28.2.10

Aneka Ragam, Provokasi, Boikot Memboikot

salam.

sejak akhir-akhir banyak yang tidak kena dengan manusia-manusia di sekeliling aku. aku pun tak faham kenapa perkara-perkara seperti itu boleh berlaku. maklumlah hidup beramai, beginilah. beraneka ragam, bermacam perangai.


aku lebih gemar memerhati. andai ada yang ingin meluahkan apa yang terbuku dihati mereka, aku sediakan telinga untuk mendengar. kalau mereka meminta pandangan, aku perlihatkan pemerhatian aku terhadap apa yang berlaku. bukan aku menjadi batu api. mahupun menjadi berat sebelah seperti tanggapan individu yang rendah mentalitinya.

aku jenis yang gemar memerhati. buat endah tak endah. pegangan, "selagi kau tak kacau hidup aku, aku tak kacau hidup kau" adalah sangat penting. tapi sekiranya aku berdiam dan ada yang mencabar supaya aku "cari gaduh", anda perlu AWAS!

baiklah. habis cerita tersebut. kalau aku cerita banyak-banyak nanti ada yang tak berpuas hati pula. mulalah membuat provokasi. wujud laman boikot-memboikot antara satu sama lain. hehe. sinis bukan?



sepatutnya aku perlu dan wajib mem-busy-kan diri ini dengan segala macam tugasan yang dilambakkan. tapi aku lebih senang untuk membebel di sini. aku harap ini post yang terakhir dan aku akan membebel semula semasa cuti nanti. kita lihat. adakah aku mampu untuk menjadikan ia kenyataan? ahaha.


wassalam.

26.2.10

Salam Maulidur Rasul 1431 H.

salam.


salam maulidur rasul buat seluruh umat Islam.
sama-samalah kita mejana minda yang positif
supaya membina serta memperteguhkan ukhuwah
sesama kita. insyAllah.


wassalam.

22.2.10

Oh Burung Kertas.

salam.

untuk post kali ini, izinkan aku berjiwang. melepiaskan segala kejiwangan yang terbuku dalam diri aku ini. hehehe.


jikalau burung ini boleh terbang,
terbanglah engkau membawa khabar,
betapa aku rindu dan sayang padanya,
walaupun kita kurang bermesra, bercanda,
namun tawa gembiramu menjadi penawar.

tapi apa kan daya kudrat ini,
burung ini hanya membatu kaku,
tidak mampu serta terdaya batinnya,
melempiaskan jiwa terhadap dirimu,
walau kau jauh sekali pun,
dirimu tetap disanubari fikiran hatiku.



wassalam.





19.2.10

Origami :: Ikan Ang Pau

salam.

sebelum menulis entri ini, aku tiba-tiba teringat sewaktu zaman persekolahan dulu.

setiap kali selepas musim tahun baru cina, cikgu pendidikan seni aku akan membuat satu hasil kreatif daripada ang pau. huhu.

hasil seni tu dinamakan, ikan ang pau. so entri kali ini, aku akan ajar pasa anda semua bagaimana cara untuk menghasilkan ikan ang pau tersebut.

1. sediakan bahan-bahan untuk membuat ikan ang pau.



2. lipat hujung ang pau seperti gambarajah.

3. lukiskan garisan seperti yang ditunjukkan di atas.



4. gunting ang pau mengikut garisan yang dilukis seperti yang ditunjukkan.



5. stepler hujung ekor dan siap. (boleh tebuk lubang kecil untuk di gantung)

hasil setelah siap. digantung di dinding :)

sekian sahaja hasil kreatif untuk kali ini. kalau ak ingat lagi hasil-hasil kreatif sewaktu sekolah dulu, akan aku kongsikan bersama kalian, okey.

wassalam.





15.2.10

Andai.




salam.

Setelah selesai mengemas barang untuk pulang ke tempat pencarian ilmu esok, aku terus meng-online-kan diri.

Aku belek-belek status setiap rakan-rakan di facebook. Aku jumpa satu status rakan sekelas aku di tempat penghasilan G.

Status beliau berbunyi begini, walaupun beliau hanya menaip saja dan tidak berbunyi..


andai malam bisa berbisik,
pasti purnama akan berbisik...


Lalu aku pun menyumbang sedikit kejiwangan aku terhadap status itu. hehe.


andai malam bisa berbisik,
pasti purnama akan merindu,
andai angin bisa mencari,

pasti bintang akan mendekati.


Aku secara spontan telah mengeluarkan kejiwangan tersebut. ahaha. bajet selama ini kejiwangan aku dipaksa lah kan?

Wassalam.

Ciri-ciri Calon Isteri Idaman.


Salam.

Aku jarang berbicara tentang hal-hal yang serius dalam penulisan aku. Sebab aku bukanlah seorang yang serius dalam menjalani kehidupan sehari-harian.

