Showing posts with label [topik]. Show all posts
Showing posts with label [topik]. Show all posts

15.5.11

SEGMEN : Kalaulah Aku Seorang Guru

Assalamualaikum.


Lagi beberapa hari saja kita, warga Malaysia akan menyambut Hari Guru. Sehubungan dengan itu, BSJ ingin mengada satu segmen bersempena hari guru yang bakal menjelma nanti. Saja suka-suka.





Sudah teliti banner di atas? Kalau sudah baguslah. I wanna make it simple and easy for you all. Syarat nak join adalah seperti berikut :


1) Buat satu entri yang bertajuk "Kalaulah saya seorang guru..."
2) Entri tersebut haruslah tidak melebihi 150 patah perkataan. Kalau nak buat entri bergambar pon boleh juga.
3) Letakkan banner di atas dalam entri dan letakkan link ke entri ini.
4) Tinggalkan komen di entri ini.
5) 3 entri yang menarik, aku akan review entri/blog korang


Selamat menghasilkan entri yang menarik. Untuk sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruang komen atau shoutbox.


Penyertaan di buka sehingga pukul 10.00 malam, 15 Mei 2011 




Sekian, wassalam.

1.5.11

Mengejar Sebuah Impian

Assalamualaikum.




Semakin jauh kita berjalan untuk sebuah impian, semakin jauh untuk kita merealisasikan impian tersebut. Bukan tiada usaha. Bukan tidak sepenuh jiwa. Tetapi, kealpaan kita menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya digalas kita. Kejauhan kita pada Sang Pencipta. Perhubungan kita sesama manusia. Kesedaran untuk kita menjaga alam sekeliling kita. Semua itu membuatkan kita terus jauh dari mengapai impian.

Jikalau tertunainya impian kita sekali pun, nescaya kita masih tidak ditemukan dengan kepuasan yang kekal. Sebab itulah, orang kaya mahu terus terusan mahu kaya. Orang miskin terus dibiarkan miskin. Alam terus terbinasa dengan kerakusan kita mengejar impian. Kenapa ini terjadi, baca perenggan satu semula.

Entry ini ditaip untuk memperingati diri ini sendiri agar tidak alpa. Entri ini juga bertujuan mengingatkan sesiapa saja yang membaca. Maafku pinta andai ada yang terasa mahupun tersinggung dengan penulisan aku. Aku juga tidak sempurna. Tiada sesiapa yang sempurna melainkan Sang Pencipta.


Sekian, wassalam.


19.4.11

Lelaki, Perempuan dan Memasak

Assalamualaikum.


Seperti yang diketahui umum, kebanyakkan chef-chef yang hebat dan terkenal adalah terdiri dari kaum lelaki. Bukan mahu menafikan sehebatan kaum hawa. Bagi aku masakan mak aku adalah terbaik jika mahu dibandingkan dengan masakan chef terkemuka. Namun, bukan itu yang aku mahu bicarakan untuk kali ini. Bicara kita untuk kali ini adalah kepandai memasak.




Apa pendapat korang tentang ini. Lagi-lagi kaum hawa. Adakah lelaki yang pandai memasak seperti aku yang menjadi pujaan hati korang? Bagi lelaki sendiri, adakah kegiatan memasak hanya orang perempuan je yang perlu pandai. Aku rasa sebagai seorang lelaki juga kita harus dan boleh jadi wajib kot untuk pandai masak.

Cuba korang bayangkan kalau korang duduk bujang, takkanlah korang nak habiskan duit korang untuk makan kat kedai saja kan? Pastu, bila sampai hujung bulan atau hujung sem mencekik maggi je. Pendapat aku, lebih baik korang memasak sendiri. Sedap tak sedap itu belakang kira. Janji saving dan perut kenyang. Kepandaian memasak tu korang boleh asah. Macam aku mula masak dulu, memang tunggang langgang juga dapur aku kerjakan. Rasa masakan aku, tak yah cerita lah kan? Janji lepas untuk diri sendiri tu pun da cukup baik da. Practice makes perfect right?

Bagi kaum hawa pula, jangan ingat dunia serba canggih ni korang tak perlu terer memasak pula. Aku yakin, ada segelintir dari kaum perempuan yang tak reti dan allergic untuk masuk ke dapur dan memasak. Kalaulah korang macam tu, memang takde kot mak mertua yang nak kat korang. Hehe. Dengan kehebatan korang memasak juga, mampu menambat hati suami korang tau. Air tangan korang juga mampu memberi kebahagiaan seisi keluarga. Kalau hari-hari makan kat luar, baik korang bagi je suami korang tu kahwin dengan tukang masak kat kedai tu. Tu pun kalau tukang masak tu perempuan la. Jadi kalau tak pandai, maka belajarlah.




So kesimpulannya, tak kisah lelaki atau perempuan kenalah pandai memasak. At least kalau time terdesak takde la kebulur dan kelaparan kan? Kalau tak reti, belajarlah. Tak salah dan tak rugi pun kalau korang pandai memasak.





|| aku selalu masak kat hostel. ahaha. walaupun tak boleh. 




Sekian, wassalam

16.4.11

Kopi Menunggu Petang

Assalamualaikum.




