26.4.09

dari jauh - nabil

tiada malam lena tidurku
hanya igauan mimpi yang pilu
kerna setiap kali ku pejamkan mata
ku hanya terlihat dirimu

mengapa aku masih menanti
harapan yang kian tidak pasti
walau ku sedar hakikatnya
kau takkan kembali di sisi

walau kau tidak perlukanku
aku tetap mendoakan kebahagianmu
tapi hanya satu yang ku pinta
izinkanku menyintaimu dari jauh

walau aku pernah menyatakan
yang ku telah lepaskan segala
hakikatnya hati kecilku masih menyinta
aku simpan saja perasaanku
menahan derita dalam rindu








aku sangat rindu pada yang jauh.










untuk muat turun lagu ini
tekan link di bawah ini
DARI JAUH - NABIL MENTOR

23.4.09

dukacita=(

dimaklumkan bahawasanya
aku tidak jadi pergi ke seminar.


semua bukan salah aku
tapi salahkan pengarah okeyh.


dia sungguh kejam dowh
bagitaw last minit pembatalan itu.


jahat giler ar kan.
aku benci. aku benci. aku benci.













p/s : aku terpaksa post gak entri ini. sebab aku bengang tahap dewa.

22.4.09

skandal aku?


ini farah & syika.
aku tiada motif tok entri kali ini.
mereka berdua ini sangatlah sengal.
mereka sangat kebudak-budakan.
tapi mereka ini lah yang selalu aku
sakat sebab mereka akan buat aku gumbira.
mereka ini mungkin single kot.












itu saja entri untuk kali ini.
jumpa lagi lain kali.
petang ini aku akan bertolak ke kuantan.
seminar debat sampai jumaat.
salam.

21.4.09

manusia ini,
kalau mahukan sesuatu pasti akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
tapi apabila benda itu kita dah dapat.
kita pasti akan mensia-siakannya.



itulah lumrah hidup ini.



aku juga pun begitu.



aku rindu pada sesuatu.

20.4.09

aksi terlampau bakal cekgu

JAMUAN KELAS RBT 4/JULAI 2008 DI LATA TEMBAKAH.
18 JULAI 2009



kehensenam aku jelas terpancar
=)

akim dan aku.
kami budak kacak. haha~


aku dan hassan
muke kami tak boleh bla kn?
bajet cam bunkface.


on the way~

afiq syazwang dan ceq kem.
mereke bajet hensen dowh.
dorang sudah berpunya okeyh.


air terjun lata tembakah.
tingkat 3 punye view.
sume ade 7 tingkat.



kepenatan mengangkat barang naek.
gambar atas : hassan bajet hensem
gambar bawah : shoki sengal


di ambil di atas batu besar.
farah, hassan, afiq, aku dan shoki.
sangat sonok la beb.
::creadit to shoki::


perhatikan gelagat aku.
memang aku sonok bile bermandi manda.
::i love water::

mereka ini sengal okeyh.
ain, shima, rahimah dan ashikin.

hassan, syafiq dan ceq kem

kami sume giler kamera.
lagi2 aku.
tengoklah aku. haha=)


mari gambar reramai:)

berendam before kite balek.
masing2 ada gaya kan?
haha~


dak2 laki RBT 4.
mamu, afiq, syafiq, aku, hassan, akim, ceq kem, aiman.
shoki nyorok blkg hassan.


dak2 pompan RBT 4.
syika, shima, ika, farah, ain, syana, shikin, asikin, is dan rahimah.
sowie gambar ni je yang ada:)





moral of this story :
1. sangat sonok mandi manda same dorang2 ini.
2. laen kali kite jalan2 sesama plak k. kumpul duet banyak2 taw kengkawan.
3. badan dan kaki aku saket2 pas mandi. huhu.
4. kami sume drift otw pegi dan blek. haha. driver.
laki2 : wira-hassan, kancil-syafiq
pompuan : saga-farah, kancil-rahimah.


15.4.09

glory=)

PERTANDINGAN FUTSAL INTER-UNIT
IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN
AMBILAN JULAI 2008

TARIKH : 6 & 14 JULAI 2009
MASA : 4-6 PETANG
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL RAKAN MUDA, KG. RAJA

PENGANJUR : BOSS & PAAN


aku malas nak cerita banyakbanyak,
tengok je la gambargambar di bawah ini ok.
haha.



stoking yang berbau dari Pok Nik

posing dulu before game final
RBT 3 vs RBT 4

selepas abez game.
sesi memberi hadiah dari penganjur.


tempat ke-6, RBT1

tempat ke-5, Kajian Sosial

tempat ke-4, Sains & Pemulihan

tempat ke-3, RBT 2

naib johan, RBT 3
johan sem lepas
hehe


johan, RBT 4
pasukan belasahan sem lepas
tapi sem ini tak di jangka menjadi johan.
jangan pandang kami takde mata ok.
terima kasih kat atikah & shima.
support kami & sponsor air.
hehe


syafiq bersama piala pusingan.
sem ini baru ade. sem lepas takde


syafiq & atikah.
bersama piala ngan wang kemenangan kami.



gambar time.
sume yang ada time final.

kreadit to atikah.


mogamoga game seperti ini
akan dianjurkan lagi pd masa depan.
boleh eratkan lagi silaturrahim
kita satu bacth.



p/s : wahai budak yang berbadan kecik itu. janganlah terlalu emo bila kalah. kita main sekadar sukasuka je. ubahlah perangai ko tu sebab ramai yang da tak tahan ngan sikap berlagak ko tu.

