Assalamualaikum.
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.
Sori sebab menyepi beberapa hari ni. Internet kat rumah ni buat hal pula. Geram aku di buatnya. Sebab tu lah blog ni tak terupdate dan jejak korang semua tidak dibalas. But now, internet sudah kembali okey. Jejak korang pun semua aku dah balas. Alhamdulillah.
kanak-kanak yang join memang talented habis
Sepanjang ketiadaan internet aku melayan segala cerita yang macam best yang ada kat tv. Aku gemar melayan astro channel 711. Sebab hampir kesemua cerita yang dorang tayang aku minat. Dari Glee ke Australia Junior Master Chef pun aku layan.
sweet je tengok dorang
Selain tu, aku juga telah memperuntukkan hampir sepanjang malam utk melayan drama korea. Personal Taste. Best kot. Tambahan heroin yang cun lagi comel. Gara-gara melayan cerita tu juga la aku tak buat segala assignment yang aku bawa balik sebelum cuti hari tu.
Okeylah. Setakat tu je yang aku boleh update. Aku nak packing barang-barang jap sebelum masuk tidur. Duduk melayan korea punya pasal satu kerja pun tak jalan. Doakan aku selamat sampai ke IPG tercinta okey.
Sayang korang ketat-ketat. Ahakz3.
Sekian, wassalam.


