tiba muka Si Ngeng ditampar oleh orang tua itu.

Bayangang di hadapannya hilang. Rupa-rupanya Si Ngeng hanya bermimpi. Subhanallah. Cepat-cepat Si Ngeng bangun untuk menunaikan solat Subuh pada 1 Januari 2010.

###

cerita tamat.

wassalam.

|| first entri untuk tahun 2010. hehe



2 comments:

Unknown said...

haha,.aku ingt ko kne tampat tol2,.ak pun hmpir nak berasap tebal dah,.tp trus asap2 tuh dbawa angin,.hahaha

madihah said...

ngeng tu hg ka weh?

Blog Widget by LinkWithin