Showing posts with label riang ria. Show all posts
Showing posts with label riang ria. Show all posts

1.1.10

Review 2009.

salam.



sepanjang 2009 yang lalu,
aku telah menulis sebanyak 153 entri.
entri paling banyak dihasilkan adalah pada
bulan disember iaitu sebanyak 27 entri.
penulisan aku yang mendapat respon
yang agak baek adalah pada
entri yang bertajuk "try, cuba, test, uji".
dalam banyak-banyak entri aku, aku paling suka
entri yang bertarikh 30 oktober.
setakat ini juga orang yang terlalu
rajin komen blog aku adalah
makhluk Allah yang bernama nursyafiqashafie.

sehingga kini entri aku berjumlah 197 entri.
lagi 3 mahu ke angka 200.
walaupun sikit tapi itu satu pencapaian bagi aku.
aku ingin berterima kasih pada semua.
menyokong aku, mengkritik aku serta men-sound aku
sepanjang aku berblog tahun lalu.
banyak kali gak penulisan aku membuat
ramai antara kawan-kawan aku terasa. haha.


wassalam.




17.12.09

Salam Maal Hijrah 1431.

salam.




dikesempatan ini aku ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM
1431 HIJRAH.

jadikan tahun sebelum ini sebagai pedoman
untuk kita meniti hari-hari yang akan mendatang.
INSYA ALLAH

buang yang keruh, ambillah yang jernih.


wassalam.




16.12.09

Unspoken Love.

salam.






kadang-kadang cinta tak perlu diluahkan dengan kata-kata.




wassalam.

26.11.09

Erti Pengrbanan.

salam




Apa erti jihad tanpa pengorbanan
Apa erti kata-kata tanpa dikotakan
Nabi Ibrahim lambang kejujuran
Hati bercahaya penyuluh zaman

Apa erti hamba tanpa ketaatan
Apa erti cinta tanpa pengorbanan
Nabi Ismail contoh tauladan
Sanggup mati untuk Tuhan

Setiap tahun muslimin ke Mekah
Beribadah mengingati sejarah
Berlutut di Baitul Kaabah
Dalam penuh pasrah

Tiada beza darjat
Yang kaya atau melarat
di hadapan Yang Maha Perkasa
Menangislah orang berdosa



buat semua muslimin dan muslimat
salam aidiladha 1430 hijrah dari saya.
hayatilah dan hargailah erti sebuah pengorbanan.




wassalam.


21.11.09

No More Myspace.

salam






akhirnya, aku telah menutup
akaun myspace aku.
sudah la sebenarnya nak tutup.
tapi terdapat beberapa kekangan
jadi aku tangguhkan dulu penutupan tersebut.


sekarang ini, aku hanya ada blog ini dan facebook.
kalau nampak aku kat social network yang lain itu.
sila laporkan kepada aku okey?
aku akan sahkan sama ada social network itu
aku punya atau orang lain yang menggunakan
gambar aku sebagai default.
(perasan je aku nih. ahaha)





wassalam.












30.10.09

Awak Dan Belon.

salam.





aku mahu ikat belon itu, takut ia terbang tinggi. tapi aku lagi takut apabila sudah diikat ia akan pecah dan hilang dari depan mata aku selamanya.


aku semakin sayang sama kamu.
tapi aku tidak beraani menyatakan ia pada kamu.
(n,n)





wassalam.

27.9.09

Thanks A Lot















salam.


sudah seminggu kita di bulan syawal ini.
banyak juga kisah-kisah yang menarik sepanjang seminggu ini.
ada yang okey, ada yang biasa-biasa sahaja.
tidak kurang ada juga gembira, ada juga yang kurang gembira.
apa-apa pun situasi yang melanda anda semua,
jadikanlah ia sebagai satu pengalaman hidup.
agar semua yang berlaku itu menjadi pedoman dan ikhtibar.

dalam seminggu ini juga,
aku ingin berterima kasih buat teman-teman
yang sudi berkunjung ke rumah.
mengajak aku beraya bersama. seronok rasanya.
maklumlah bukan selalu dapat berjumpa dan berkongsi cerita.
aku juga terharulah, kawan-kawan aku sewaktu sekolah rendah
menggegarkan rumah aku petang itu.
walaupun kami bukanlah rapat sangat tapi aku sangat hargai kunjungan tersebut.
kita satu sekolah dari darjah satu sampai aku tingkatan tiga.
kalau aku tidak berpindah ke sekolah teknik, mahu sampai tingkatan lima kita bersama.
ahaha. seharian juga kita beraya kan?
dalam pada itu juga, kami-kami ada merancang untuk membuat gethering/reunion
untuk ex-skdabb 1997-2006. tapi semua itu masih dalam perancangan.

