Showing posts with label jiwang. Show all posts
Showing posts with label jiwang. Show all posts

18.6.11

Kisah Semalam

Assalamualaikum.




Kisah semalam
Membekan di jiwa
Membekas di hati
Membentuk rasa pahit

Kisah semalam
Mengamit sebuah memori
Membina sebuah sangsi
Mencakna rasa cinta

Kisah semalam
Mengakhir sebuah derita
Memulakan secebis kasih
Menjadi pengalaman hidup

Kisah semalam
Mengajar hari ini
Menghargai kehadiran cinta
Merasai kasih sayangku



Sekian, wassalam.

2.5.11

Bila Dia Sudah Jatuh Cinta

Assalamualaikum.




Mata ke mata
Menjadi suka
Kata ke kata
Menjadi cinta
Hati ke hati
Menjadi janji

Bila dia sudah jatuh cinta.




|| dia adalah subjek. dia adalah bukan aku. kalau tak faham. faham-fahamkan jela okey :P


Sekian, wassalam.

29.4.11

Kisah Kita

Assalamualaikum.





Sekadar berteman,
Itu yang kau pinta,
Aku hanya menurut,
Andai itu kehendakmu,

Sekadar berkawan,
Itu yang kau katakan,
Aku hanya menurut,
Andai itu pilihanmu,

Kita berkawan saja,
Itu yang aku terapkan,
Tapi mengapa menjauh,
Atau kau hanya berpura,

Kita berteman biasa,
Itu yang aku fikirkan
Tapi mengapa menjauh
Atau kau mahu berpisah,

Semakin kita menjauh,
Aku tipu diri sendiri,
Perasaan lain muncul,
Aku fikir itu sebabnya,

Semakin kita berlari
Aku terasa merinduimu,
Perasaan lain muncul,
Aku tak mahu begini,

Berikan aku kepastian,
Agar kita jelas semuanya,
Jangan permainkan perasaan kita,
Biar kita boleh tenang.





|| harap kamu bisa mengerti dan memahami


Sekian, wassalam

26.4.11

Cinta dan Sayang

Assalamualaikum




"cinta bermakna biarkan ia bahagia. sayang bermakna biarkan ia bebas." 



Just simple quote and deeply meaning :)


Sekian, wassalam.

19.4.11

Penafian Perasaan

Assalamualaikum




Pertama kali  berkenalan
Hanya sekadar teman
Antara kita tiada perasaan

Kini jadi tak keruan
Kerana kita berjauhan
Telah wujud sebuah perasaan

Hati kini bagai berpautan
Diri bagai menafikan
Terlalu takut dihampakan





|| biar takdir menentukannya.




Sekian, wassalam.

10.4.11

Luka Perih

Assalamualaikum.




Pada siapa mahu ku lontarkan kasihku ini?
Pada siapa mahu ku layarkan hasratku ini?

Tidak mungkin pada jernihnya air sungai.
Tidak mungkin pada angin yang menderu.

Ia mengalir deras tanpa bertuan.
Ia bertiup kencang tanpa berteman

Jadi biar ia terus berkunci.
Biarkan ia terus bersarang.

Agar hatiku tidak disakiti luka perih




Sekian, wassalam.

5.4.11

Sahabat

Assalamualaikum.


Sebuah dedikasi buat kamu, kamu, anda, anda, kau, kau...




Sahabat,
Bukan sekadar kawan,
Bukan sekadar teman,
Tapi dia merangkumi semua.

Sahabat,
Kita susah dia membantu,
Kita duka dia ada,
Tak kira apa jua keadaan,

Sahabat,
Biar pun berjauhan,
Biar pun berpisah,
Kau tetap di hatiku.

Terima kasih sahabat,
Kerana kau ku sayangi...




Walau apa jua keadaan kamu wahai sahabat, aku tak pernah melupakan kamu. Setiap doaku, kamu sentiasa ada. Semoga kamu berbahagia, semoga kamu mengecapi impian kamu. Kamu tetap terbaik.


Sekian, wassalam.

8.3.11

Berdiri Teguh

Assalamualaikum.



Biar dicampak diri ku ini
Akan ku tetap berdiri teguh di sini,

Biar diragui diri ku ini
Akan ku tetap berdiri teguh di sini,

Biar dilukai diri ku ini
Akan ku tetap berdiri teguh di sini,

Biar dihina diri ku ini
Akan ku tetap berdiri teguh di sini




Sekian, wassalam.


23.2.11

Kamu Ada, Kamu Dekat

Assalamualaikum.


 ada sesiapa sudi hadiahkan aku rumah macam ni?



Biarpun jauh berbatu,
Kamu selalu dekat,
Biarpun jauh di mata
Kamu selalu ada,

Walapun jarang berkhabar,
Kamu tetap dekat,
Walaupun jarang bersua,
Kamu tetap ada.

Dekat di hati ku,
Ada dalam doa ku.





|| malam esok mahu pulang ke kampung. walaupun singkat akan aku manfaatkan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu yang berbuku ini :)


Sekian, wassalam

18.2.11

Ku Lihat

Assalamualaikum.






