24.4.11

Futsal Oh Futsal

Assalamualaikum.


Apa khabar kamu semua? Ada sihat ke? Sori sebab tak update blog beberapa hari ni. Bukan busy study sangat
pon sebenarnya. Busy berfoya-foya je. Hehe. Sepatutnya entri untuk kali ini aku update malam rabu lepas. Tapi disebebakan beberapa masalah teknikal maka baru hari ni aku berkesempatan nak update.

Seperti semester-semester yang lepas, budak-budak lelaki batch aku akan mengadakan Futsal Tournament. Aktiviti ini bagi merapatkan lagi ukhwah sesama kami. Pertandingan kali ini diadakan pada 20 April 2011 jam 2.30 petang dan bertempat di Gelanggang Futsal Kg. Raja, Besut. Sebanyak enam pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan dibentuk mengikut unit/kelas masing. 

Walaupun pasukan kami tak berjaya menjadi juara pertandingan kali ini, tapi aku rasa enjoy je. Sebab benda ni untuk suka-suka je. Sekadar menghilang tension dan stress. Walaupun untuk kali ini, kami dituduh menjual game. Ahaha. Yang penting kami enjoy.

Sebagai penutup tataplah gambar-gambar yang sempat di-snap oleh mak cik pembuat sandwich. Btw, thanks for the sandwich. 


team aku. sila abaikan mak cik pembuat sandwich itu.

bergaya bersama hamper kekenyangan. ahaha.



Sekian, wassalam.

4 comments:

jaya jr said...

haha,ganas ngt awok die..barca..patot menang hamper besor

ummizarra said...

wahhh bestnye dpt hamper..

Unknown said...

tak de yang besarr lagi ke hamper tu bang? haha

Hafiz Hafizol said...

Woah.. kalah pun dapat hamper besar gedabak cam2 ka?? MUahahaha.. Lau menang xtau r besar mana hamper uh..

Blog Widget by LinkWithin