31.12.11

Dua Ribu Sebelas.


Assalamualaikum.

Tahun dua puluh sebelas tiada yang menarik sangat. Tapi cukup untuk buat aku ingat. Banyak peristiwa untuk buat aku tersenyum, menangis. Pelbagai rasa yang harus aku telan. Pahit, manis. Lengkap untuk dijadikan pengajaran di masa akan datang.

Januari
Tahun 2011 dimulakan dengan senyuman. Kawan kawan kata aku diambang bahagia waktu itu. Mana taknya, hampir setiap yang aku post di FB mahupun Twitter berbunga cinta. Aku akui masa itu aku punya Si Comot yang mampu buat aku tersenyum dan kadang kala geram. Biasalah masih di awal perhubungan. Bercerita ke sisi pelajaran pula, masa itu semester baru saja memulakan sesinya. Mahukan kisah yang lebih lanjut? [KLIK SINI]

Februari
Bulan kedua perhubungan, segalanya masih elok. Jika bergaduh pun, sekadar bermanja orang kata. Tak banyak peristiwa yang menarik yang aku catatkan untuk bulan ni. Hari hari masih bertumpu pada pelajaran dan percintaan aku. Haha. Waktu ni juga aku ligat menghadiahkan kepada sekalian pembaca dengan post yang berunsur kejiwangan. [KLIK SINI]

Mac
Program SBE membawa aku ke Penang. Tinggal di sana selama seminggu cukup untuk aku berhabis duit berjalan ke tempat yang menarik di sana. Pengalaman ber-SBE di SK Sg Batu akan aku sematkan dalam kotak memori aku. Kisah cinta sewaktu ini berlaku sedikit pergolakkan. Disamping itu juga aku sibuk dan serabut memikirkan assignment dan juga amali untuk semester ini. [KLIK SINI]

April
Pergolakan jiwa orang muda terus terusan berlarutan pada bulan ni. Menjadi pengakhiran untuk sebuah perhubungan. Aku masih bisa tersenyum di hadapan orang, tapi jiwa aku menangis tika ini. Seperkara yang mampu membuat aku tersenyum, pembesaran keluarga aku. Areef Rayyan telah dilahirkan pada tanggal 28 April jam 10.15 pagi. Sekarang beliau sudah membesar dan semakin lincah bermain. Kisah aku dan rakan rakan berseronok juga ada. [KLIK SINI]

Mei
Penghujung semester yang membuatkan otak aku untuk ligat menghafal setiap topik pembelajaran. Tapi aku masih juga sempat mengadakan segmen sempena Hari Guru. [KLIK SINI]



Jun
Cuti semester membawa aku ke sebuah gath blogger. Pertama kali bersua muka dengan mereka semua dan mungkin juga yang terakhir bagi sebahagian dari mereka. Tak banyak yang menarik sepanjang bulan ni. [KLIK SINI]

Julai
Semester kedua 2011 bermula. Diri masih terumbang ambing ketika ni. Masih berusah untuk menguatkan diri untuk terus bertahan di persada blog ni. [KLIK SINI]

Ogos
Sepatutnya menjadi bulan terbaik sepanjang tahun. Iyalah, bulan kelahiran aku kan. Mengenali seorang kawan baru yang bagi aku sangat sweet orangnya. Menjalankan SBE seorang diri di SK Dato' Abu Bakar Baginda. Bulan ini juga lahir lagi seorang ahli keluarga baru iaitu Alia Husniyah. Beliau lahir beberapa hari sebelum raya dan hari merdeka. [KLIK SINI]

September
Melalui hari hari seperti biasa. Tiada yang menarik tiada yang mampu buat semua tertarik. Melainkan aku bertungkus lumus menyiapkan segala kerja yang tertunggak dan sisa baki kerja yang baru. Lahirnya seorang lagi ahli keluarga yang baru, Nurin Syazana. [KLIK SINI]

Oktober
Keberangkatan seorang anak buah aku ke Mesir dengan melanjutkan pelajaran di sana dalam bidang kedokotoran. Pergolakkan jiwa muda aku kembali dan membawa aku untuk deactive kan FB aku. Tempat tu tidak seperti dulu lagi. Biar pun ramai yang tertanya tanya mengapa aku sepi di situ, aku lebih selesa menjawab situ bukan tempat aku. Walaupun pada dasarnya, aku punyai sebab lain atas tindakkan tersebut. [KLIK SINI]

November
Bulan pengakhiran semester. Sibuk dalam mentelaah pelajaran sehingga melupakan apa yang bergolak dalam jiwa. Aku berjaya bertahan dan membuatkan aku lebih kuat untuk menghadapi cabaran mendatang. [KLIK SINI]

Disember
Aku berada di rumah sepanjang bulan ni. Menghabiskan saki baki cuti semester yang hampir tamat. Aku semakin sihat dan sentiasa menceriakan diri sendiri. [KLIK SINI]



Harapan 2012
Menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Tahun ni juga akan menyaksikan muka muka baru yang akan menyerikan lagi keluarga besar aku. Semester yang akan mendatang juga, merupakan fasa pertama praktikal yang akan menyaksikan aksi dan tingkah laku aku sebagai seorang guru pelatih. Aku berharap semua akan berjalan lancar. Insya Allah.




|| cukup panjang tak? kalau aku rajin akan ada entri bergambar akan menyusul plak nanti :P




Sekian, wassalam.


9 comments:

iszieylyanziy said...

untungla,,,tempat aku bukan disini,, lala.. semoga tahun 2012 lebih bermakna,,peace yaw

[k]o{q}i[n] said...

lme dh x join gath...huhuhu

mahirahnazlim said...

tutup buku dan selamat tinggal 2011 :)

Nurul Ainaa said...

adakah ini entri terpanjang sekali? hehehee.

amier azrul alias said...

wah ni kira rentetan ape yg berlaku tahun 2011 la ek?
hehe

SyedGraphiX dot Com said...

fuyooo. ada gambar gerakkk3. HAHA :P.
smoga tahun 2012 mlebih baikk dari tahun 2011. hihi

maya mayonis said...

slm.lama tak dtg sini.masa mula2 blogging dulu, rajin mlwt blog kwn2.ahah.
insyaAllah smoga tahun ni lebih baik drp thn lepaih!

Fatin Aliyya said...

zik, selamat tahun baru 2012.
teruskan blogging tau.
chayok2 ^^

all the best for bicara selipar jepun.be strong to face all the challenges in front of u.aku tau ko boleh.:P

Ben Izer said...

azam 2011 saya yang x tercapai, saya bawa ke 2012..ehehe..

Blog Widget by LinkWithin