11.11.11

Ini Bukan Cerita Sedih

Assalamualaikum.




Kesedihan merupakan sebahagian daripada kehidupan. Sesedih mana pun kita bersedih, kehidupan haruslah diteruskan. Memang bukan mudah untuk bangkit dari kesedihan jika tiada semangat yang waja dan jitu. Disaat seperti ini, sudah semestinya kita memerlukan sebuah tongkat yang boleh membantu kita untuk meneruskan langkah dalam perjalanan kehidupan. 

Keluarga. Itu aset terpenting yang perlu kita hargai. Harus menjadi keutamaan yang terpenting. Baik buruk mereka, buruk baik kita, harus kita terima seadanya dan mereka harus juga terima kekurangan kita seadanya. Jika mengecapi jangan buang keluarga. Kelak bila kita jatuh, kita pula dibuang.

Tuhan. Sentiasa dekat diri kepada Sang Pencipta tanpa mengira waktu. Kerana Dia sentiasa ada. Jangan sesekali alpa dengan kebahagian. Kerana sesekali kita alpa, kesedihan menemani kita sepanjang perjalanan di jalan kehidupan.



Sekian, wassalam.


4 comments:

mahirahnazlim said...

keep your faith & be strong , awak .

dan, please cheer up okay !

good luck exam ;)

NetworkMelayu said...

Be strong..Be strong..

ANA FARHA said...

jika kita selalu mengingati Dia, insyaAllah, dalam keadaan apa pun kita, pasti dapat kita laluinya.. :)

eRza farEeha said...

kuat semangat kn mnghadapi kesedihan...doa byk2..:)

Blog Widget by LinkWithin