19.10.11

Mengimbau Semalam

Assalamualaikum.



Mengimbau semalam, menjadikan siapa kita pada hari. Bagaimana kita pada hari ini, mencerminkan siapa diri kita pada masa akan datang. Bak kata orang, gagal sekali bukan gagal selamanya. Kegagalan pada hari ini membolehkan kita berjaya pada masa hadapan.

Seperti insan yang lain, aku juga sering kali tersungkur. Namun, aku bangkit demi memgagahi sebuah perjuangan yang masih belum selesai selagi mata ni belum tertutup buat selamanya. Bukan aku mahu mendabik dada. Aku bersyukur kerana aku masih mampu belajar dari kegagalan lalu.

Harus diingat juga, di setiap rumah pasti ada tiang yang mengukuhkan binaan rumah tersebut. Begitu juga kita. Dari setiap kejayaan pasti ada yang menjadi punca pembakar semangat. Keluarga, sahabat dan juga musuh kita atau sesiapa sahaja. Tanpa mereka yang berada disekeliling kita, pasti kita akan terus rebah jatuh tersungkur.

Kesimpulan, apabila kita rasa kita sudah berada di puncak jaya, kedudukan itu tidak akan selamanya kekal. Pada bila-bila masa sahaja kita boleh jatuh tanpa kebangkitan bila kita melupakan orang yang berada di sekeliling kita. Hargai mereka yang sentiasa bersama kita selagi mereka masih bernyawa.




|| sebahagian peringatan buat diri sendiri.





6 comments:

eira_ali said...

nice one! its give me an inspiration. thanks buddy! =D

iszieylyanziy said...

hargailah mereka yang selalu berada disamping kita saat kejatuhan atau kegemilangan

kaAka said...

nice....kdg2 kena tgk apa silap n salah diri kita sblm salahkan org lain...kita yg mgubah sesuatu tuk mjadi lbh baik...=D

Solihin Zubir said...

ok2.. aku hargai kau la ni..
dah.. jgn nangis.. heheh..

eRza farEeha said...

nice lah!!..
jaga hunbungan sesama manusia sebaiknye..:)

Fatin Aliyya said...

zik, wah tacing aku baca entry ni.betul, sngt betul.

sush nak harungi cubaan dlm hidup tp selagi x berputus asa n ada penguat smngt insya Allah semuanya boeh dihadapi.

be strong be strong man!:)

Blog Widget by LinkWithin