Ini adalah entri republish. Entri ini diterbitkan masa aku mula berblog dulu.






Ramai antara kita menyimpan cita-cita, bekerja keras sekarang supaya apabila sampai masa pencen nanti dapat banyak berehat. Kita merasakan apabila berumur 56 ataupun 58 tahun, kita dapat mengurangkan bebanan dan tanggungjawab. Bangun pagi, sesudah solat Subuh dan membaca al-Quran, dapat baca surat khabar sambil minum kopi, kemudian berehat menunggu petang.



Apabila petang, bersandar di kerusi malas di hadapan halaman rumah sambil makan kuih muih serta juadah lain, sementara menunggu datang waktu malam. Akan tetapi apabila datang saat demikian, kita tahu sebenarnya kepenatan dan tanggungjawab berlipat kali ganda di hadapan kita. Kita menjadi cepat sensitif. Kita mahu dikenali, diingati dan berbegai-bagai perasaan yang sesuai dengan naluri orang pencen. Seorang yang sibuk pada usia muda terus sibuk pada usia tuanya. Apabila dia sibuk mencari harta, dia terus sibuk mencari harta, tidak senang berada di rumah, minum kopi menunggu petang.


Sebabnya, apa-apa yang kita lazimkan sehari-harian, maka pada usia tua menjadi tabiat yang sukar hendak dibuang. Orang yang suka bangun pagi pada usia muda, dia akan bersikap sedemikian walaupun sudah lanjut usia 80 tahun. Orang yang suka membebel mulutnya pada usia muda, demikian juga pada usia tuanya. Itulah tabiat yang patut benar kita belajar membentuk tabiat sejak muda supaya tabiat itu melekat sampai ke tua.





||sama-sama kita renungkan :)


Sekian, wassalam.

16.3.11

Sekadar Mahu Berkawan

Assalamualaikum.





Andai seseorang blogger itu berblogwalking dan meninggalkan jejak di shoutbox kita, tiada lain yang diharapkan selain kunjungan balas dari kita ke blognya. Blogger tersebut sekadar mahu berkawan.

Andai seseorang blogger itu menjadi follower kita, berbesarlah hatinya seandainya kita meng-follow kembali ataupun paling tidak meninggalkan jejak kita di blognya. Blogger tersebut sekadar mahu berkawan.

Andainya seseorang blogger itu meninggalkan komen di blog kita, tinggilah harapannya untuk kita memberi komen mahupun pandangan terhadap entri blog berkenaan. Paling hampeh pun sekadar meninggalkan jejak kita di blog blogger berkenaan. Blogger tersebut sekadar mahu berkawan.

Kesimpulanya, besarkanlah hati anda untuk berkunjung kembali ke blog blogger yang sedaya upaya singgah ke blog kita. Sebuah hakikat yang perlu kita tahu sebenarnya, blogger tersebut sekadar mahu berkawan.



|| maaf seandainya ada terkasar bahasa.



Sekian, wassalam

1.3.11

Hapus Dan Tutup

Assalamualaikum.



blogging like crazy


Korang pernah tak sampai satu tahap, korang rasa korang mahu je stop blogging?

Aku?

Aku sedang rasa perasaan itu sekarang ni.

Aku start berblog 2 tahun yang lepas, masa tu aman dan damai lagi tenteram. Follower pun takde sangat. Tukang komen pun takde. Kebanyakkan yang baca dan komen pun kawan-kawan terdekat je.

Sekarang, banyak sudah blog yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Makin meriah. Makin ramai follower. Makin ramai yang komen. Seronok.

Tapi, semua tu jadi tak seronok bila ada yang buat spoil. Aku jadi tak tenteram nak berblog. Yes! Memang aku hanya memerhati saja. Aku jadi mual. Mual dengan semua persengketaan.


aku duduk tepi, just tengok je gelagat korang


Okeylah. Aku malas nak taip lebih-lebih. Agak-agak kalau korang search blog ni dan tak jumpa, maknanya blog ni telah aku hapuskan. Agak-agak kalau blog ni tak berupdate, maknanya blog ni hanya tinggal kenangan.


Sekian, wassalam.

26.2.11

Minat

Assalamualaikum.


hidup tak selalunya indah

Fotografi. Muzik. Blogging. Sastera. Itu sebahagian dari hidup aku. Sebahagian dari minat aku. Usah pertikaikan, sebab itu adalah hak aku. Segala nasihat membina aku terima. Nasihat yang negatif aku jadikan pembakar semangat untuk aku terus melangkah.

Walaupun aku takde DSLR, tu bukan penghalang aku untuk berkarya melalui gambar. Kalau guna gadget canggih tapi tak menarik buat apa kan? Aku dalam proses mengumpul wang untuk memiliki DSLR. Namun, aku hanya seorang pelajar, masih mempunyai komitmen yang lebih penting terhadap pelaburan untuk pembelajaran. Jadi aku harus utamakan yang lebih penting.

Aku juga bukan pemain muzik. Bukan juga pelontar vokal yang hebat. Namun, aku suka untuk menghargai muzik. Biarpun orang tidak sebulu dengan apa yang aku suka tentang muzik kerana kita semua berbeza. 