Aku juga jarang berbual tentang wanita, perempuan yang cantik tatkala kawan-kawan lelaki aku sibuk berbicara mengenai perkara tersebut. Aku tidak suka.

Aku bukanlah seorang yang anti perempuan. Aku juga bukanlah seorang gay. Cuma aku tidak selesa dalam berbicara mengenai perkara tersebut.

Aku bukan mahu berfoya-foya. Ber-couple sekadar untuk suka-suka. Bertukar teman wanita bagai menukar lampin pakai buang.

Sehubungan dengan itu, aku ini berkongsi kepada anda semua ciri-ciri isteri yang menjadi idaman setiap lelaki. Termasuuklah aku.

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlaq Mulia
Wanita yang berakhlaq mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
  • bersopan satun
  • sentiasa memaniskan wajah
  • sentiasa memberikan senyuman ikhlas
  • menutup aurat
  • ramah dan mesra
  • tidak terlalu cemburu
  • tenghormati orang lain
Aku sekadar ingin berkongsi. Aku bukanlah mahu menunjukkan aku terlalu bagus atau apa. Jika ada yang tidak suka, tidak mengapa.

Wassalam.

13.2.10

Short Acronym.

salam.



untuk kesekian kalinya aku meng-update kan blog yang entah apa-apa ini. melepaskan gian setelah beberapa lama tidak meng-update.

sebenarnya, idea untuk entri kali ini telah diilhamkan sekian lama. cuma aku tidak berkesempatan untuk mencoretkannya di sini.

entri kali ini akan menyelongkar beberapa perkataan yang pelik tapi benar. beberapa ayat dalam english yang telah di-akronim-kan.

  • LMAO = Laugh My Ass Off
  • ROFL = Rolling On the Floor Laughing
  • AFK = Away From Keyboard
  • BRB = Be Right Back
  • FYI = For Your Information
  • LOL = Laugh Out Loud
  • TY = Thank You
  • ILY = I Love You
  • IMY = I Miss You
  • GTG = Got To Go
  • BTW = By The Way
  • OTW = On The Way

mungkin banyak lagi, tapi tak laratlah aku nak senaraikan banyak-banyak. kalo korang nak, bolehlah tambah sendiri okey. ahaha.


wassalam.




DISQUS.

salam.


**DISQUS Comment form

finally, aku telah berjaya memasang
DISQUS Comments pada blog ini. ahaha.

application ini akan memudahkan balasan
bagi setiap komen-komen yang masuk.

korang semua boleh la try pasang
pada blog korang sendiri okey.


wassalam.






Siaran Tergendala.

salam.




sedang mencari-cari idea untuk meng-update blog.
otak aku semakin tepu dengan keserabutan kala ini.
bila idea sudah datang akan aku update blog ini okey?


wassalam.


|| harap maaf kepada semua kerana siaran blog ini tergendala.


5.2.10

Aku Rindu Sayang Kamu.

salam.

___________________________________________________________


cuba teka mana satu aku??

sumpah! aku ketiadaan gambar sewaktu
sekolah rendah dulu kot. ahaha.

sebab aku bukan kaki bergambar seperti sekarang.
dulu aku cute, sekarang aku sangat kacak.
*sila muntah hijau untuk aku :)

aku juga sedang berkira-kira mahu
melakukan SBE di mana.

jika di sekolah lama aku itu, sangat segan
dengan cikgu-cikgu yang penah mengajar aku dulu.


** tetiba rindu dengan besties sewaktu zaman kanak-kanak dahulu :/

___________________________________________________________


ini cerita lain pula,
gosip liar sedang berleluasa di
tempat aku belajar sekarang ini.

nak kata aku sangat HOT,
adalah tidak sama sekali.

walaupun aku sangat kacak,
tapi aku low profile orangnya.
ahaha.

jadi tolong jangan percaya kepada
segala khabar angin itu.

mereka hanya besties aku di sini.
*sorry tercuri gambar korang berdua :D


** benci sama gosip-gosip liar seperti ini :((

___________________________________________________________

wassalam.


|| aku sayang+cinta semua kawan-kawan aku =)


4.2.10

Siapa Boleh Tolong??

salam.


aku ada satu permintaan sikit.
siapa boleh belikan binatang yang di bawah ini?
ahaha.

sony ericsson w 705.
aku nak warna yang ini.
pink color okey. huhu.

atau pun yang ini.

sony ericsson w 995.
aku nak warna yang ini.
hitam itu menawan. ahakz.

harga kedua-dua binatang ini
around RM800++ saja.
muhahaha.


salam.

|| kalau mahu aku beli sendiri silalah klik-klik iklan yang wujud di blog ini okey :)



Jarak.

salam.




andai benar jarak yang memisahkan kita ini sesuatu yang indah, akan aku genggam segala lafaz cintamu yang penuh kerinduan terhadap dirimu.



wassalam.


|| tetiba tak sabar nak balik rumah. ahaha.
Blog Widget by LinkWithin