28.6.10

New Semester.

Salam.



Entry hari ini adalah entry berunsur peribadi. Jikalau anda tidak mahu membaca, sila ke atas dan tekan X untuk meninggalkan page ni. Sebarang kebosanan ketika membaca entry ini adalah tanggungjawab sendiri.

Hari ini merupakan hari pertama aku untuk semester baru. Segalanya berjalan lancar. Kelas baru. Untuk semester kali ini aku duduk di hadapan. Teruja aku. First time kot aku duduk depan.

Dengan bermulanya semester baru ini, maka semakin kuranglah aktiviti-aktiviti blogging aku. Maka jarang-jaranglah ada entry baru. Jarang-jaranglah aku berjalan-jalan ke blog korang. Aku minta maaf terlebih dahulu, jikalau blog ini sunyi tanpa entri. Aku tidak menjengah ke blog korang.



|| masih menanti result yang masih di dalam simpanan unit peperiksaan. berdebar boh.

Sekian, wassalam.


25.6.10

Bukan Hati Besi.

Salam.



Kasih dulu telah ku buang,
Melupakan harapan yang terbina,
Memusnahkan impian yang terpasak,
Menjahit segala kelukaan pedih itu.

Sinar harapan depan mata ku,
Haruskah aku menggapai ia,
Atau biarkan ia terus berlalu,
Tanpa perasaan terhadap kesunyian.

Aku tak rela dilukai lagi,
Aku jaga tak mahu melukai,
Ingin aku dampingi kesunyianku,
Andai hatimu bukan besi.



|| ini adalah auto publish. aku sedang dalam perjalanan pulang ke IPG tercinta.

Sekian, wassalam.

Blog Widget by LinkWithin