8.7.08

long time no see

huh da lme aku tak post new blog. rasenye da sebulan. lame gak tu. bukan ape penghubung cara aku rosak.
tok posting aku kali ni, special tok some one.haha.



tulisan cinta padamu


aku tulis
aku cinta padamu
aku tuliskan
atas pasir putih pantai
kemudian
ombak bawanya lari jauh
selepas itu
aku terus tulis lagi
aku cinta padamu
kali ini
aku tuliskan ia
atas sekeping kertas merah
namum sayang
dakwatnya makin sepi
ini membuat engkau
semakin meragui cintaku
aku tidak peduli
aku tuliskan lagi
bahawa aku cinta padamu
tapi kali ini
aku tuliskan ia
dalam hati merah ku
tidak kelihatan tapi bermakna
adakah engkau yakin
pada cintaku kali ini??
terserah padamu
yakin atau tidak padaku
yang penting
aku cinta padamu
setulus hati suci ini


aku harap bahawa engkau akan fahaminya



26.5.08

kenali diri melalui kelahiran

Mungkin ada antara korang yang masih tak memahami pasangan korang.
Taw tak, korang sebenarnya boleh mengenali dorang melalui susunan kelahiran..


TANAH
(anak pertama, kelima, kesembilan)
  • merendah diri, hormat, patuh, setia dan rela berkorban
  • tak cerewet, tak meninggi diri, tak sombong dan bukan seorang peramah
  • tenang diri, aman dan memberi sokongan
  • tak suka membantah atau membangkang
  • berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa jaga kecantikan

AIR
(anak kedua, keenam, kesepuluh)
  • menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat
  • mengambil berat
  • hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangannya
  • menenangkan pasangan
  • sangat romantis
  • mudah menangis


API
(anak ketiga, ketujuh, kesebelas)

  • cintannya sentiasa hangat dan memberahikan
  • cergas, cepat dalam gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga
  • penasihat yang baik
  • pandai dan cekap menguruskan rumah tangga
  • pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
  • berwaspada selalu


ANGIN
(anak keempat, kelapan, kedua belas)
  • lemah lembut dan menenangkan
  • pandai bermain kata2 dan memujuk rayu
  • sopan santun dan berbudi pekerti mulia
  • bijak mewujudkan suasana selesa
  • hati yang cepat berubah ubah
Blog Widget by LinkWithin