keesokan harinya pula,
my bestfriend, angah and the geng gegar rumah pula.
mereka datang sampai tiga kereta okey. mula-mula cakap satu kereta sahaja.
apa-apa pun aku sudah kenal dengan geng dia itu,
cuma belum berkesenpatan berjumpa dan duduk bual-bual sahaja.
terharu jugalah aku dibuat mereka. seronok tengok mereka. unite!
jutaan terima kasih pada korang semua sebab sudi datang.
yang ada on that day; angah, shaf, awie, hani, ain, nasriah, afiq, safwan, wan, hakim.
sedih sebab tak dapat ambil gambar kat rumah aku. huhu.

by the way, thanks a lot guys sebab sudi datang rumah aku.
tahun depang datang lagi okey? hehe.






p/s :: currently, i'm watching to korean drama. boys over flowers :)

21.9.09

riang ria aidilfitri


keluarga aku.
dalam gambar ini
my parents, my siblings, my ipar's, my anak's buah.
tiada di dalam gambar
abg arol familes and abg yeip


the bujang's okey.
ain, kak ena, aku, abg apis, abg yien
japi


the oranges ;)
ain, kak yul, aqeel, kak ena


anak buah
nadhirah atifah


my niece
afiqah inani (16 years old) & nur ainin sofea (8 years old)


si gedix
nur alia huaidah


aku yang orange!



~sekian~

20.9.09

Dulu dan Sekarang

salam.

masih dalam mood raya lagi. baru sehari berlalu. aku pun tidak mengerti dan tahu apa yang menyebabkan raya dahulu dan sekarang berbeza. aku adalah insan yang lahir pada awal 90-an.
jadi aku dapat merasa sedikit perbezaannya. mungkin anda-anda semua juga merasakannya.

berkemungkinan besar disebabkan arus permodenan yang menyebabkan suasana itu berubah. mungkin juga sekarang ini terdapat banyak kejadian jenayah yang menyebabkan keadaan itu berlainan. suasana raya tidak kelihatan seperti raya. jalan-jalan di kampung lenggang. anak muda desa hanya duduk di rumah, menonton program di televisyen. mungkin juga hal ini disebabkan generasi tua sudah tiada, jadi anak-anak mereka tidak pulang ke kampung.

aku berharap. suasana yang pernah aku kecapi dahulu akan kembali semula menyerap ke dalam diri generasi muda. aku mahu suasana kemeriahan raya itu terasa.

sekian, wassalam.






nota kaki :: gambar-gambar raya akan di-upload apabila gambar-gambar telah dikumpulkan dan di-transfer ke laptop ini. harap maklum




19.9.09

Selamat Hari Raya Aidilfitri


salam.

dikesempatan ini aku ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
minta ampun segala salah dan silap
yang telah aku lakukan selama ini.
sama ada secara langsung atau tidak langsung
selama korang mengenali aku di alam nyata
mahupun di alam maya ini.
sesungguhnya manusia tidak lari dan alpa
dari melakukan kesalahan serta kekhilafan.

bagi mereka yang ingin pulang ke kampung
memandulah berhati-hati dan penuh cermat.
jika bukan korang yang memandu,
suruhlah pemandu korang itu
ingat pada orang-orang yang sayang mereka
dan mereka-mereka yang sedang menanti anda.

sekian, wassalam.

15.9.09

jom mengira

salam.


tinggal beberapa hari saja lagi.
sudah tidak punyai masa dah.
ramai yang sudah busy dan bertungkus lumus.
menyiapkan itu ini, benda ini benda itu.
suasana makin tidak tenang.
berdentam dentum. cahaya memancar-mancar.


famili di kampung,
sakan membuat persiapan untuk
hari lebaran yang akan tiba tidak lama lagi.

kami di IPGM Ksm
sakan bersengkang mata, tidak cukup tidur.
membuat assignment last minute.

pencari rezeki
sibuk melayan kerenah pelanggan mereka.
yang mahukan itu ini, barangan mahal mahupun murah.



mari menghitung hari bersama okey?



sekian, wassalam.