Biarpun blog aku hanya dipinggiran. Namun, aku berpuas hati dengan apa yang aku telah capai. Bukan tidak pernah dimaki hamun, namun itu aku jadikan pengajaran serta pembelajaran. Aku tak pernah paksa orang untuk suka blog aku. Tapi aku tetap berterima kasih kepada yang menyukai blog picisan ni.

Aku memang suka bermadah. Tapi aku bukanlah buaya darat yang suka mempermainkan hati orang lain. Jangan menjatuhkan hukum dengan begitu mudah sekiranya anda hanya nampak sebahagian dari sisi kehidupan aku.

Kesimpulannya, perbezaan setiap individu dalam dunia ni yang menjadikan kehidupan kita lebih mencabar, berpengajaran dan menarik. Just chill dan you will love the way you are.


Sekian, wassalam.

17.2.11

Berbeza

Assalamualaikum.





Lain orang lain citarasa, lain orang lain rasa.


Jadi, hormatlah setiap pandangan, peribadi orang lain jika kita mahu pandangan serta peribadi kita dihormati.




|| mood blogging terbang melayang sudah. serabut betol!


Sekian, wassalam.

13.2.11

Bukan Kerana Nama

Assalamualaikum.





Aku masih tidak faham dengan segelintir manusia yang menganggap menulis blog hanya mahu mengejar kemahsyuran, nama dan wang ringgit. Adakah mereka yang di luar sana tahu betapa susahnya untuk membuat sesuati entri yang berkualiti dan mampu untuk menarik pembaca, terutama yang tiada blog. Aku juga masih tidak faham, kenapa masih ada yang cuba menjatuhkan antara satu sama lain?

Bagi yang mempunyai blog, terutama anda yang suka memplagiat hasil penulisan orang lain tanpa kredit, tidakkah anda berasa bersalah? Aku berkata sebegini bukan apa, aku hanya ingin mengingatkan diri aku sendiri juga. Jikalau kita menulis blog kerana mahu cepat popular, tiada kenikmatan yang akan kita perolehi. Jikalau ada suka begitu, silakanlah kerana aku menulis bukan kerana nama.

Bagi yang mengomen, janganlah gemar mencari kesalahan orang lain. Jika betul seseorang itu bersalah, tegurlah dengan cara yang paling berhemah. Apa bila sudah memecahkan tingkat rumah orang, janganlah pula bersembunyi di sebalik lalang semak samun. Janganlah cuba untuk mencetus kontroversi dan mencari publisiti murah. Jika anda gemar begitu, teruskanlah kerana aku menulis bukan kerana nama.

Jadi, letakkan usaha semampu anda untuk menghasilkan entri yang menarik dan berkesan. Jadilah pembaca yang boleh berfikir dengan waras. Jadilah penulis yang mempunyai keikhlasan ketika menulis. Insya Allah everything will be okey and fun. Jika anda begitu, baguslah kerana kita menulis bukan kerana nama.

Aku rasa itu saja. Jika ada sebarang kekhilafan aku ingin meminta maaf. Jika ada terlanjur kata aku ingin memohom ampun. 


Sekian, wassalam.



16.12.10

Rahsia.

Assalamualaikum.



Setiap manusia punya kisah tersendiri. Ada kala suka. Ada kala berduka. Kadang-kadang di atas. Kadang-kadang di bawah. Terpulang pada kita untuk merancang perjalanannya. Namun, Yang Maha Besar itu yang menentukan segalanya. Mungkin hari ini kita berjanji sakan. Esok lusa, janji hanya tinggal janji. Itu semua kuasa dari-Nya. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakal saja. Penentunya, hanyalah Dia, Dia Yang Satu.

Aku manusia biasa. Tidak lari dari kesilapan. Begitu juga kau, anda, awak, kamu, korang. Bukan kehendak kita semua yang tidak baik. Tiada namanya penghidupan jika semua serba indah, lagi manis. Perlu ada kontranya juga. Barulah namanya, pengalaman mengajar erti hidup. Dalam semua perkara yang berlaku, biarlah antara pelaku dan dipelaku. Senyap ada kalanya lebih baik.

Ya, aku memang perahsia. Bukan semua hal perlu untuk diberitahu kepada orang lain. Hatta orang yang kita rapat dan percayai sekali pun. Tidak kira ahli keluarga atau best friends. Simpan untuk diri sendiri juga. Bagi aku, biarlah yang pahit itu di simpan seorang diri dan yang manis itu kita kongsi sedikit kepada yang lain. Sedikit ya, bukan semua. 




Jadi tidak hairan lah, kenapa aku ini sukar untuk ditafsir dan di mengerti. Aku tidak pernah menyuruh sesiapa fahami aku sepenuhnya dan aku juga tidak marah mahupun terkilan untuk dilabel annoying oleh sesiapa pun. Aku manusia biasa, aku juga melabel sesetengah orang annoying. Aku juga memang sukar untuk fahami orang lain.