12.4.09

pandai ke aku?

iye!
sometimes aku memang
pandai nasihat orang laen.
tapi diri ini kekadang
pun tak bape nak terurus
dan ternasihat.


aku,
akan tolong sesape
yang mintak tolong dari aku.
selagi benda itu bagi aku,
tak salah dan aku rasa
aku patot bantu mereka.


aku juga,
tak bape suke nk share
ngan orang laen pasal
masalah aku sendiri.
jangan tanya aku nape.
sebabnya pon aku tak pasti.


mungkin,
aku tak mahu orang laen
tahu sape sebenarnya aku.
yes, aku memang agak misteri.
orang susah nak jangka
aku bagaimana.


aku rase,
hanya beberapa dalam kalangan
kawankawan aku yang tahu
perangai aku bagaiman.
itu pon aku tak bape pasti.
sama ada dorang taw ke tak.

8.4.09

try, cuba, test, uji

Terdapat pelbagai cara untuk menguji
keunikan tubuh badan kita, di antara
keunikan itu sudah tentulah otak
manusia. Di bawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama…

Ini adalah ujian masa yang ringkas,
cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda
sendiri

Kira jumlah huruf F's dalam perenggan
dibawah
dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?



Scroll kebawah hanya apabila anda
telah selesai
mengira!



OK?

berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS




Salah, sebenarnya terdapat 6, kira
semula…

Sebab berlakunya perkara tersebut
diterangkan
dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses
perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6
F's pada
permulaan ujian memiliki otak
PEREMPUAN.





perhatikan huruf F dalam ayat ini :

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

7.4.09

terima kasih

apa korang rasa
bila time korang susah hati
then ada orang yang sudi
jadi bahu pada korang??


aku ingin berterima kasih
pada kawan aku sorang ini.



hey syah,
kalo ko baca blog aku ini.
thnx ek dengar cite bodoh
aku pasal budak tuh.
kaulah kawan aku.

6.4.09

it's over

finally,

it's over!


terima kasih tok segalanya.
ko da ajar aku ape itu bahagia.
ape itu kedukaan.
aku hargai itu semua.


hope ko bahagia ngan kawan2 ko.
aku tak perlu hidup berpura2 lagi.
aku ingin jadi diri aku sendiri.
itu yang ko tak pernah tahu!




ape2 tanggapan ko terhadap aku.
itu terserah pada ko.
aku tak kisah langsung.
berdendam dan benci ko?
jauh sama sekali.
sebab ko da penah jadi teman aku.
jadi sampai mati pun aku akan
anggap ko teman aku.



lastly,
terima kasih sangat2.
aku sentiasa mendoakan ko.

5.4.09

pertanyaan. sila jawab

yes! aku memang malas.
sekarang ini aku takde selere
nak siapkan esaiment2 aku.
camni la aku. kalo line wifi okey.
aku memang tak reti nak bwat keje.
dok online saje.
persoalan kat cini


kenapa aku malas??


sape taw nape aku malas?

4.4.09

sepi + sunyi = sendiri

jiwa aku kosong sekarang.
fikiran aku jauh melayang.
tak aku tahu mengapa.
aku tiada jawapan tok itu.

mungkinkah aku sunyi?

walau aku tahu jawabnya.
tapi biarkan saja persoalan itu.
biarkan ia terusan begini.






sape mau temankan aku? cepat2 isi borang.
haha=)

2.4.09

tag from kak yam=)

Adakah anda suke blogging? kenapa?
of coz ar. kalo tidak pe guna ade blog ni en.
sebabnye aku suke mengarot, mencarot. haha

Blog siapa yg anda selalu skodeng? Nyatakan 5 (buat masa ini)
mamat ini, die ini dan juga minah ini.
(sila tekan tok taw sape mereka)

Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menyayangi anda sepenuh hati? dan Siapakah org itu?
my future wife and anak2. haha.
so far my famili and member yg best.

Taken or single? Mana lebih bagus?
single is the best.
say no to love. hate love ok!

Pernah tak cinta anda tidak di balas?
ntah la. sebab tak penah bercinta pun. haha

Ciri2 idaman bf/gf anda? Nyatakan 5 (btolkan skit: suami/isteri)
aku soh mak aku carik kan okey.

Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?
kalo kawen sekarang boleh tak??
huhu.

Nak berapa anak?
secukop rase je. haha~

Lucky person yg anda ingin tag:
this tag will ends here. thank you=)





i'm in good condition. so malas nak suruh orang laen jawab tag ini.
sebab tak bape nak mencabar bagi dorang. haha~

1.4.09

perjuangan demi setitis air

almadulillah. syukur ke hadrat Allah S.W.T.
dengan limpahan rezeki-Nya, bekalan air
di blok2 kediaman IPGM KSM
ini telah disambung. lega rasanya.
setelah dua hari kami, para pelajar di sini
berjuang untuk mendapatkan setitis air.
korang2 semua mesti susahkan kalo air tak de?
begitu juga ngan kami. betapa susahnya untuk kami
mandi, masak air, membasuh dan paling susah
untuk membuang air yang berada di dalam tubuh ini. hehe.


okey la nak bwat asaiment plak. darr. salam
Blog Widget by LinkWithin