31.8.09

alhamdulillah. 1malaysia

salam.


dalam sedar tidak sedar
sudah 52 tahun negara kita,
negara Malaysia telah merdeka.
alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi.
semoga nikmat yang dikurniakan ini
akan terus kekal sampai bila-bila.
insya Allah. jadi bersama-samalah
kita menjaga kurniaan ini dengan sebaiknya.
amiin.

setahun yang lalu.
aku terlibat dalam sambutan
kemerdekaan ke-51 di dataran merdeka.
jadi tahun ini giliran junior2 aku pula.
huhu :).









~sekian~

21.8.09

ramadhan al-mubarak 1430 H


ramadhan tiba lagi.
sambutlah kedatangannya dengan
penuh keinsafan dan ketaqwaan.
perbanyakkanlah amalan mulia.

semoga ramadhan kali ini
lebih baik dari ramadhan
sebelum ini. insya Allah.



salam ramadhan al-mubarak










p/s :: seronok dapat mula berpuasa di rumah. assignment banyak sangat menanti.

20.8.09

i'm 19 ;)


alhamdulillah.
umur aku sudah mennginjak ke 19 tahun.
i'm getting older okeyh.

btw, thnx kpd sume
yg wish aku semalam.

sekarang aku kat
KFC Jerteh.
malam ini akan bertolak
balek ke Kajang.
naek bus jam 10 malam.



nak makan dulu.
adiosa bebeh.
salam

12.7.09

buang jauh jauh

mari kita buang tension jauh-jauh meyh.
jadi mari kita jalan-jalan.

tempat kejadian :
PANTAI BUKIT KLUANG


aku, helmi, arin, ika sub

lihat ada apa di sana?

aku ada gaya model berjaya tak?

kami memang selamba je.
walaupun ramai orang di situ.
posing tetap posing okey.





kapal di belakang itu adalah props bagi pengambaran filem.
aku tataw tajuk cerita tuh. sumber yang berkata ia adalah
bawah arahan yusry KRU.

8.7.09

jalan jalan itu walking around 2

ini adalah sebahagian gambarajah yang berjaya diambil sepanjang pengembaraan kami.


pemandangan arah depan
MASJID KRISTAL

helmi dan aku.
kami sangat kacak kot.
haha.

pemandangan kubah dari dalam masjid.

aku dan menara masjid.
siapa lagi tinggi?


seterusnya,
tempat kejadian :: taman di hadapan masjid

aku dan afiq.
kami sangat cute wokeyh.
sila muntah untuk afiq saja.

peserta rombongan.
izar tiada di dalam gambar.

aku memang gila kamera.
tolonglah jauhkan mintang itu
dari aku wokeyh.

si penyumbang suara.
nama dia Fakhrie.
dia sedang feeling lagu
OH FATIMAH!

peserta-peserta penyumbang suara terhebat.
kami gilak sakan seronok itu malam.
sori muka saya sangat comel kan? haha.

mari berkaraoke bersama kami
silalah tekan play jika anda sanggup.
haha.


segala masalah pendengaran yang berlaku
adalah atas tanggungan sendiri.


jalan jalan itu walking around 1

cuti-cuti malaysia kali ini akan bawa anda ke sekitar
BANDARAYA KUALA TERENGGANU.

sangat seronok jalan-jalan di sana.
walaupun wang tidak banyak di dalam saku,
namun ke-enjoy-an tetap dijalin utuh sesama kami.
bertolak dari kampus dalam pukul 9 pagi
dan lebih kurang pukul 12 tengah hari
konvoi kami tiba di kuala terengganu.
menaiki 4 biji motosikal dan seramai 8 orang peserta.
agak menyiksakan juga keadaan pinggan kami ketika itu.
badan menjadi kebas ketika turun dari motosikal.

sampai di sana,
para peserta dibahagi kepada 2 kumpulan.
kumpulan pertama bermalam di rumah
asyraf aka cerah mantap.
ahlinya; fakhrie, sabri, izar serta tuan rumah, cerah.
kumpulan kedua pula bermalam di rumah
hakim aka KU sumbak.
ahlinya; shoki, helmi, aku dan kim selaku tuan rumah.

lepas solat jumaat group aku naik kereta kim
ke rumah afiq (memang duduk KT). kemudian,
ke rumah cerah untuk pergi jalan-jalan.
group cerah naik moto sahaja. group aku
naik kereta. haha.