Akhir sekali, kenalilah diri kita sendiri sebelum kita cuba untuk mengenali orang lain. Apabila kita sudah mengenali, jangan berharap tiada rahsia antara kita. Jangan cepat melenting andai kita masih tidak kenali seseorang itu atas alasan meraka kuat berahsia dan bersikap lain antara kita dengan rakan mereka yang lain. Begitulah indahnya ciptaan Yang Maha Esa.




|| ini hanyalah pendapat peribadi. jika ada kesalahan, harap ditegur.
|| picture from devianart.com

Sekian, wassalam.

15.12.10

Kenangan Sewaktu Sekolah

Assalamualaikum.

gambar sewaktu dalam dorm. dorm aku dorm transit. cuba teka mana satu aku? ahaha


Cuti sekolah kini sudah menjangkau ke minggu ke-3. Sewaktu online mukabuku tadi, aku belek-belek la album gambar-gambar sewaktu sekolah teknik dulu kat mukabuku Sir aku. Jujurnya aku rindu setiap monent yang tercipta sewaktu sekolah dulu. Memang terbaik punya. Tak boleh di dapati di pusat membeli belah dan tentunya tiada diskaun hebat sehebat year end sales.

So now, i want to share with you all beberapa perkara yang aku lalui ketika sekolah dulu. Terutama masa sekolah teknik dulu, sebab aku duduk asmara asrama for 2 years.

1) Susun Buku Tinggi.
Aku dan rakan-rakan aku memang gemar susun buku-buku tinggi atas meja dalam kelas. Sajalah nak berlagak bahawasanya kami semua memang rajin. Walaupun loker telah disediakan, kami tetap gemar menyusun buku di atas meja. Sudahlah sekolah kami meja pelik. Berbentuk trapezium. Tujuan menyusun buku tinggi-tinggi tu adalah untuk cover line tidur time kelas je. Tapi taktik itu berjaya dikesan oleh guru-guru cemerlang kami. Huhu. Oleh sebab meja aku betul-betul depan meja cikgu, jadi aku tak boleh buat macam tu. Jadi mereka yang duduk di belakang je yang tegar buat perkara ni.

2) Lirik Lagu, Keratan Akhbar, Pembalut Makanan/Gula-gula, Surat Cinta.
Sudah menjadi kebiasaan kami untuk membalut meja. Mula-mula balut dengan kain kafan pembalut hadian dan kemudian dibalut dengan plastik lutsinar. Jadi bermacam-macam jenis benda yang ada bawah pembalut plastik tu. Ada yang letak lirik lagu pemberian BF/GF. Ada yang letak gambar-gambar dari keratan akhbar. Tak lupa juga kad-kad ucapan. Bagi mereka yang bercinta, surat-surat cinta akan diselitkan juga di bawah pembalut plastik. Cara ni juga digunakan tackle awek yang hot. Ahaha.

3) Maggi, Baldi, Tilam.
Adalah menjadi rutin dan kebiasaan bagi kami untuk overnight apabila hujung minggu. Apabila light off je kami akan turunkan tilam dan susun memanjang dan letak di bawah kipas. Memang syok la. Sambil baring kami borak-borak. Bila agak-agak dah dalam pukul 12 ke atas masing-masing akan keluarkan stok maggi masing-masing. Jerang air dan masak maggi dalam baldi. Ahaha. Segala macam jenis maggi dicampur menjadi satu bekas. Pastu makan berjemaah dan mengikut giliran. Habis makan penuh muafakat membersih kawasan tempat makan. Lepas itu, sambung baring bawah kipas, borak-borak sampai tertidur.


Aku rasa cukuplah takat tu. Kang taip panjang-panjang tak larat plak korang nak bacakan? Aku rasa korang mesti ada moment time sekolah yang korang ingat kan? Jadi apa kata korang share kan. 


Sekian, wassalam.

5.12.10

Jom Main Mata.

Assalamualaikum WBT.


sumber : mata by anakamo



Kali ni aku nak ajak korang semua main mata. Sila ikut langkah-langkah berikut :

1. Buka kedua-dua mata korang seluas mungkin.

2. Kemudian tutup belah mata korang.

3. Selepas itu, buka mata sebelah kanan korang dan biarkan mata sebelah kiri terus tertutup.

4. Kemudian tutup kembali kedua-dua belah mata korang.

5. Buka kedua-dua belah mata korang luas-luas.

6. Tutup kembali kedua-dua belah mata korang.

7. Selepas itu, cuba pula buka mata sebelah kiri korang dan biarkan mata sebelah kanan terus tertutup.

8. Tutup dan buka kembali mata korang.

9. Permainan tamat.


Apa yang anda rasa, dapat dan fikirkan, sila nyatakan di ruang komen okey. Selamat mencuba :)



Sekian, wassalam.

28.11.10

Picture Of My Life Contest


Salam.

 boleh klik sini : Picture Of My Life Contest

Entri kali ini adalah bagi melunaskan tag yang telah diberi oleh Kak Alie, senior seperjuang di Lorong Haji Taib IPG. Tag kali ini merupakan contest yang beliau telah join. Syarat contest ini memerlukan pesertanya tag 3 orang blogger untuk penyertaan.

Jadi aku dengan ini mahu tag 3 orang rakan yang sememangnya gemar bercerita.  Hehe. Meraka adalah Zalin, Hans dan Aisyah.

