19.4.10

Think Wisely : Pilihan Di Tangan Anda.

Salam.
i love selangor

Tadi aku bukalah berita harian online untuk mengikuti perkembangan semasa. Ya, negeri tempat tumpah darah aku ini sedang hangat dengan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Walaupun aku bukan berasal dari sana namun tempias kehangatan juga terasa sehingga ke sini. Ahaha.

Tempat aku menuntu ilmu ini sedang mengalami musim panas. Sampai aku hanya berseluar sahaja ke hulu ke hilir di dalam bilik ini. *selingan tamat.

Aku agak TIDAK GEMAR dengan isu politik. Mana tidaknya, Si Biru salahkan Si Hijau. Si Pakatan palang Si Barisan. Si Gelap bergaduh dengan Si Cerah. Bila masakah kerja pentadbiran di lakukan aku pun tidak tahu.

Politik tidak stabil, rakyat terumbang ambing. Sampai bila sesama bangsa tidak mahu sekepala. Tidak boleh dibawa berdamai.

Tidak kiralah sesiapa yang menjadi wadah rakyat di Parlimen Hulu Selangor itu nanti, aku berharap beliau akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan jujur.


Sekian, wassalam.

|| maaflah jika ada di antara anda tidak boleh menerima pendapat seorang budak hingusan yang belum boleh mengundi ini.


1 comments:

zaher said...

apa2 pun mengundi tu satu tangungjawab....

Blog Widget by LinkWithin