Showing posts with label talk to the hand. Show all posts
Showing posts with label talk to the hand. Show all posts

18.5.10

[TOPIK] Bagaimana Cara Menegur Dengan Berhemah

Salam.


talk to the hand

Dalam kesibukkan study musim-musim peperiksaan ini, aku nak juga update blog aku ini. Sebab aku memang tak boleh abaikan blog aku ini tanpa sebarang update. Punyalah sayang aku tak blog ini. Aku sayang anda-anda yang selalu membaca dan melawat blog picisan aku ini. Hehe.

Sekarang ini heboh dalam kalangan kawan-kawan aku mengenai kes cara tegur-menegur antara satu sama lain. Masing-masing tak puas hati. Yang baik menegur yang kurang baik. Yang muda menegur yang tua. Bagi aku tak salah kalau mahu menegur. Tapi biarlah cara peneguran dan pendekatan yang di ambil itu bersesuaian dengan orang serta persekitaran itu.

Dalam Islam juga ada menggariskan cara untuk umatnya menegur sesama sendiri. Pertama, cara lisan. Kedua, dengan tangan (kuasa) dan yang ketiga, dengan hati.Tapi untuk fokus utama entri kali ini adalah menegur dengan cara lisan.

Pendekatan secara lisan ini, selalunya memang sukar diterima oleh sesiapa pun lagi-lagi orang yang ditegur. Tapi, jika cara dan pendekatan yang di ambil itu berhemah serta bijaksana, Insya Allah orang ditegur itu boleh menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Jadi, sebelum kita menegur seseorang itu dengan lisan, tetapkan niat kerana Allah SWT dan fikir dahulu sebelum bertindak.

Orang yang ditegur itu, janganlah terlalu melenting. Cuba ambil teguran itu sebagai sesuatu yang positif. Jadikannya sebagai refleksi kepada diri sendiri. Kadang-kadang, ada sesetengah perbuatan, perlakuan serta percakapan kita tidak bersesuai dengan orang-orang serta persekitaran sekeliling. Jadi waspada dengan setiap perlakuan kita.

Jadi bagaimana cara anda dalam menegur orang lain jika orang tersebut melakukan sesuatu di luar kawalan. Adakah anda akan menegur atau buat tak endah? Jom kongsi pandangan anda...



|| maaf. aku bukan sempurna sangat. ini adalah sebahagian pandangan serta pendapat peribadi. sebarang komen yang membina serta hentaman yang menjatuhkan aku, aku terima seadanya.


Sekian, wassalam.

Blog Widget by LinkWithin