25.12.10

Tiada

Assalamualaikum.

Bila aku pergi,
Jangan engkau mencari,
Bila aku hilang,
Jangan engkau tangisi,
Bila aku tiada,
Jangan engkau kenangi,

Kerana semua itu tiada guna lagi,
Untuk engkau, aku, serta kita semua.

Sekian, wassalam.

24.12.10

Goodbye.

Assalamualaikum.

Pullman Lake Site, Putrajaya

Sejak akhir-akhir ni terasa seperti mahu stop berblog la plak. Half of my soul for this blog already gone. Tak tahu mana ia pergi.

I think i need a rest.

Sekian, wassalam

21.12.10

Itu Ini

Assalamualaikum.

Sunyi itu indah,
Tangis itu damai,
Lara itu bahagia.

Senyum ini tawar,
Tawa ini palsu,
Ceria ini sedih.

Sekian, wassalam.

16.12.10

Rahsia.

Assalamualaikum.

Setiap manusia punya kisah tersendiri. Ada kala suka. Ada kala berduka. Kadang-kadang di atas. Kadang-kadang di bawah. Terpulang pada kita untuk merancang perjalanannya. Namun, Yang Maha Besar itu yang menentukan segalanya. Mungkin hari ini kita berjanji sakan. Esok lusa, janji hanya tinggal janji. Itu semua kuasa dari-Nya. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakal saja. Penentunya, hanyalah Dia, Dia Yang Satu.

Aku manusia biasa. Tidak lari dari kesilapan. Begitu juga kau, anda, awak, kamu, korang. Bukan kehendak kita semua yang tidak baik. Tiada namanya penghidupan jika semua serba indah, lagi manis. Perlu ada kontranya juga. Barulah namanya, pengalaman mengajar erti hidup. Dalam semua perkara yang berlaku, biarlah antara pelaku dan dipelaku. Senyap ada kalanya lebih baik.

Ya, aku memang perahsia. Bukan semua hal perlu untuk diberitahu kepada orang lain. Hatta orang yang kita rapat dan percayai sekali pun. Tidak kira ahli keluarga atau best friends. Simpan untuk diri sendiri juga. Bagi aku, biarlah yang pahit itu di simpan seorang diri dan yang manis itu kita kongsi sedikit kepada yang lain. Sedikit ya, bukan semua.

Jadi tidak hairan lah, kenapa aku ini sukar untuk ditafsir dan di mengerti. Aku tidak pernah menyuruh sesiapa fahami aku sepenuhnya dan aku juga tidak marah mahupun terkilan untuk dilabel annoying oleh sesiapa pun. Aku manusia biasa, aku juga melabel sesetengah orang annoying. Aku juga memang sukar untuk fahami orang lain.

Akhir sekali, kenalilah diri kita sendiri sebelum kita cuba untuk mengenali orang lain. Apabila kita sudah mengenali, jangan berharap tiada rahsia antara kita. Jangan cepat melenting andai kita masih tidak kenali seseorang itu atas alasan meraka kuat berahsia dan bersikap lain antara kita dengan rakan mereka yang lain. Begitulah indahnya ciptaan Yang Maha Esa.

|| ini hanyalah pendapat peribadi. jika ada kesalahan, harap ditegur.
|| picture from devianart.com

Sekian, wassalam.

15.12.10

Kenangan Sewaktu Sekolah

Assalamualaikum.

gambar sewaktu dalam dorm. dorm aku dorm transit. cuba teka mana satu aku? ahaha

Cuti sekolah kini sudah menjangkau ke minggu ke-3. Sewaktu online mukabuku tadi, aku belek-belek la album gambar-gambar sewaktu sekolah teknik dulu kat mukabuku Sir aku. Jujurnya aku rindu setiap monent yang tercipta sewaktu sekolah dulu. Memang terbaik punya. Tak boleh di dapati di pusat membeli belah dan tentunya tiada diskaun hebat sehebat year end sales.

So now, i want to share with you all beberapa perkara yang aku lalui ketika sekolah dulu. Terutama masa sekolah teknik dulu, sebab aku duduk asmara asrama for 2 years.

1) Susun Buku Tinggi.
Aku dan rakan-rakan aku memang gemar susun buku-buku tinggi atas meja dalam kelas. Sajalah nak berlagak bahawasanya kami semua memang rajin. Walaupun loker telah disediakan, kami tetap gemar menyusun buku di atas meja. Sudahlah sekolah kami meja pelik. Berbentuk trapezium. Tujuan menyusun buku tinggi-tinggi tu adalah untuk cover line tidur time kelas je. Tapi taktik itu berjaya dikesan oleh guru-guru cemerlang kami. Huhu. Oleh sebab meja aku betul-betul depan meja cikgu, jadi aku tak boleh buat macam tu. Jadi mereka yang duduk di belakang je yang tegar buat perkara ni.

2) Lirik Lagu, Keratan Akhbar, Pembalut Makanan/Gula-gula, Surat Cinta.
Sudah menjadi kebiasaan kami untuk membalut meja. Mula-mula balut dengan kain kafan pembalut hadian dan kemudian dibalut dengan plastik lutsinar. Jadi bermacam-macam jenis benda yang ada bawah pembalut plastik tu. Ada yang letak lirik lagu pemberian BF/GF. Ada yang letak gambar-gambar dari keratan akhbar. Tak lupa juga kad-kad ucapan. Bagi mereka yang bercinta, surat-surat cinta akan diselitkan juga di bawah pembalut plastik. Cara ni juga digunakan tackle awek yang hot. Ahaha.

