11.3.10

Selamat Hari Merdeka Semua.



salam.

alhamdulillah. segala tugasan yang perlu di hantar sebelum cuti ini telah aku langsaikan. walaupun tugasan-tugasan tersebut tidak sesukar berbanding tugasan-tugasan sebelum ini.

sekarang jam menunjukkan empat pagi. aku baru sahaja print out tugasan itu. selesai itu, aku terus login di sini kerana terlali gian. aku memang gian sebab sudah lama tak meng-update blog hudus ini. walaupun baru seminggu. bagi aku seminggu itu ibarat setahun, tahu??

harap maaf kepada semua. aku memang tidak bijaksana dalam matematik. seminggu pun di kira setahun. namun aku masih boleh mengira pengikt-pengikut blog hudus aku ini. setakat aku post entri ini, follower aku berjumlah 103 orang. walaupun angka pengikut blog hudus ini tak setanding blog melz, eyriqazz, jaya jr mahupun zack zukhairi. aku tetap bersyukur.

*****************************************

esok aku akan pulang ke kajang. buat apa? cuti la wahai manusia sekalian. aku cuti seperti budak-budak sekolah juga. tapi aku bukan budak sekolah okey. aku adalah seorang yang bakal mengajar anak-anak anda nanti kot. ahaha.

banyak perancangan yang telah aku atur untuk cuti nanti. maklumlah aku ini buah hati penyepak jantung kawan-kawan aku. mereka semua belajar sekangkang kera dari rumah dia orang. aku saja yang terbaling jauh di tepian pantai bukit keluang ini.

rakan-rakan yang berada di lembah klang itu. tunggulah kedatangan si hudus ini okey? ahaha. aku sudah lama tak bercanda bersama korang semua. mari kita pergi meronggeng ayuh. matilah aku duit di peti besi semakin menipis tapi ada hati mahu berjoli bintang sepuluh.

*****************************************

hari ini sudah masuk hari khamis bukan?? ini bermakna mereka-mereka yang ambil SPM pada tahun 2009 akan mengambil result mereka.

apa perasaan korang? ada seperti jantung nak gugur tak? aku dulu, sangat rileks. saja datang lambat. sebab itu, semua A telah di pulun oleh rakan-rakan aku yang lain. kesimpulan di sini, datanglah awal untuk mengutip banyak A. ahaha.

*****************************************

okeylah aku mahu melelapkan mata sebentar. ahaha. adiosa.


wassalam.





5 comments:

Mr Kamikaze said...

Iyalah keputusan spm keluar hari nie..apa lah keputusan adik gua..

joegrimjow said...

banyak dah tu 100 lebih follower

zikeryhassan said...

syukur, alhamdulillah.
tp xseramai org tu la.

Mr. Ed Yidrusz said...

huhuhu... cam da bulan ogos je.. hhuhuhu..

zikeryhassan said...

hehe. sj je bikin gempak

Blog Widget by LinkWithin