25.12.12

Puisi Luka Lara


Assalamualaikum.




Hatiku bahagia bersama luka,
Umpama siang tanpa mentari,
Hanya mendung tanpa hujan,
Ibarat perigi tidak berair,

Senyuman diukir bersama lara,
Umpama pohan tanpa bunga,
Hanya reranting tanpa buah,
Ibarat baja tidak berkhasiat,

Sembuhkan semua luka hatiku,
Pulihkan segala lara senyumku,
Berikan aku sinar baharu,
Sayangi aku sepenuh hatimu.


Sekian, wassalam.

5.11.12

Mungkir Janji


Assalamualaikum.



Disaat kau menjelma dalam hidupku,
Hanya kau sahaja yang aku tumpu,
Bayanganmu yang berlegar di mindaku,
Tanpa peduli luka lama di hatiku.

Walau aku tahu perjalanan ini berliku,
Namun hidupku mahukan kamu,
Cinta dan kasih sayang tulus hatimu,
Agar mewarnai dunia hatiku.

Tapi kini kau tegar munsahkan,
Segala janji kau mungkiri sendiri,
Tanpa peduli aku menanggung ini,
Terus sepi menjalani liku kehidupan sendiri.

Menjadikan aku tabah sekarang ini.



Sekian, wassalam.

Blog Widget by LinkWithin