29.3.09

blogger work

upload yang anda gemari dan jawab soklan di bawah


Kenapa anda suka gambar ini?
gambar pemandangan blok kediaman aku di IPSMB.
aku yang berbeg biru itu:)

Bila kali terakhir makan pizza?
time cuti mid-sem. ngan kawan aku.
aku belanje die. hehe

Lagu terakhir yang anda dengar?
terbang ke awan by atilia

Apa yg sedang anda buat selain selesaikan tag ini?
g0lekgolek atas katil

Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
ziQ!

Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan orang yang anda tag!
1. raqema
2. kak yam
3. my sis ena
4. istiqomah
5. syamira
6. maya

Siapa No.1 pada anda?
rakan di sekolah menengah

Org No.3 ada hubungan dengan sesiapa?
die single lagi. agaknye la

Kata sesuatu berkenaan org no.5
love kawan aku

Bagaimana dengan org No.4?
rakan sekelas

Siapa org No.2?
rakan blogger

Bagi pesanan pada org No.6
study molekmolek. moga jadi cekgu yang efektif supaya
menjadi pemangkin masyarakat bertaraf dunia

hormat dan menjaga hati

perlukah kita

hormati orangorang yang tak pernah nak hormati kita??


perlukah kita

menjaga hati orangorang yang tak pernah jaga hati kita??


bagi aku

takde perkataan hormat pada orangorang itu.


bagi aku

tak perlu kite tok menjaga hati orangorang seperti itu.



orangorang seperti itu tak perlu hidup kat dunia ni.
sebab dunia ni bukanlah untuk kite hormati mereka saja dan menjaga hati mereka sepanjang hayat hidup ini.



prinsip aku mudah saja.


aku akan hormati seseorang
kalo orang itu tahu hormati orang lain.

aku akan menjaga hati seseorang
kalo orang itu tahu menjaga hati orang lain.

24.3.09

persoalan di benak

skrg jam 3.14 pagi. aku masih tidak tidur lagi.
masih duduk di kerusi ini dari pas solat maghrib td.
kerjakerja aku masih belum siap.
tapi hati aku sedang gundah gulana.
satu persoalan bermainmain di benak aku.
soalan tersebut adalah..

"perlukah seseorang itu jadi sempurna untuk pasangannya??"

ada sesiapa yang boleh beri aku jawapan untuk itu?

22.3.09

cara mengurus kemarahan;)

Bagaimanakah perasaan anda hari ini? Adakah anda rasa marah? Gembira? Murung? Kecewa? Takut? Bersalah? Tersinggung? Hormat? Bertanggungjawab? Bolehkah anda mengenalpasti dengan tepat apa yang anda rasa? Bolehkah anda cari perkataan-perkataan lain untuk mencerminkan apa yang anda rasa? Kini manusai telah cipta lebih daripada 2000 perkataan untuk menerangkan jenis-jenis perasaan yang dialaminya. Kefahaman tentang tiap-tiap perkataan mengenai perasaan iaitu emosi manusia penting untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain.


CARA MENGURUS KEMARAHAN


1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya.

Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut: a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah

Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.

2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting.

Bila perasaan marah timbul kita boleh
a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
f) Urut bahagian dada dan perut
g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu


3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak
a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan

Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.


p/s : sumber dari laman www.iluvislam.com

20.3.09

ku gagahkan jua

pejam celik. pejam celik. da seminggu aku bercuti. sangat la tidak puas aku bercuti. walaupun dari hari aku sampai sini hingga semalam. aku masih berjalanjalan, merayaurayau dan berfoyafoya. walhal tugasan aku masih berbengkalai lagi. semua separuh siap dan ade juga yang tidak bersentuh satu haram pun. bagi aku, cuti adalah cuti. jadi aku ambil peluang tok berehat dari melakukan tugasantugsan itu semua. malam ini aku akan berangkat pulang ke besut. perasaan malas dan tidak mahu kembali ke sana terus menyelubungi aku. jasad aku saja ada di sana nanti tapi roh dan pemikiran aku masih di rumahku. maklumlah bukan senang untuk pulang ke kajang ini. sebulan sekali pun belum tentu. tapi apakan daya, mahu tidak mahu aku perlu kembali ke besut. walaupun terpaksa. aku merelakan saja. demi masa depan aku. aku gagahkan jua untuk pulang. walaupun jauh di sudut hati aku, aku akan rindu pada keluargaku, rakanrakanku, pusat belibelah di sini dan kesibukan kota metropolitan. zikery, bersemangat lah! demi masa depan kau! go go chaiyok!

betul ke??

LELAKI HENSEM vs TAK HENSEM

kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...

kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect

kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!

kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...

kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..

kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang

kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam

kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen

kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome hantar komen dlm blog ke..fenster ke..myspace ke..cepat2 dibalas..kalau lelaki xhandsome dia akan ckp buang masa je layan..
MCM TU KE? KESIAN LAKI XHANDSOME KAN.....


17.3.09

i hate tag!

instructions :
Use the first letter of your name to answer each of the following questions~


1. What is your name :
muhammad zikery bin hassan

2. A four letter words :

mati, makan, mandi

3. A boy's name :
mawi.
i hate him

4. A girl's name :
marlia musa.
m.nasir wife's

5. An Occupation :
moral teacher

6. A color :
merah + biru = ungu

7. Something you'll wear :
mawi tshirt.
haha~

8. Something found in school:
meja,

9. A food :

mee udang.
sgt sedap

10. Something found in the bathroom :
mangkuk jamban

11. A place :
makkah.
insyaAllah

12. A reason for being late :
mak saye lupe kejotkan saye.
sori mum!

13. Something you'd shout :
mereng tol ar!

14. A movie title :
madagascar.
i like move move it

15. A musical group :
malaysian indie.
hassan yg ajar.

16. A street name :

mati street
(jln mati)

17. A type of car :
motorcar

18. The title of a song :
mawar khayalan.

im tagged :
tak mo tag sesape.
tag ini mati di sini.