Okey kita mula bercerita sekarang okey.


 kaki melangkah seiring walaupun seribu halangan.

Orang kata, semakin lama kita mengenali seseorang itu bertambahlah kebencian kita terhadapa orang tersebut. Mungkin ada pro dan kontra dengan apa yang dikatakan itu. Namun, siapa kita untuk menjadi jaguh bagi menhakimi seseorang itu. Diri ini pun tidak sempurna lagi mahu sempurnakan orang lain. Yang bias kita lakukan hanyalah member sedikit peringatan serta teguran bagi membetulak seseorang disamping memperbetulkan diri sendiri juga.

Dua tahun mengenali meraka, terlalu banyak kenangan yang tercipta. Manis ada. Pahit pun turut mengambil tempat dalam simpanan memori kami. Dalam kedukaan yang terlaku pasti menimbulkan kemanisan kemudian hari. Begitu juga sebaliknya.

Di peringkat awal, hubungan kami semua dipenuhi kemanisan. Walaupun terpalit jua kepahitan dalam kalangan kami sendiri, namun masing-masing bijak melakonkan watak bagi menyembunyikan kepahitan itu. Gunung berapi jua pun meletuskan lavanya, masakan tahap kesabaran manusia biasa seperti kami.
Pada suatu peringkat dimana masing-masing mula membawa haluan kiri untuk meluahkan ketidakpuashatian terhadap si polan dan si anu. Maka berlakunya, pertengkaran antara kami. Suasana yang ceria dan sentiasa disulami gelak tawa, tertukar menjadi hambar dan masam durja. Setelah setahu lebih memendam rasa, maka terluah jua pada hari tersebut.

Tidak lama selepas itu, dimana satu frasa yang masing-masing cuba untuk menjernihkan keadaan yang kami sendiri keruhkan. Alhamdulillah, semua yang keruh telah kembali jernih. Kini, kami lebih berhati demi menjaga sebuah perhubungan yang kami harapkan dapat memberi seribu satu kenangan dan keberkatan dari Yang Maha Kuasa di hari mendatang kelak. Benarlah kata orang tua, setiap perhubungan itu pasti ada pasang dan surutnya.

Biarlah apa jua yang orang lain kata tentang kami, kami tetap bersatu demi menepis segala tohaman, pandangan serong segelintir manusia di sekeliling kami. Kami tahu, kami tidak sehebat yang lain, tapi kami tetap bersyukur kerana kami masih mampu bersama. Semoga apa yang kami pernah lalui sebelum ini tidak berulang kembali. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, moga kami tetap dibawah paying rahmat dari-Nya. Insya Allah.
 
Semoga kita terus kekal bersatu walau apa jua yang mendatang.

=tamat=




|| sebuah dedikasi buat sabahat, teman, kawan dan juga rakan.

Sekian, wassalam.



25.11.10

Kita Tidak Sempurna

Salam.




Diam tak diam sudah dua tahun lebih aku membuka blog ini. Ingat lagi mula-mula dulu, blog ini tak ada siapa pun tahu kewujudannya. Sampailah hari ini, mungkin ramai yang mula kenali dengan blog ini. Sepanjang dua tahun lebih berblog, banyak yang aku perhatikan.

Aku suka suasan berblog dulu, sebab aman saja. Tak banyak perselisihan faham, pergaduhan dan sebagainya. Kalau korang menulis pun, takde la stalker yang berniat jahat nak memaki korang tak tentu pasal. Tapi tengok saja lah sekarang, ramai sudah maju dalam bidang IT, jadi semakin ramai yang cuba buat onar dalam berblog ni.

Pelbagai kontroversi yang timbul sekarang ni. Dari isu yang sekecil-kecil kuman, kebesar-besar gajah. Ada saja yang tidak kena. Jadi sebab itu lah, bila mahu berblog perlu berhati-hati. Jangan terlalu mendedahkan diri anda terhadap ancaman-ancaman yang anda sendiri tidak pasti. Memang berblog ini berisiko, jadi pandai-pandai jaga diri anda ketika berblog.

Hormat-menghormati serta budi bahasa penting untuk menjaga keharmonian institusi blog negara kita. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga pula. Perkara yang terjadi kita jadikan ikhtibar serta garis panduan untuk kita lebih berhati-hati.

Dalam masa dua tahun lebih ini lah aku cuba untuk melupakan yang lama dalam hidup aku. Melalui pengalaman lepas jugalah aku belajar untuk lebih berhati-hati dalam semua perkara. Lagi-lagi dalam perhubungan. Biarlah aku yang beralah dan biarlah aku yang terluka, dari aku terus menahan kesakitan kemudian hari. Itu adalah pendirian aku.

Aku memang cukup pantang apa bila ditipu bulat-bulat mahupun petak-petak. Lebih baik berterus terang. Aku lagi senang begitu. Walaupun hakikat yang harus aku hadapi pahit. Aku bersyukur kerana sandiwara manusia seperti ini aku dapat tahu sebelum mereka terus-terusan memperbodohkan aku. Sama ada dari pihak lain ataupun mereka sendiri yang kantoikan diri mereka.

