Showing posts with label doremifasolatido. Show all posts
Showing posts with label doremifasolatido. Show all posts

3.5.10

Syukur Kepada-Nya. Aku Masih Selamat. (cerita)

Salam.

 sekadar gambar hiasan.

Berhubung kait dengan entri sebelum ini. Ramai yang tertanya apa yang berlaku sebenarnya. Baiklah untuk entri kali ini aku ceritakan pengalaman sepanjang perjalanan tersebut. Hehe.

Bus yang aku naiki itu sampai di Stesen Bas Jerteh pada pukul 10.30 malam. Walaupun sepatutnya bas tersebut mendarat pada pukul 10 malam. Aku dengan gigih menunggu dengan penuh kesabaran dan ketekunan sehingga bas itu tiba.

Setelah selesai kesemua penumpang mengambil tempat duduk masing-masing, bas tersebut pun bergerak. Aku pun terlelap. Sedang enak aku dibuai keindahan sewaktu tidur, aku mendengar tangisan bayi. Aku membuka mata, aku melihat seorang budak aku rasa dalam lingkungan 8 bulan menangis. Budak tersebut jatuh. Ibu budak tersebut terlepas budak tersebut dari pangkuan. 

Kedua, bas yang aku naiki nyaris-nyaris kemalangan akibat kesengalan sebuah kereta yang memotong sebuah treler di lane sebelah sebelum sampai di Gua Musang. Mujur pemandu bas yang dinaiki oleh aku sempat brek mengejut. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi kami satu lagi peluang untuk hidup.

Disebabkan kejadian itu bas itu mati ditengah-tengah jalan. Nasib bas tersebut boleh meneruskan perjalanan. Walaupun aku telah bau sesuatu yang terbakar di bahagian enjin. Aku boleh terbau sebab aku duduk di belakang sekali. Aku pun buat tidak endah sahaja dengan menyambung tidur.

Setelah menyambung perjalanan tidak lama, bas tersebut mati. Enjin rosak. Kami semua terkandas di tempat tersebuut sehingga 12 jam. Bas ganti yang membawa kami semua hanya tiba pada 10.30 pagi keeseokan harinya dan aku tiba di rumah pukul 6 petang.

Sekian, wassalam.


10.1.10

Kemudi.

salam.

#####



jika aku seorang juruterbang,
akan aku kemudi kapaal terbang ke serata buana.

jika aku sekeping lelayang,
biarkan tali kemudinya putus supaya bebas aku meneroka sarwajagat.


#####

wassalam.


|| ini adalah entri yang ke-200. tahniah kepada aku. hehe




31.12.09

Puisi Ini.

salam.


aku bukan komposer,
mencipta melodi indah.

aku bukan doktor,
merawat kesakitan penyakit.

aku bukan arkitek,
membina bangunan hebat.

aku bukan pelawak,
membuat ketawa kegembiraan.

namun,

aku mampu membuat harimu indah,
aku mampu merwat harimu yang sakit,
aku mampu jadikan harimu hebat,
dan aku mampu membuat harimu gembira.


wassalam.

26.12.09

Emosional Rasional.

salam.



aku bermadah bukannya aku jiwang.
aku hanya menzahirkan luahan hati
yang kadang kala merintihkan ayat-ayat cinta
dalam mengalirkan kasih sayang kepada
sesuatu bentuk yang puitis.

aku bermadah bukannya aku lemah.
aku hanya mengekspresikan lintasan idea
yang slalu ingin diungkapkan seindah mungkin
bagi mencetuskan inspirasi minda kepada
sesuatu bentuk yang berintepretasi.



wassalam.