______________________________________________________________________

tag ini telah dibaiki.
TQ kpd yg menegur aku.

15.3.09

sakit


aku selsema.
aku tak suke mam ubat.
jadi memang akan lambat baek.
kepada yang memaksa aku mam ubat,
aku akan pertimbangan paksaan tersebut.
haha.

aku da start cuti.
cuti semiggu je dowh.
sangat la tidak puas tok enjoy dan berjoli.
cuti ni aku banyak keje la weyh.
ade sesiapa yang leh bwatkan keje2 aku?
aku bgi upah pada yang rela.
sile hubungi aku jika berminat.

11.3.09

GRAMMY AWARD

Rules and regulation :

1. copy paste the award at your blog once you got it.
2. make an entry if this is like a GRAMMY award :D
3. tag 5 other blogger.
4. NEVER break the chain, please

***************************************************************************
kepada kak sayha.
terima kasih kerana memberi award ni ek.
memang rase cam dapat grammy award;D
lagu kat bawah ni khas tok beliau sbb memberi award ni.

"KAMI GURU MALAYSIA"

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

***************************************************************************

aku tak mahu beri award ni pd org laen=)

8.3.09

amali masakan 1.

semalam (sabtu). aku ade amali masakan. naseb baek dpt sidang pagi. ktorg start kol 8 pagi dan selesai jam 1 tengah hari. tok amali kali ni kami dikehendaki menyediakan hidangan tok 2 orang makan. menunye adalah nasi lemak sambal ikan bilis, sup kuetiaw, roti bakar, jus oren dan air koko. aku sepasukan ngan hassan aku jd chef dan dye co-chef. hehe=)

masak ni mmg sonok kalo terer. aku bkn la tak reti masak langsung. cuma aku tak yakin tok amali kali ni. gementar rasenye. hahaha. aku sangat jahat sepanjang amali kali ni. group aku dan shauqi telah bergabung tok menyiapkan masakan. haha. aku saling tolong menolong dalam menyiapkan hidangan. malas nk cite lebih2. tengok la hasil dari aku, hassan, shauqi dan syafiq. rase kami sama. yang membezakan kami adalah nasi, roti dan air.


hasil dari aku dan hassan

agak penat gak la nak sediakan ni sume. sampai menitis peloh jantan gak la kami. jangan ingat memasak itu satu keje yang mudah (dipetik dr kata2 cik G). rasa masakan kami okeyh la. ahli2 kelas aku memuji masakan kami. hehe. pas try masakan ahli2 kelas aku yang laen kami kemas dan blek. tp sebelum cabut dr blk masakan tu sempat gak kami snap2 gambar. kalo cik G nampak mesti di maki hamun kami sbb bergambar di dapur die. hehe.

kegilaan sedang melanda=)

sebelum kami maen jauh2 dr blk masak.

2.3.09

pagi, petang, malam

semalam bermulalah minggu baru.
semalam juga adalah ari yang sangat2 penat bg aku.
dari pagi hingga ke malam banyak keje.
tapi tak kan nak cite sume en.
jd aku juz pick up benda yg penting2 je.

pagi.
seperti biasa kami ade perhimpunan pagi.
tp ari ni pelancaran ari kecergasan IPGM kami.
so kami sume kene pakai pakaian sukan seharian.
huhu. pastu perasmian kami ade senamrobik.
sangat fun la gak en. sbb instractor dye cun gak la.
mmg mengancam la. aku pun follow la step yg
dye bwat tu. walaupun agak tak btol step aku tu.
pastu ade program derma darah di dewan. aku
tak derma pun. kawan2 aku ajak tp
aku tak nak pegi. jadi dowg pn tak pegi. kami dok dlm
kelas. then pegi klas grammar ngan mr. jailani pd kol
1.15 ptg. tu la satu2nye klas tok ari smlm.

petang.
kol 3 cik G nak jumpe sume dak2 RBT batch aku.
nak cite psal amali ujung minggu ni. memasaklah kami nanti.
dalam dok sibuk2 briefing kami psal amali dye pn soh
la kami antar jenis2 lipatan napkin.
tok bwat benda tu je kami byk abez duet taw.
sbb mau bikin paling gempax antara batch kami. haha.
aku dan hassan berusaha gigih bg membwat benda alah tu.
walau pun kami punye simple tp aku sgt suke projek tu.
sbbnye kami pnye kemas dan teratur. org leh tgk lipatan
napkin kami ngan clear sekali.


ni la hasil keje kami.

pas je perjumpaan tu. ade plak kejohanan road relay.
aku tak masok pn tp aku turun bg memberi sokongan
kpd kawan2 aku.

malam.
ni lg satu hal. klas en jefri. aku mmg malas+ngantok.
jd aku melangkah tok pegike klas dye ngan penuh
ketidakikhlasan hati tok belajar sebenarnye. haha.
jaat en aku ni. aku bkn ape. aku mmg letih giler
hari smlm. lebih letih dari biasa. da la tak cukop
tdow gara2 keje cik G tu.
tp aku redha+pasrah je la. nk bwat camne da tanggungjwb.
nak tak nak kne la aku laksanakan gak. abez klas perniagaan tu.
aku beli roti di koperasi dan sampai bilik aku selesaikan mane patot.
then aku tros tdow. haha.

jadi tamat la story telling aku tok kali ni.
darr. jumpe lg tok next entri.
Blog Widget by LinkWithin