Konklusinya, berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara agar kelak tidak memudaratkan diri kita. Walaupun kebenaran itu selalunya pahit untuk ditelan, namun itulah yang terbaik buat kita. Semoga kita sentiasa ditunjukkan yang terbaik dari-Nya kerana kita bukan sempurna. Insya Allah.




||sori terbebel panjang plak. hehe.


Sekian, wassalam.

25.7.10

[TOPIK] Why I Say No To Couple.

Salam.

Indah sungguh hujung minggu dibasahi hujan yang turun begitu lebat sekali. Tidur menjadi keutamaan. Bangun memang lewat la kan. Bangun-bangun menghabiskan masa yang emas begitu sahaja bersama kawan-kawan. Ya dengan kawan-kawan lagi seronok. Aku bukan macam kau, kamu, anda dan korang. Sibuk berdating dengan kekasih hati.

Aku memang tak suka bercinta. Jangan ajak aku bercinta. Bukan aku jual mahal atau takde orang nak dekat aku. Tapi aku dapat mengenal pasti beberapa perkara yang membuatkan aku say no to couple. Banyak benda yang aku boleh fikirkan selain dari bercinta. 




Berikut mengapa aku say no to couple :

WANG RINGGIT
Aku bukan jutawan mahupun anak jutawan. Duit yang ada sekarang ni pun belum tentu cukup nak tampung aku makan minun kat sini. Tu belum tolak duit belanja itu ini. Jalan sana sini lagi tu. Macam mana la aku nak belanja awek aku kan. Hidup sendiri pun terumbang ambing. Jadi baik aku single.

MASA
Aku ni susah sikit nak luangkan masa dengan someone yang tak ada depan mata ni. Kalau tengah syok main masej tu, last2 awek aku tu nanti kene tinggal macam tu. Sama ada aku leka online, borak-borak dengan kawan-kawan, buat assignment tak pun aku tertidur. Tak pasal awek aku merajuk, aku kena pujuk satu hal lagi. Dah la aku tak reti nak memujuk. Jadi baik aku single.

JANJI
After broke up dengan ex aku yang sebelum ni aku berjanji pada diri sendiri untuk tidak couple dengan sesiapa until aku berada di tahun akhir pengajian aku. Walaupun kawan-kawan aku yang rapat beranggapan aku tak mampu nak penuhi janji tu, tapi aku akan cuba sedaya upaya bertahan. Ingat aku tak boleh hidup ke tanpa cinta. Lebih baik fokus pada study aku. Aku tak nak mungkin pada janji. Jadi baik aku single.

Aku rasa tu je reason yang aku boleh share dengan korang semua. Selebihnya, biarlah menjadi rahsia yang aku simpan untuk diri sendiri. 

Lepas ini jangan ada pula yang beranggapan aku poyo ke. Jual mahal ke. Hape ke. Setiap apa yang kita lakukan mesti bersebab. Aku juga mempunyai sebab mengapa aku bersikap sombong pada yang mahu menjadi lebih dari seorang kawan dengan aku.

Aku minta maaf. Mungkin aku bukan yang terbaik. Carilah yang lebih baik dari aku.

Sekian, wassalam.


20.7.10

[TOPIK] Adakah Anda Seorang Yang Annoying.

Salam.

Aku adalah seorang pelajar. Aku yakin, rata-rata pembaca blog ini adalah pelajar yang umurnya dalam lingkungan sebaya aku. Kalau pun ada yang sudah bekerja, mesti korang pernah melalui zaman bergelar seorang siswazah kan?

Ada beberapa yang aku kurang senang dengan situasi atau perangai-perangai segelintir manusia ketika kuliah sedang dilangsungkan. Seperti yang anda sedia maklum, aku adalah bakal pendidik di bawah kementerian pelajaran malaysia. Jadi situasi kuliah aku mungkin berbeza dengan anda yang bergelar pelajar IPTA/S. Aku satu sesi kuliah hanya ada lebih kurang dalam 20 orang je.



Situasi yang aku kurang gemar ;

MEMBERI SOALAN YANG MENJATUHKAN
Aku tak suka dengan manusia-manusia yang gemar bertanyakan soalan yang bersifat menjatuhkan. Lagi-lagi kalau seseorang tu membuat presentation di hadapan, manusia-manusia ni mulalah berkomplot untuk mengajukan soalan yang bersifat menghentam Si Pembentang. Tak salah untuk bertanya, tapi biarlah berpada soalan yang diajukan tu. Bila manusia-manusia ni dihentam tahu pula nak melenting. Kalau aku yang membentang, soalan-soalan yang bersifat menghentam memang aku abaikan je.

OVER ACTING
Ini satu lagi masalah. Aku pelik, kenapa ada gak orang yang berperangai macam ni. Memang manusia jenis ni sukakan perhatian kot. Annoying gila. Rasa macam nak tapak kasutkan muka manusia jenis ni. Banyak cara lain kot untuk tarik perhatian orang lain tanpa menimbulkan rasa annoying terhadapnya.

POTONG CAKAP ORANG
Aku pantang orang yang tak reti nak kasi orang lain habis cakap. Kemudian baru potong. Paling tak boleh blah potong cakap pensyarah. Berlagak hebat, padahal loser je. Da la kurang manner. Kadang-kadang orang tengah buat pembentangan pun sibuk-sibuk nak potong. Manusia-manusia jenis ni memang manusia yang jenis "hebat".

