31.8.10

Siapalah Kita Di Merdeka Ini.

Salam.



1Malaysia Menjana Transformasi



Jika disingkap 53 tahun yang lalu, banyak darah yang tumpah. Ramai yang terkorban. Begitulah semangat perjuangan para pejuang kita terdahulu. Begitu taksub berjuang demi sebuah kemerdekaan. Sebuah pembebasan yang memberi kesenangan kepada kita pada hari ini. Kesenangan yang menghayutkan kita.

Kini sudah 53 tahun kita merdeka. Pelbagai kejayaan yang telah kita kecapi seiring dengan usia pembebasan negara kita dari cengkaman penjajah. Terima kasih kepada para pejuang bangsa. Tanpa jasa mereka semua siapalah kita pada hari ini.

Dalam sedar tak sedar, semakin meningkat usia kemerdekaan kita semakin meningkat juga kehancuran yang berlaku tehdapa generasi pelapis bangsa. Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai gejala yang negatif. Walaupun negara bebas dari penjajahan secara fizikal, tetapi generasi sekarang ini telah dijajah secara minda.

Pelbagai bentuk ancaman yang mendatang. Jadi tanpa tahap keimanan yang tinggi untuk menepis segala gejala kuning maka hanyutlah kita. Tanpa jati diri bangsa yang utuh maka hilanglah identiti unik bangsa kita. Aku mengingatkan diri aku dan juga generasi seusia aku untuk teguhkan iman, tebalkan jati diri supaya kita sentiasa beringat siapa kita.

Sehubungan dengan itu, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-53. Semoga Malaysia sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T.


Sekian, wassalam.

29.8.10

5 Jejaka Idaman.

Salam.



Pertama-tamanya aku ingin memohon maaf kepada semua. Aku tak sempat nak update dan berblogwalking seperti sedia kala. Aku kesibukan melayan karenah tetamu rakan-rakan SBE aku.

Sakan punya jalan kali ini. Hari-hari jalan-jalan saja kerjanya. Walaupun puasa tetap kami gagahkan jua. Huhu.


 kami memang bergambar sakan area putrajaya ni.


 Blog-blog anda semua akan aku terjah jika aku punyai sedikit waktu senggang okey. Kadang-kadang sempat baca je. Tak sempat nak tinggalkan komen or jejak. Maaf sekali lagi :)



|| tajuk entry kali ini memang saja promote. ahaha.
|| dalam pukul 10 lebih nanti mahu bershopping pula. jom join membazir :P


Sekian, wassalam.
Blog Widget by LinkWithin