Ku lihat bintang,
Ada sinarnya,
Ku lihat kamu,
Ada kasihnya,

Ku lihat bulan,
Penuh cahayanya,
Ku lihat kamu,
Penuh sayangnya,

Ku lihat flora,
Berseri rupanya,
Ku lihat kamu,
Beri wajahnya,

Semoga kita kekal bersama...






|| kamu, Si Comot :)




Sekian, wassalam.

16.2.11

Pelayar Rindu

Assalamualaikum.




Melodi unggas bergema
Temani sunyi malam
Melodi hati berirama
Temani rindu kesorangan

Kejauhan itu derita
Pengukuh sebuah ikatan
Kerinduan itu bahagia
Pengukuh sebuah jalinan

Sengketa tak lekang
Lidah jua tergigit
Kemesraan tak hilang
Likat jua kasih

Biarpun jauh merantau
Tetap hatiku di sini
Jauh mana pun belayar
Hatiku kau punya





Sekian, wassalam.

11.2.11

Hikayat Cinta

Assalamualaikum.


Sendirian aku,
Mencari bayangan kamu,
Berkurun lamanya aku menanti,
Bagai inginkan bulan jatuh ke riba.

Sendirian aku,
Menunggu kehadiran kamu,
Berkurun lamanya aku menanti,
Bagai inginkan pelangi bewarna indah.

Sendirian aku,
Mencari dan menunggu kamu,
Biarpun jauh jangka masa itu,
Bagai inginkan seagung cinta hikayat.

Tetap aku sendirian tanpa kamu





Sekian, wassalam.

24.1.11

Pengutip Hati

Assalamualaikum.





Melayang entah ke mana,
Habis semuanya bertaburan,
Berlari entah sampai mana,
Hilang segalanya bertempiaran.

Kamu!
Si Pengutip serpihan hatiku,
Kemana kau mahu bawa ia?
Jangan kau tegar melukaiku,
Jangan kau  sanggup berpaling tadah,

Hatiku adalah untuk kau,
Simpan ia sehabis baik.




Sekian, wassalam.

13.1.11

Engkau dan Aku

Assalamualaikum.





Kita berjumpa,
Tanpa bersua,
Aku kata cinta,
Sayang ungkapan kita.

Biar jauh berbatu,
Aku rela bersatu,
Engkau jua setuju,
Cinta kita satu.

Marah gaduh biasa,
Resam hidup berdua,
Bahagia di dunia,
Akhirat abadi selamanya.




|| ♥ si comot

Sekian, wassalam

8.1.11

Hangat dan Dingin

Assalamualaikum.


 picture from ; aqeelstudio.com
re-edit ; zikeryhassan


Dingin malam ini,
Tapi tidak ku rasa,
Kerana limpahan kasihmu,
Menyelimuti tubuh aku,
Sehingga hangatnya terasa.

Hangat hari semalam,
Seperti tak terasa,
Kerana hembusan nafasmu,
Penyejuk tubuh ini,
Sehingga dingin rasanya


Sekian, wassalam









23.11.10

[MP3] Siapalah Aku - Amy Mastura

Salam.

Aku sudah putar lagu ini berapa banyak kali ntah. Susunan muzik yang simple tapi menusuk jiwa. Ditambah pula dengan bait-bait lirik yang memang kena dengan aku sekarang ini.








Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cinta
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurang nya berbeza

Biarlah usahlah
Bermain dengan api
Kelaknya terbakar sendiri

Biarkan tersimpan
Segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Siapalah aku



|| download this MP3. click here 


Sekian, wassalam.




21.11.10

Dakapan Kasih.

Salam.




Andai kau lena diulik mimpi,
Berbahagialah kau dalam dakapan cintaku.

Andai kau resah dipalit sepi,
Tersenyumlah kau dalam tawa kasihku.




Sekian, wassalam.

5.11.10

Menanti Sirna.

Salam.




Hujan, Sejuk,
Aku terbelenggu,
Segala terhenti, menanti,

Minit, Saat,
Aku ternoktoh,
Segala keliru, celaru,

Panas, Terik,
Aku termenung,
Segala hilang, habis,

Siang, Malam,
Aku tertunggu,
Segala musnah, hancur,

Sentiasa aku menanti ketibaan sirna itu.





|| okey sudah. jom tidur. opss! jom study :)


Sekian, wassalam.

31.10.10

Sepagi Penuh Tenang.

Salam.




Irama syahdu melayang,
Fikiran hanyut terpelanting,
Dibuai rasa nyaman,
Sepagi penuh tenteram.

Hati perasaan damai,
Udara buatan menerpa,
Segar dalam kemamaian,
Sepagi penuh tenteram.

Suara girang beburung,
Bagai melodi harapan,
Tenang di jendela jiwa,
Sepagi penuh tenteram.



Sekian, wassalam.

22.10.10

Perasaan Hati.

Salam.




Andai tanganku menghulur,
Mampukah kau menyambutnya?

Andai hatiku menyanyangi,
Mampukah kau mencintai?

Andai diriku kekurangan,
Mampukah kau memenuhinya?

Kerana aku kini,
Masih dalam kesamaran.

Kerana aku kini ,
Masih dalam teka-teki.

Kerana aku kini,
Masih dalam kebuntuan.

Perasaan hati ini mahukan kepastian.
Adakah ia benar atau tidak.



Sekian, wassalam.
Blog Widget by LinkWithin