3) Maggi, Baldi, Tilam.
Adalah menjadi rutin dan kebiasaan bagi kami untuk overnight apabila hujung minggu. Apabila light off je kami akan turunkan tilam dan susun memanjang dan letak di bawah kipas. Memang syok la. Sambil baring kami borak-borak. Bila agak-agak dah dalam pukul 12 ke atas masing-masing akan keluarkan stok maggi masing-masing. Jerang air dan masak maggi dalam baldi. Ahaha. Segala macam jenis maggi dicampur menjadi satu bekas. Pastu makan berjemaah dan mengikut giliran. Habis makan penuh muafakat membersih kawasan tempat makan. Lepas itu, sambung baring bawah kipas, borak-borak sampai tertidur.

Aku rasa cukuplah takat tu. Kang taip panjang-panjang tak larat plak korang nak bacakan? Aku rasa korang mesti ada moment time sekolah yang korang ingat kan? Jadi apa kata korang share kan.

Sekian, wassalam.

12.12.10

Aku

Assalamualaikum.

play sebelum mula membaca untuk ambil feel

Carilah aku,
Bila kau mahu,
Aku sentiasa sedia.

Aku sudi menjadi sofa empuk,
Agar kamu berasa selasa di atasnya.

Aku sudi menjadi selimut baldu,
Agar kamu lena dibuai mimpi.

Aku sudi menjadi bakul sampah,
Agar kamu aman membuang masalah.

Biarlah aku kelihatan dungu,
Kerana aku bukan kawan tapi sahabat,
Carilah aku.

Sekian, wassalam.

11.12.10

Kering

Assalamualaikum.

sila abaikan bulu kaki itu. ahaha.

pokok duit-duit

sila cari semut merah

berkaki ayam saja

Bila kekeringan idea. Kala kebosanan datang. Sambil-sambil hirup angin yang tak berapa nak sedar di petang hari, maka snap-snap dengan kamera hand phone SE Yari aku.

Sekian, wassalam.

7.12.10

Tutorial : Cara Pasang Jquery Lava-Lamp Navigation Menu.

Assalamualaikum.

Sebelum ini aku ada buat tutorial untuk buat tab menu mudah yang menggunakan aplikasi sedia ada di blogger ni sendiri.

Oleh sebab, ada rakan blogger tanya kat aku macam mana nak buat tab menu yang boleh bergerak-gerak macam yang ada kat atas tu. Jadi sekarang ambil pen dan kertas okey. Hehe.

Caranya sangat mudah dan simple.

1. Copy code di bawah ini pada note pad.

Home

About

Blog

More About My Portfolio

Contact

2. Kemudian pergi dashboard > design > page element > add gadget > edit html/java script, paste dan save.
3. Letakkan dibawah header.

Note
1. Untuk ubah warna button, edit kod yang berwarna biru.
2. Untuk ubah warna background, edit kod yang berwarna merah.
3. Untuk ubah URL dan tajuk, edit kod yang berwarna pink.
4. Untuk ubah jarak background, edit kod yang berwarna hijau. (rujuk gambar di bawah)

klik untuk pembesaran

5. Untuk dapatkan kod warna klik sini, HTML color code

Selamat mencuba. Kalau ada pertanyaan sila kemukakan di ruangan komen atau terus tanya kat FB aku okey.

||tutorial di adaptasi dari Blog Tutorial Pilihan Malaysia 2010

Sekian, wassalam.

6.12.10

Syukur, Kau Yang Satu

Assalamualaikum.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah, 1432H. Semoga pada tahun 1432H ini akan memberi pelbagai kebaikan dan kejayaan buat kita semua. Insya Allah.

Janganlah kita lupa untuk mengucapkan kesyukuran kerana masih diberikan kesempatan untuk hidup dan menambah amalan kita di dunia untuk bekalan akhirat kelak.

Mari kita layan lagu dari One Nation Emcees yang bertajuk Syukur (Kau Yang Satu)

klik untuk play

Sama-samalah kita memperbaiki segala kekurangan kita. Semoga hidup kita sentiasa dibekati hendak-Nya.

|| untuk mendownlod lagu tersebut. KLIK SINI

Sekian, wassalam.

5.12.10

Jom Main Mata.

Assalamualaikum WBT.

sumber : mata by anakamo

Kali ni aku nak ajak korang semua main mata. Sila ikut langkah-langkah berikut :

1. Buka kedua-dua mata korang seluas mungkin.

2. Kemudian tutup belah mata korang.

3. Selepas itu, buka mata sebelah kanan korang dan biarkan mata sebelah kiri terus tertutup.

4. Kemudian tutup kembali kedua-dua belah mata korang.

5. Buka kedua-dua belah mata korang luas-luas.

6. Tutup kembali kedua-dua belah mata korang.

7. Selepas itu, cuba pula buka mata sebelah kiri korang dan biarkan mata sebelah kanan terus tertutup.

8. Tutup dan buka kembali mata korang.

9. Permainan tamat.

Apa yang anda rasa, dapat dan fikirkan, sila nyatakan di ruang komen okey. Selamat mencuba :)

Sekian, wassalam.

3.12.10

Just Another Lonely Night

Assalamualaikum.

new year is coming soon

Sambil pekena neslo panas yang dibancuh segar dari ladang dapur. Online. Bermukabuka dan berblog. Perrrgghhh! Memang layan.

Tambah-tambah bila air yang suam-suam kuku itu melalui anak tekak yang tak berapa mahu sedap sejak kebah dari demam semalam.

Jom hari mahu berbicara tentang. Hurmm..

Ermm.

Erk?

Damn! No idea.

Got to go now guys.

Thanks for reading.

Sekian, wassalam.

1.12.10

Disember

Salam.

Welcome December. Goodbye November.

2010 will leave us with full of memories.

Dan aku,

Masih macam dahulu juga.

Tampak berubah, hakikatnya tidak.

Sekian, wassalam.

Blog Widget by LinkWithin