Showing posts with label perjalanan hidup. Show all posts
Showing posts with label perjalanan hidup. Show all posts

16.12.10

Rahsia.

Assalamualaikum.



Setiap manusia punya kisah tersendiri. Ada kala suka. Ada kala berduka. Kadang-kadang di atas. Kadang-kadang di bawah. Terpulang pada kita untuk merancang perjalanannya. Namun, Yang Maha Besar itu yang menentukan segalanya. Mungkin hari ini kita berjanji sakan. Esok lusa, janji hanya tinggal janji. Itu semua kuasa dari-Nya. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakal saja. Penentunya, hanyalah Dia, Dia Yang Satu.

Aku manusia biasa. Tidak lari dari kesilapan. Begitu juga kau, anda, awak, kamu, korang. Bukan kehendak kita semua yang tidak baik. Tiada namanya penghidupan jika semua serba indah, lagi manis. Perlu ada kontranya juga. Barulah namanya, pengalaman mengajar erti hidup. Dalam semua perkara yang berlaku, biarlah antara pelaku dan dipelaku. Senyap ada kalanya lebih baik.

Ya, aku memang perahsia. Bukan semua hal perlu untuk diberitahu kepada orang lain. Hatta orang yang kita rapat dan percayai sekali pun. Tidak kira ahli keluarga atau best friends. Simpan untuk diri sendiri juga. Bagi aku, biarlah yang pahit itu di simpan seorang diri dan yang manis itu kita kongsi sedikit kepada yang lain. Sedikit ya, bukan semua. 




Jadi tidak hairan lah, kenapa aku ini sukar untuk ditafsir dan di mengerti. Aku tidak pernah menyuruh sesiapa fahami aku sepenuhnya dan aku juga tidak marah mahupun terkilan untuk dilabel annoying oleh sesiapa pun. Aku manusia biasa, aku juga melabel sesetengah orang annoying. Aku juga memang sukar untuk fahami orang lain.

Akhir sekali, kenalilah diri kita sendiri sebelum kita cuba untuk mengenali orang lain. Apabila kita sudah mengenali, jangan berharap tiada rahsia antara kita. Jangan cepat melenting andai kita masih tidak kenali seseorang itu atas alasan meraka kuat berahsia dan bersikap lain antara kita dengan rakan mereka yang lain. Begitulah indahnya ciptaan Yang Maha Esa.




|| ini hanyalah pendapat peribadi. jika ada kesalahan, harap ditegur.
|| picture from devianart.com

Sekian, wassalam.

1.8.10

Perjalanan Hidup.

Salam.




Hari ini 1 hari bulan Ogos. Satu lagi lembaran baru terbuka. Semoga hari-hari yang mendatang ini akan memberi satu kenikmatan dalam mencapai kebahagian di dunia. Tidak lupa juga kebahagian di akhirat kelak.

Beberapa dari tarikh ini, maka akan bertambah juga bilangan pada usia aku. Angka belasan akan di tinggalkan. Maka datanglah angka puluhan. Namun, ada apa pada usia. Semakin bertambah usia, bukan bermakna bertambahnya amalan kita mungkin.




Ada orang, semakin bertambah usianya semakin bertambah dosa maksiatnya. Dan juga sebaliknya. Aku mohon agar dijauhkan dari semua itu. Semoga seiring dengan peningkatan usia aku nanti, maka bertambah jua amalan aku untuk bekalan di hari abadi kelak. Semoga aku dipeliha oleh-Nya. Insya Allah.

Seiring peningkatan usia juga, aku berharap tahap kematangan aku juga akan meningkat. Kalau boleh dijauhkan sifat-sifat kebudak-budakkan yang tak masuk dek akal. Agar hidup lebih harmonis dengan meraka yang aku sayangi. Keluarga, sahabat handai, rakan taulan dan mereka yang seagama dengan aku.

Semoga semuanya akan berjalan lancar nanti. Insya Allah.



Sekian, wassalam.



Blog Widget by LinkWithin