Salam.
First of all, sila tinggalkan page ini jika anda tidak sanggup untuk membaca bebelan aku. Senang je caranya. Nampak tanda X di penjuru kanan anda. Sila halakan tetikus anda ke situ. Kemudian tekan saja. Mudah bukan?
Bagi aku semua manusia ada sifat malas. Aku pun tak dapat lari dari sifat tu. Cuma kita kenalah pandai kawal sifat tersebut dari terusan merebak. Paksa diri untuk jadi rajin juga. Jangan sampai malas kita tu menyusahkan orang lain.
Kalau aku pemalas, kau 100 kali kali lebih malas dari aku. Tahu? Semalas-malas aku pun, aku tahu aku punya kerja. Lagi-lagi kerja berkumpulan. Ni yang malas bila dapat sleeping partner. Kalau sleeping partner betul-betul best gak. Ni sleeping partner yang tak mendatangkan hasil tapi mendatangkan susah.
Bila dah kerja secara berkumpulan haruslah ada kerjasama. Kerja sama-sama. Bukan yang lain buat kerja, kau sedap-sedap je rileks. Hampeh betul perangai macam tu. Jangan ingat kawan-kawan yang lain tu tak sibuk dengan kerja-kerja lain juga.
Okeylah tu jelah. Malas cerita panjang-panjang.
Sekian, terima kasih
