Sekarang jam menunjukan jam 4.10 pagi. Aku masih belum tidur lagi. Ni adalah kerana aku terlebih tidur di siang hari plus esok cuti. Yeay!
music is art. art is life.
Sepanjang aku duduk, baring menghadap lappy ni sambil-sambil dengar lagu-lagu di winamp player ni. Aku syak sudah beberapa kali lagu yang sama telah berputar. Walaupun jumlah lagu hampir mencecah 2k, tapi kebarangkalian untuk sesuatu lagu tu berulang amatlah tinggi. Jadi aku sudah bosan.
Korang ada lagu-lagu terbaru yang boleh aku layan. Pape je la lagu yang korang rasa best dan korang rasa aku belum pernah dengar serta wujud dalam playlist aku sila nyatakan okey. Tapi sila pastikan lagu tu bukan lagu hindi, metal etc.
Aku harap korang sudi membantu aku.
Sekian, wassalam.



