3.6.11

Aku Nak Bertindiklah

Assalamualaikum.




Jika diperhatikan, dewasa ni ramai yang sudah tidak peduli tentang hukum hakam. Bak kata orang, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Sebenarnya telah lama aku perhatikan benda ni, namun aku hanya mampu memerhati saja. Tapi untuk kali ini aku rasa terpanggil untuk membangkitkan isu ini. Mungkin segelintir dari kita menganggap hal ini remeh dan telah menjadi trend semasa.

Isunya, lelaki bertindik. Rasa jelik aku memerhati lelaki yang bertindik ni. Macho sangat ke? Cantik sangat ke? Aku cukup menyampah kalau jawapan yang diberikan seandaikan soalan yang diajukan adalah seperti berikut :

Soalan : Bukankah haram lelaki memakai perhiasan wanita?

Jawapan : Ala sekarang ni kan trend. So narrow minded la kau ni

Atau

Jawapan : Zaman sekarang lelaki dengan perempuan sama je.

Rata-rata yang aku perhatikan, lelaki yang bertindik ni mempunyai pendidikan yang tinggi. Namun, mana silap tentang didikan yang diberikan dan dituntut aku sendiri pun tak pasti.

Sebelum aku menaip tentang isu ni, aku ada gak membuat sedikit pembacaan. Jadi dengan pembacaan tersebut dapatlah disimpulkan di sini.



Hukum lelaki bertindik
Bertindik ni dikhaskan bagi wanita sebagai perhiasan untuk diri mereka. Jadi bertindik telah menjadi lumrah atau fitrah wanita.  Perbuatan ni adalah ditegah dalam Islam berdasarkan hadis berikut :

Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat orang yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan orang  yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547).

Oleh itu, hukum lelaki Islam bertindik adalah haram.



|| betulkan aku jikalau aku salah.



Sekian, wassalam



10 comments:

nora said...

i suka lelaki korea bertindik,tindik 18 pun i kisah sebab jenis nampak kacak sokmo.

say no to malay guys.they looks euwwwww~haramm


=)

Hans said...

tak elok lah bertindik
muka dah2 elok bila tindik jadi sebaliknya

aLieF si Muncung ManiS said...

tak elok bertindik..even lelaki pakai rantai pun tak elok..huhu..

apik pehe said...

betol dah tu...huhu

iekasub said...

SAY NO TO PIERCE!

Solihin Zubir said...

kwn aku pun ada yg bertindik.. nk jd gangster pun, xyah la bertindik.. heheh.. huduh la..

ezhan_artwork said...

rasanya dulu waktu aku form 2 pon dh ramai mmber2 yg bertindik. Padahal waktu tu baru 14 thun. Agak2 klau skrg ni silap2 skolah rendah lg dh tindik. isykh2

Fatin Aliyya said...

seyesly ckap mmg x hensem lgsung kalo btindik, muka dh elok2 dh tuhan bg sempurna nk jugak rosakkan lg tmbh menanmbah sume tu.x phm btol ak.

mahirahnazlim said...

ape hensem sangat bertindik ? HAHA huduh la weyyy

jaya jr said...

kpop boleh,mpop jangan..tu je.haha

Blog Widget by LinkWithin