2.5.10

Syukur Kepada-Nya. Aku Masih Selamat.

Salam.

 ini picture before naik bas.

Selamat hari pekerja kepada semua pekerja-kerja di seluruh Malaysia. Bagi student macam aku selamat bercuti. Oleh kerana aku mendapat cuti selama 3 hari. Jumaat, Sabtu dan juga Ahad.

** Aku belajar di Terengganu. Jadi Ahad di sana merupakan hari bekerja. Cuti umum yang jatuh pada hari Sabtu akan dibawa ke hari Ahad.

Oleh yang demikian aku telah membuat keputusan untuk pulang ke Kajang. Which mean, balik rumah lah kan. Aku bertolak malam Khamis dan sepatutnya sampai pada keesokan harinya. Maksudnya, awal pagi Jumaat.

Yang menjadi masalahnya, aku sampai Kajang bukan pada pagi Jumaat tetapi pada petang Jumaat. Motif? 

Motifnya bas yang aku naik itu telah rosak lalu terkandas selama 12 jam lebih. Perasaan aku sewaktu itu, bengang, panas hati, marah dan segala macam perasaan lagilah.

Aku bersyukur kerana aku masih bisa menulis entri untuk tatapan anda semua. Banyak kejadian yang berlaku sepanjang malam tersebut. Namun biarlah aku simpan untuk diri aku sendiri. Ahaha.

Okeylah, aku rasa setakat ini sahajalah nukilan untuk kali ini. Aku mahu berkemas untuk pulang ke Mizan tercinta esok pagi. Kalian doakan aku supaya selamat sampai okey?

Salam sayang dari aku, zikeryhassan.

Sekian, wassalam.

1.5.10

Tag Dari Nyah Yang Suka Menari.

Salam.

Aku telah diikat oleh seorang nyah paling meletup di Mizan. Sebenarnya aku malas mahu menjawab, tapi sebab nyah ini sudah ambil bahagian untuk contest aku, jadi aku jawablah tag oleh Nyah ini. Ahaha.

Jadi mari kita lihat soalan-soalan yang telah di berikan oleh beliau :

1) Adakah anda happy sekarang?
Happy itu gembira kan? Aku sangat happy sebab sekarang aku ada di Kajang dan bukan di _______(isi sendiri ok)

2) Kenapa anda happy?
Sebab aku berada di rumah, katil tersayang. Home sweet home.

3) Apakah benda yang boleh membuat anda happy?
Rakan-rakan, makanan yang best lagi sedap, facebooking, blogging, kelas yang padat, lepak+tidur di library Mizan yang sejuk.

4) Pernahkan anda menerima tag?
Pernah. Dulu rajin lah nak buat tag, but lately sangat malas. Ini buat pun sebab sayang pada nyah tu.

5) Nyatakan warna yang anda suka.
Ungu, oren, biru

6) Berikan 6 orang yang anda mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang anda tag supaya dapat respond. (klu nak lebih pown bley, kurang pown bley)
-Istiqomah kering

-Syafiqa daisy

-Atiqah tnoe

-Izzah hot
-Amir hasif korean
-Kak alia
-dan sesiapa mahu menjawab tag ini, silalah.
7) Nyatakan sifat orang yg anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe asalkan anda happy.

Istiqomah - Seorang yang sangat sengal. Kadang-kadang dia agak gedik-gedik manja. I like. Bakal belanja aku Kenny Roger.


Syafiqa - Seorang yang ayu atau bajet-bajet ayu. Tetttt. Sometimes dia sangat blur lagi lampi. Ahaha.


Atiqah - Rakan sekolah sewaktu sekolah rendah. Dia semakin hot lagi debab. Sori beb.


Izzah - Dia penah datang raya rumah aku tahun lepas. Kenal atas kawan.


Hasif - Kenal sebab selalu memberi komen di blog beliau. Dia saja tak penah komen kat blog aku. BIle kau nak komen entri-entri aku? Korean boy.


Kak Alia - seniorita aku di Mizan. Sekarang jarang-jarang terserempak dengan dia.




Sekian, wassalam.








 
Blog Widget by LinkWithin