3.5.10

Syukur Kepada-Nya. Aku Masih Selamat. (cerita)

Salam.

 sekadar gambar hiasan.

Berhubung kait dengan entri sebelum ini. Ramai yang tertanya apa yang berlaku sebenarnya. Baiklah untuk entri kali ini aku ceritakan pengalaman sepanjang perjalanan tersebut. Hehe.

Bus yang aku naiki itu sampai di Stesen Bas Jerteh pada pukul 10.30 malam. Walaupun sepatutnya bas tersebut mendarat pada pukul 10 malam. Aku dengan gigih menunggu dengan penuh kesabaran dan ketekunan sehingga bas itu tiba.

Setelah selesai kesemua penumpang mengambil tempat duduk masing-masing, bas tersebut pun bergerak. Aku pun terlelap. Sedang enak aku dibuai keindahan sewaktu tidur, aku mendengar tangisan bayi. Aku membuka mata, aku melihat seorang budak aku rasa dalam lingkungan 8 bulan menangis. Budak tersebut jatuh. Ibu budak tersebut terlepas budak tersebut dari pangkuan. 

Kedua, bas yang aku naiki nyaris-nyaris kemalangan akibat kesengalan sebuah kereta yang memotong sebuah treler di lane sebelah sebelum sampai di Gua Musang. Mujur pemandu bas yang dinaiki oleh aku sempat brek mengejut. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi kami satu lagi peluang untuk hidup.

Disebabkan kejadian itu bas itu mati ditengah-tengah jalan. Nasib bas tersebut boleh meneruskan perjalanan. Walaupun aku telah bau sesuatu yang terbakar di bahagian enjin. Aku boleh terbau sebab aku duduk di belakang sekali. Aku pun buat tidak endah sahaja dengan menyambung tidur.

Setelah menyambung perjalanan tidak lama, bas tersebut mati. Enjin rosak. Kami semua terkandas di tempat tersebuut sehingga 12 jam. Bas ganti yang membawa kami semua hanya tiba pada 10.30 pagi keeseokan harinya dan aku tiba di rumah pukul 6 petang.

Sekian, wassalam.


2 comments:

myFirdaus said...

hohoho.... siap ade cerita susulan... bgus2... ok, skrg bru aku pham keadaan sebenar... hik3

zikeryhassan said...

ramai nak sibuk tanya. sebab tu ade next part :)

Blog Widget by LinkWithin