31.5.10

Inspirasi Abadi.

Salam.

inspirasi boleh terhasil melalui pemandangan yang indah


Aku sebenarnya terlalu banyak idea-idea yang ingin dikongsikan dengan anda semua. Terlalu banyak sehingga tak tahu mahu mulakan dari mana. Dari A ke Z atau dari 1 ke 9. Hehe.


Aku ingin kongsikan dengan anda mengenai jenis sukaneka yang seronok. Memang sesuai kepada yang suka buat gathering. Aku memang suka buat sukaneka ni. Sebab secara tak langsung ia adalah salah satu cara membuli dengan cara halus. Hehe.

Aku juga ingin berkongsi kepada anda tentang gelagat manusia yang sering membuatkan aku tertawa seorang diri. Sampai ada kalanya kawan-kawan aku naik hairan kerana aku gemar tersenyum sendirian. Memang seronok memerhati gelagat serta karenah manusia seliling.

Aku ingin kongsi kepada juga tabiat-tabiat aku yang kadang-kadang senonoh dan yang kadang kala tidak senonoh. Bukan mahu buka pekung di dada sendiri. Tapi manalah tahu anda semua mempunyai persamaan dengan aku. Boleh juga kita berkongsikan. Hehe.

Tapi apakan daya, itu semua idea sahaja. Aku masih belum dapat kembangkannya lagi. Insya Allah jika ada perkembangan mengenai idea-idea tersebut akan aku kongsikan bersama anda. Harap bersabar okey.

Okeylah setakat itu sahaja. Oh ya, sebelum aku lupa. Hari ini hari terakhir untuk menyertai contest yang aku anjurkan itu. Penyertaan dibuka sehingga jam 12 tengah malam ini sahaja okey.


|| gambar sumber dari google

Sekian, wassalam.

6 comments:

yorookino said...

aku xsuke biler orng perhatikan gelagat aku..
aku rasa sngt rimas..hoho

~salam singgah

cik paro said...

sangat best perhatikan kelakuan org lain..
lagi2 di tempat sesak..
pelbagai ragam manusia boleh dilihat..

zikeryhassan said...

aku suka perhatikan orang. tapi tak suka orang perhatikan aku. ahaha.

zikeryhassan said...

ahaha. tau tape. tp kalau sesak sangat tak de maknenye nk perhatikan orang. sebab cepat2 kene tinggalkan tempat tu akibat rimas. huhu

jaya jr said...

aku bukan fotogenik..
x reti masuk kontest bergambar ni..
kui3

zikeryhassan said...

its ok la der.

Blog Widget by LinkWithin