Salam.
walaupun jalan ke depan, sejarah di belakang jangan dilupakan
Perjalanan sebuah penghidupan di muka bumi ini takkan pernah terlepas dari sebarang dugaan. Godaan serta dugaan itulah yang akan mematangkan kita untuk menjadi lebih baik dari hari ke sehari.
Janganlah kita pernah cuba untuk berhenti melangkah atau berlari dalam mencari erti sebuah penghidupan yang akan menjamin kebahagian di hari pembalasan kelak.
Memang sebagai manusia biasa. Kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Namun, apabila kita sudah sedar akan kekhilafan itu, segeralah memperbetulkannya agar ia tidak memakan diri kita balik.
lagu ini ada dua versi. satu lagi versi dinyanyikan oleh nadia aqilah bajuri
Aku juga dalam proses memperbaiki kelemahan diri. Jadi sama-samalah kita berusaha untuk melakukan perubahan demi sebuah kebaikan. Bukan mahu menjadi sempurna, tapi sekadar mahu menjadi yang terbaik selagi daya.
Maaf ku pohon andai ada kesilapan. Tegur-tegurlah apa yang patot. Insya Allah akan aku perbaiki kelemahan tersebut.
Sekian, wassalam.