22.12.09

Bernafas.

salam.




bernafas tanpa engkau,
umpama suram hariku.


bernafas tanpa engkau,
umpama lemah tenagaku.


bernafas tanpa engkau,

umpama mundur tingkahku.

bernafas tanpa engkau,

umpama tepu mindaku.


bernafas tanpa engkau,

umpama mati nyawaku.


wassalam.



|| diriku digamit kejiwangan. ahaha >.<







16.12.09

Black & White Photography Contest.

salam.

|| klik pada gambarajah di atas untuk ke blog penganjur


sebenarnya sudah lama usha contest ini dari blog ALIE.
nampak menarik dan simple saja contestnya.
contest ini telah dianjurkan oleh blogger yang
bernama EZZAN YUSOP
setelah sekian lama berfikir, akhirnya aku buat keputusan
untuk join contest ini. menang kalah belakang kira.
first contest aku sejak jadi blogger iaitu setahun yang lalu.



gambarajah ini dipilih sebab aku bergambar
dengan kereta yang comel itu. ahaha.
kereta siapa aku pun tak tahu.
juga, kenangan sewaktu menjalani latihan
untuk drama nite 2009.


selain aku, mereka pun ada gambarajah bersama
kereta comel tersebut. ahaha.


sehubungan dengan itu, dengan rasminya aku
buka balik blog aku kepada tatapan umum.


wassalam.










Unspoken Love.

salam.






kadang-kadang cinta tak perlu diluahkan dengan kata-kata.




wassalam.

1.12.09

Melodi Yang Hilang

salam.




hendakku menyusun nada,
dari melodi kegembiraan itu,
tapi ia hanyalah memori,
yang tercipta indah sewaktu dulu,
tapi kini lagu itu tinggal kenangan,
lenyap ia tanpa nukilan lirik puitis.






wassalam.


||aku rindu dia. aku mahu dia. tapi aku takut untuk menyatakannya
















25.11.09

Tentang Kita.


TENTANG KITA - CHANNEL




Disaat aku menunggumu
Diam yang selalu kau berikan
Kutak harapkan semua ini terjadi
Sejujurnya kuingin kamu seutuhnya
Namun kau buang semua harapan

*
Seharusnya kau pergi
Melepaskan (Meninggalkan) diriku
Jangan kau kembali
Lupakan semua kenangan kita

Seharusnya kau pergi
Meninggalkan diriku
Jangan kau kembali
Lupakan semua kenangan kita

Tentang kita sirna…
Tentang kita berakhir…

ulang *




21.11.09

No More Myspace.

salam






akhirnya, aku telah menutup
akaun myspace aku.
sudah la sebenarnya nak tutup.
tapi terdapat beberapa kekangan
jadi aku tangguhkan dulu penutupan tersebut.


sekarang ini, aku hanya ada blog ini dan facebook.
kalau nampak aku kat social network yang lain itu.
sila laporkan kepada aku okey?
aku akan sahkan sama ada social network itu
aku punya atau orang lain yang menggunakan
gambar aku sebagai default.
(perasan je aku nih. ahaha)





wassalam.












It's Great.

salam.







a great time comes
when a great person
spend
a great moment with us
with a great understanding.




it's sound simple.
but it not so easy
as it sound.





wassalam.

14.11.09

Empty.





















salam.

lately, i'm feel so empty.
everything was empty.
my soul. my heart. my life.
everything.

why this situation happen?
what should i do right now?
who can tell me?

8.11.09

Rasa.

salam.


sup sayur,
tawar!
kurang garam agaknya.


teh o ais,
kelat!
banyak teh agaknya.


kuih cara,
manis!
banyak sangat gulanya.


kopi o,
pahit!
banyak sangat kopinya.


sambal bilis,
masin!
banyak sangat garamnya.



itu semua lumrah.
jadi telan saja selagi boleh.
walaupun tak sedap rasanya.
baru belajar masak mungkin.
baru cuba bancuh air agaknya.
lama-lama pandailah memasak.
lepas ini, bijaklah membancuh air.


1.11.09

Aku Telah Jatuh Cinta.

Salam.


Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:



1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk

kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.


2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan

berubah menjadi orang yang kuat bercakap.


3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat

menyayangi kekasihnya.


4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana

perasaan cemburunya yang meluap-luap.


5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.


6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.


7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.


8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh

perhatian kepadanya.


9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang

meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.


10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup

membantu kekasihnya melakukan apa saja.


11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh

kekasihnya.


12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.


13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.


14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya

sendiri.


15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya

.

16. Dia tidak akan melayan

perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.


17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan

kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.


18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.


19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa

serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap

kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga,

dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja

untuk merebut kembali kekasihnya.


21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan

sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.


22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya

namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.


23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata

hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA.