berikut adalah aktiviti yang telah berlangsung pada hari pertama :
1) Taman Tamadun Islam
2) Jalan-jalan cari pasal di Giant dan Mydin
3) Berkaraoke dan bergumbira sakan
4) Take away di McD
5) Lepak di Pantai Batu Buruk
6) Balik rumah dan tidur

berikut pula aktiviti yang telah berlaku pada hari kedua :
1) Sarapan pagi
2) Menunggu rombongan pihak wanita
3) Melawat Kemang
4) Lunch di rumah Cerah Mantap
5) Bersiap-siap untuk pulang kampus
6) Perjalanan pulang
7) Singgah di Pantai Penarek
8) Sampai kampus dan tidur











sambungan pada episod ke-2


7.6.09

sukasuka.riangria

holiday is bored rite?
so untuk hilangkan kebosanan itu,
marilah kite bergumbira muda remaja.
lokasi suka ria dia mid valley je.
malas nak pergi jauh-jauh la.
sangatlah ramai umat manusia disana.
time naik tren ke mid tu, sangat la sardin.
aku jadi cicakman dipintu tren itu.
da la aku dihimpit warga asing dari bangladesh.
dia boleh plak angkat tangan dia time tu.
sangatlah biadap punya orang kan.
any way, thanks la kat sorang brother ini.
sebab dia pun jadi mangsa kekejaman mat bangla itu.
so lets enjoy okey dengan gambar rajah di bawah.

mangsa sukaria untuk kali ini adalah
aku, aman, angah dan razi gedix.
motif kami adalah dudukduduk bersembang.
hahaha.

with angah.
bestfriends aku since form 1.
nothing special with okey.
jangan buat kontroversi okies.
haha.

razi with angah.
di reject shop.
aku dan aman di luar saja.
malas nak masuk dalam.

air coke.
aku sangat haus okey.
tapi air satu jag itu tidak
cukup untuk kami berempat.

snap. capture. bergambar.
makan time okies.
bertempat di Dominos Pizza.
ini second round taw.
sebab aman tak makan at first round.
that time die baru sampai.
dia merangkak untuk ke sini. haha.
nasib ada tempat kosong.
sebab terlalu ramai at that time.




tempat wajib dikunjungi okies. TOILET!.
sesi bergambar. pose sana pose sini.
sorry ini toilet lelaki. so angah tak ada.
tapi razi tu pun cam salah je kan. haha.


after that, kami bergerak balik.
sangat fun la. sebab kami da lame tak bersua.
aku dan aman suka carut razi.
since sekolah lagi okies. he non stop
sebut about VIRUS. hate that story.
aku da boleh hafal kot ceritanya.
si angah tukang gelak je okey.




p/s :: sebenarnya banyak lagi gambar. tapi yang lain tidak boleh dipublish okeyh. harap maklum.


29.5.09

tersalah naik bas

salam.


alhamdulillah. akhirnya aku telah tiba di rumah pada jam 6.30 pagi. so, sekarang bermula cuti sem aku selama 3 minggu. walaupun singkat berbanding pelajar-pelajar IPTA yang lain tapi cukuplah.
bolehlah dalam 3 minggu ini aku melepas sume penat lelah dan ketensionan aku sebagai pelajar. huhu.


mesti korang tertanya-tanya ape kene mengena tajuk di atas ngan entri aku kali ini kan. kisah die begini. sewaktu bas aku naiki untuk ke kajang berhenti di Merapoh (tempat bas-bas berhenti berehat) bagi bas Budaya. aku turun untuk membuang air. maklumlah sejuk sangat dowh. agak lame gak la aku tahan. pas melepaskan hajat tu aku terus naek ke bas. duduk kat tempat aku balek. then akak senior aku plak naik. tempat die belakang aku je. then adelah sorang wanita naik plak. beliau ngan konfident naik dan terus ke belakang. kemudian beliau turun. okey. aku just perhatikan beliau je. bile da turun je barulah tengok no bas. haha. rupa-rupanya belai salah bas. akak senior belakang aku gelak besar. haha. aku pun same gak. orang tengok bas dulu before naek. ni tak da naik baru tengok no bas. kan da malu sendiri. haha. camnelah kalo aku kat tempat beliau. huhu.


okeylah. tu je aku nak cite. darr. salam.

21.5.09

new member







This person our new members in my family.

His name Aqeel Asyraaf Shahronnizam.

He born on 6 May 2009, 1.23 pm

at Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah.

He was my sister son.

I'm very excited to go home this holiday

to meet my 19th niece.

hehehe~








p/s : sangat la poyo aku ni apabila berbahasa inggeris tok entri kali ni. sori ek kalo agak terabur grammar aku. saje je. hehe~
Blog Widget by LinkWithin