Tu je lah untuk kali ni. Ini just my own opinion je. Maaf di pinta andai ada terkasar bahasa.


Sekian, terima kasih.

22.6.10

[TOPIK] Perhubungan Jarak Jauh.

Salam.

Sudah lama rasanya tak buat entries yang serius. Tadi aku ada terbaca status one of my friend di FB. Status beliau adalah seperti yang telah di print screen kan di bawah ini :



Bagi pendapat aku lah, cinta jarak jauh ni sesuatu yang sangat mencabar. Kenapa? Ni adalah beberapa sebab yang aku nak kongsi :

1) Kejujuran
Dalam sesebuah perhubungan, tidak kiralah jauh mahupun dekat, kejujuran adalah faktor yang penting. Sifat mahmudah ni harus dipraktikkan baik lelaki mahupun wanita. Tambah-tambah yang bercinta jarak jauh. Kalau boleh, terus teranglah dengan pasangan anda. Jangan biarkan rahsia-rahsia yang sepatutnya pasangan anda perlu tahu, tetapi beliau tak tahu.

2) Kepercayaan
Jika kita mengambil risiko untuk melakukan hubungan jarak jauh, letakkan kepercayaan kepada pasangan anda. Namun, janganlah kita mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang telah diberikan itu untuk kita berlaku curang atau apa sahaja yang boleh merosakkan perhubungan tersebut.

3) Komunikasi
Kita bukan berada pada zaman mak bapak kita bercinta yang memerlukan kita menulis surat dan sebagainya. Jadi gunakanlah kecanggihan teknologi yang sedia ada untuk berkomunikasi dengan pasangan anda. Kalau tak boleh 3G, call. Kalau tak boleh call, sms. Kalau tak boleh sms, ym or komen di sosial networking. Kalau semua tak boleh, pandai-pandailah korang.

Itu sahaja sebab-sebabnya.

Aku sebenarnya pernah melalui frasa percintaan jarak jauh ini. Bagi aku, memang best dan sangat menguji kesabaran. Pada yang bermasalah tu, cuba perbaiki kelemahan yang ada dan anggaplah permasalahan tersebut sebagai ujian dalam percintaan. Itu pun salah satu faktor yang boleh mematangkan korang juga. Lainlah korang memang tak boleh nak setia pada yang satu. Tak dapat den nak nolong.

Kepada yang sedang hangat bercinta, SEMOGA BERBAHAGIA.

Sekian, wassalam.

10.6.10

[TOPIK] Sebab Kenapa Aku Tak Suka Kepada Cuti Panjang.

Salam.


Hai kawan-kawan. Aku sebenarnya sedang kebuntuan lagi kebosanan untuk menhabiskan sisa sisa saki baki cuti selama tiga minggu yang diberikan. Aktiviti wajib time cuti adalah makan, tidur, online, tidur,  makan, tidur, bla. bla. bla.

Sebab tu aku tak suka bercuti lama sangat. Bukan tak suka cuti okey. Lagi-lagi time sengkek, ketiadaan wang. Nak paw duet parents pun tak boleh sangat. Jadi penyelesaiannya, sama ada suka atau tidak aku memang kene duduk umah saja. Jaga anak-anak buah yang seronok bikin bising seawal jam 9 pagi. Boleh bikin terganggu mimpi indah aku tahu.

Jadi kali ini aku ingin kongsi beberapa sebab yang menyebabkan aku tak suka kepada cuti panjang.

DUIT
Ini faktor utama. Yelah, kalau tak ada duit ke mana je aku boleh pergi. Nak-nak kalau orang ajak tengok wayang ke, main bowling dua game ke, lepak-lepak secret recipe. Tempat mesti nak top je kan. Mahu tak bankrap aku. Ahaha.

BERAT BADAN
Setiap kali cuti mesti berat badan aku bertambah. Mana tak nya, asal bosan saja makan, asal makan saja bosan. Pastu tidur, memang terbaiklah kan? Sampaikan maka aku pun pening tengak aku ulang aling, lalu lalang kedapur selalu. Buka pintu peti ais, almari cari makanan. Walaupun aku tahu semua makanan telah habis aku baham. Wakaka.

KETIADAAN KAWAN
Dikawasan kejiranan aku ini memang aku tak ada kawan yang sekepala, sebantal. Ahaha. Bukan aku sombong okey. Jangan nak bua andaian yang bukan-bukan. Kalau mereka ajak keluar, aku on saja.

Sudahlah tu je sebab musabab yang aku nak kemukakan. Kalau anda nak tambah, sila tambah di ruang komen okey.

Sekian, wassalam.

8.6.10

[TOPIK] Tabiat Buruk Ketika Kuliah/Kelas.

Salam.


Wah! Sudah beberapa hari aku tidak update blog picisan ini. Ada rindu ka sama aku? Mesti takda kan? Aku tahu da. Fyi, aku tengah bercuti semester sekarang ini. Jadi masa aku untuk update blog ini seperti selalu kurang la dari kebiasaan yang aku lakukan. Sorry to those who wait for my writing on this blog. Been busy lately. Hehe.

