Showing posts with label RBT. Show all posts
Showing posts with label RBT. Show all posts

2.2.11

Keywords For Last Month

Assalamualaikum.


Bagaimana hari pertama anda di bulan kedua 2011 ni? Its February dude. Sekejap je masa berlalu kan kak? hehe.

Ini adalah entri yang agak boring bagi sesetengah insan yang hidupnya sentiasa bosan. Jom tengok keyword yang blog aku terima sepanjang bulan Januari lalu.


Kalau anda dapat perhatikan keyword "projek kayu" paling  tinggi sekali berbanding keywords yang lain. Hal ini adalah kerana pada semester ini pelajar-pelajar PISMP ambilan Januari 2011y ang mengambil kursus Reka Bentuk dan Teknologi mempelajari subjek yang berkaitan iaitu Teknologi Bahan dan Pembuatan yang memerlukan mereka membuat kerja kayu. Kepada adik-adik junior RBT, selamat memerah otak untuk mengeluarkan idea bagi mereka bentuk projek anda.

Yang pasal angpau tu, aku tak sure apa sebabnya. Mungkin mereka nak hias rumah mereka dengan origami ikan tu kot. Hehe.


|| Happy Chinese New Year to all Malaysian :)


Sekian, wassalam.

30.1.11

RBT3106 - Reka Bentuk Pakaian

Assalamualaikum.

Selamat malam sabtu. Selamat berhujung minggu. Selamat bercuti.

Untuk kali ini aku ingin share gelagat kami untuk subjek RBT3106, Reka Bentuk Pakian. Subjek ni adalah subjek yang mempunyai amali. Subjek ni bukan saja menguji kami, pelajar RBT seluruh Malaysia dari segi kreativiti, skill, tenaga, mental dan kesabaran kami turut di uji. 

Kreativiti untuk menghasil pakaian yang cun lagi cantik. Skill menjahit perlu juga di asah setajam yang mungkin. Tenaga kami diperlukan untuk belajar menjahit selama 5jam seminggu. Tekanan yang diberikan juga menguji ketahanan mental kami. Selain itu, karenah pensyarah yang bekeng, menuntut kami untuk lebih bersabar.

Jom layan gambar dulu.

 cika sedang membuat pola blouse 

 akim sedang membuat pola kemeja beliau

istiqomah sedang menyusun pola di atas fabrik

klik sini untuk banyak lagi gambar


Kepada adik-adik, yang ada memohom untuk kemasukan ke IPG sesi 2011, terutama yang memohom course Reka Bentuk dan Terknologi (RBT) jangan takut dan gentar. Inilah harga yang perlu dibayar dalam perjalanan untuk mencari ilmu. Biar pahit mana pun pengalaman yang ditempuhi, percayalah kejayaan yang akan dikecapi adalah lebih manis dari gula.




Sekian, wassalam.


22.1.11

I'm Sorry

Assalamualaikum.




Counting day for Chinese New Year break. Before that, i must settle down all my assignment/work as soon as possible.

Been busy lately. So busy. I have to slow down blogging activity.

Sorry guys.



That's all, wassalam.

Blog Widget by LinkWithin