17.10.09

Kegemaran Kawanku

salam.



aku baru saja meng-update music player di blog ini.
lagu ini telah diperkenalkan oleh sahabat aku.
dia suka lagu-lagu tersebut dan begitu juga aku. hehe.

list untuk music player kali ini adalh seperti berikut :
  1. Kris Allen - Live Like We're Dying
  2. Jordin Sparks - Was I The Only One
  3. Colbie Caillat - Oxygen
  4. Blue - Breath Easy
aku harap anda semua enjoy okey dengan lagu-lagu tersebut.



wassalam.

21.9.09

riang ria aidilfitri


keluarga aku.
dalam gambar ini
my parents, my siblings, my ipar's, my anak's buah.
tiada di dalam gambar
abg arol familes and abg yeip


the bujang's okey.
ain, kak ena, aku, abg apis, abg yien
japi


the oranges ;)
ain, kak yul, aqeel, kak ena


anak buah
nadhirah atifah


my niece
afiqah inani (16 years old) & nur ainin sofea (8 years old)


si gedix
nur alia huaidah


aku yang orange!



~sekian~

19.9.09

Selamat Hari Raya Aidilfitri


salam.

dikesempatan ini aku ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
minta ampun segala salah dan silap
yang telah aku lakukan selama ini.
sama ada secara langsung atau tidak langsung
selama korang mengenali aku di alam nyata
mahupun di alam maya ini.
sesungguhnya manusia tidak lari dan alpa
dari melakukan kesalahan serta kekhilafan.

bagi mereka yang ingin pulang ke kampung
memandulah berhati-hati dan penuh cermat.
jika bukan korang yang memandu,
suruhlah pemandu korang itu
ingat pada orang-orang yang sayang mereka
dan mereka-mereka yang sedang menanti anda.

sekian, wassalam.

5.9.09

who is W

salam.

mari kita clearkan persoalan
yang telah timbul mengenai
siapakah W yang aku maksudkan.


dia adalah seorang manusia.
aku meminati beliau.
tetapi beliau tidak tahu aku meminatinya.
nama sebenar beliau bukan W.
aku hanya menggunakan
gelaran W itu untuk mudahkan cerita.

sekali lagi ditekan di sini.
aku hanya meminatinya sahaja.
aku belum bersedia untuk memiliki beliau.
even, contact beliau pun aku tiada okey.
aku memerhati dari jauh saja.

so, aku harap jangan ada yang sibuk
bertanya siapakah W itu.
aku tidak akan memberikan jawapan
kepada persoalan yang dilemparkan itu.
harap maklum.






~sekian~







p/s :: aku cerita mengenai ini, bukan mahukan perhatian dari orang-orang di luar sana. aku lagi suka begini dari mempunyai komitmen yang belum tentu aku mampu laksanakannya.

1.9.09

ini fakta


kawan-kawan semua,

saya lebih suka habiskan masa

dihadapan laptop dengan online,

dari saya membuat assignment.

dengan online facebook, myspace and etc.

tidak perlu menggunakan otak hingga tahap kritikal.

jadi apabila kedua-dua perkara ini bertembung,

yakni online dan membuat assignment.

saya akan lebih kepada online dari buat keje.

purata dalam sejam jika saya online dan buat kerja

45:15. 45 minit online dan 15 minit buat kerja.

sebab itu kerja saya semua siap pada due date:)





p/s :: saya online untuk mencari bahan juga okey. jangan salah faham.

2.8.09

pemeriksaan mengejut

seminggu bercuti teras sebentar saja.

mari kita buat pemeriksaan okey.
  1. packing barang - done
  2. caj handphone - done
  3. tiket bas - done
  4. assignment - TIDAK!


ye kawan kawan yang dikasihi sekalian,
saya memang seorang pemalas untuk
membuat assignment saya. haha.
tetapi saya sangat rajin untuk mengupdate
blog saya dan online di myspace dan facebook.

harap maklum. terima kasih.






p/s :: akan berhempas pulas seperti buah pulasan untuk mengerjakan mata mata menghadap laptop dan jari jemari untuk menaip segala assignment serta memerah otak otot untuk memikirkan segala tentang assignment. TIDAK!!
Blog Widget by LinkWithin