Okeylah, aku malas nak melalut panjang-panjang. Jadi kali ini aku nak kongsi dengan anda semua tentang beberapa tabiat yang biasa aku perhatikan dan juga aku lakukan kadang-kadang ketika di dalam kelas ataupun kuliah. Hehe. Tambah-tambah lagi kalau subjek yang penuh dengan teori-teori yang memeningkan kepala. Aku jamin anda semua mesti biasa alami kan? Tak kesahlah anda sebagai pelaku ke, pemangsa ke ataupun sekadar melihat je. Jom kita terjah. Hehe.

Ber-sms-an
Kegiatan seperti ini biasa dilakukan oleh semua pelajar. Nak-nak lagi yang ada BF/GF. Pensyarah di hadapan sibuk bagi kuliah, golongan seperti ini sibuk bersayang-sayangan. Bagi yang takda kekasih kaki hati macam aku, sms la skandal-skandal yang berada di seluruh negara. Muhahaha.

Ber-lagu-an
Bagi yang ada handphone canggih yang mempunyai mp3 player boleh la dengar dari hp. Bagi yang ada hp yang boleh buat baling pensyarah anjing, mesti ada MP3 player ataupun apa sahaja yang boleh dengar muzik. Taktik ini selalu digunakan oleh perempuan yang memakai tudung. Maklumlah wayar earphone tu boleh di cover dengan tudung yang dipakai. Sampaikan kadang-kadang tak dengar bila di panggil. Ish buruk perangai.

Ber-gosip-an
Ini pun ramai gak yang buat ini. Pensyarah kat depan bagi ilmu, golongan seperti ni duduk betukar-tukar gosip di belakang. Habis semua cerita dibuka. Dari cerita mengenai Pengarah sampailah ke Pak Guard pun dia orang dok gosip. Hebat betul. Radio bergerak namanya. Ahaha.

Ber-posing-an
Tabiat "baik" ini memang biasa kita lihat. Kalau buka sosial network students IPT or budak sekola mesti ada posing time dalam kelas. Letak je caption time tengah tunggu pensyarah or cikgu. Padahal pensyarah or cikgu bagi ilmu dia sibuk posing. Perempuan paling banyak sekali buat. Kalau ada lelaki pun sekadar model tambahan je. Tak pun props je ( budak lelaki tidur, dia orang posing berlatar belakang budak lelaki tersebut)

Sudahlah. Takat itu sahaja buat masa ini. Aku malas nak taip panjang-panjang. Kalau anda mahu tambah, silalah tinggalkan komen okey.

Kongsikan kepada aku dan semua pembaca mengenai "Tabiat Buruk Ketika Kuliah/Kelas" yang anda biasa lakukan atau lihat.


Sekian, wassalam.

3.6.10

[TOPIK] Apakah Style Blogwalking Anda?

Salam.

creadit to google

Apa khabar anda semua? Semoga sihat selalu. Sudah makan? Kalau sudah baguslah. Kalau belum pergilah makan lepas habis baca entry aku yang tak best ni okey. Ahakz3.

Kali ini aku mahu kongsi dengan anda semua mengenai tabiat aku ketika melawat blog sewaktu melalukann blogwalking. Aku yakin setiap dari anda mempunyai style tersendiri ketika melakukan blogwalking. Ada yang hanya singgah sebentar. Then, tinggalkan pesanan pada chat box. Ada juga yang komen satu entry pastu terus cabut. Ada gak terus jadi follower, lepes tu terus senyap sejuta bahasa.

Kalau style aku, aku lebih gemar menghabiskan sekurang-kurangnya 10 minit untuk setiap blog yang pertama kali aku menjejakkan kaki. Aku akan baca latest entry, kemudian 1st entry dan entries yang macam best je tajuknya. Hipotesisnya, semakin best blog itu yang aku lawat, semakin lama masa aku habiskan di blog berkenaan.

Apabila aku dah baca, aku akan tinggalkan komen pada entries yang macam best bagi aku. Kadang-kadang kalau malas nak komen entries yang ada aku tinggalkan jejak di chat box. Kalau blog tu betul-betul best bagi aku, aku akan follow. Ada blog yang aku follow secara senyap (silent reader), ada yang aku jadi follower secara terang terangan.

Oh, aku paling tak suka orang yang masuk blog aku. Then, tinggalkan jejak kat chat box aku dengan ayat macam ini :

1) i follow u :)
2) u follow u. then i will follow u back ;)
3) please follow me.
 
Aku memang tak berkenan dengan ayat tu. Aku hanya akan datang kat blog tersebut, tengok apa yang patut, then bla dan tak kembali. Ahaha. Aku hanya akan follow sesuatu blog itu dengan rela hati, tak perlu suruh atau paksa aku okey. Sebab aku tak pernah pun paksa orang follow aku.

Okeylah takat itu sahaja perkongsian aku untuk kali ini.Bagaimana dengan anda?

Apakah style blogwalking anda?

Mari kongsikan style anda di sini.

Sekian, terima kasih.


Blog Widget by LinkWithin