Assalamualaikum.
Semakin jauh kita berjalan untuk sebuah impian, semakin jauh untuk kita merealisasikan impian tersebut. Bukan tiada usaha. Bukan tidak sepenuh jiwa. Tetapi, kealpaan kita menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya digalas kita. Kejauhan kita pada Sang Pencipta. Perhubungan kita sesama manusia. Kesedaran untuk kita menjaga alam sekeliling kita. Semua itu membuatkan kita terus jauh dari mengapai impian.
Jikalau tertunainya impian kita sekali pun, nescaya kita masih tidak ditemukan dengan kepuasan yang kekal. Sebab itulah, orang kaya mahu terus terusan mahu kaya. Orang miskin terus dibiarkan miskin. Alam terus terbinasa dengan kerakusan kita mengejar impian. Kenapa ini terjadi, baca perenggan satu semula.
Entry ini ditaip untuk memperingati diri ini sendiri agar tidak alpa. Entri ini juga bertujuan mengingatkan sesiapa saja yang membaca. Maafku pinta andai ada yang terasa mahupun tersinggung dengan penulisan aku. Aku juga tidak sempurna. Tiada sesiapa yang sempurna melainkan Sang Pencipta.
Sekian, wassalam.