31.8.09

alhamdulillah. 1malaysia

salam.


dalam sedar tidak sedar
sudah 52 tahun negara kita,
negara Malaysia telah merdeka.
alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi.
semoga nikmat yang dikurniakan ini
akan terus kekal sampai bila-bila.
insya Allah. jadi bersama-samalah
kita menjaga kurniaan ini dengan sebaiknya.
amiin.

setahun yang lalu.
aku terlibat dalam sambutan
kemerdekaan ke-51 di dataran merdeka.
jadi tahun ini giliran junior2 aku pula.
huhu :).









~sekian~

28.8.09

tujuh, seven

alhamdulillah.
sudah tujuh hari kita berpuasa.
jadi sudah berapa banyak amalan kita.
adakah sudah tujuh kali ganda
dari bulan-bulan lain?
sama-samalah kita renungkan.
sama-sama muhasabah diri kita.

jadi hari ini genap seminggu
aku bercuti dari kuliah.
ye kawan-kawan sudah tujuh hari
kita berehat dari kuliah sahaja.
tapi otak kita kurang berehat
disebabkan assignmnt yang banyak.
bukan tujuh subjek tapi 8 subjek kan?
sudah siap ke? haha.
aku punya masih belum siap.
ish. ish. teruk bukan?
aku bukan dibuat langsung.
aku buat separuh-separuh saja.
haha. janji aku buat juga
dari tak buat langsung.

selama tujuh hari di rumah juga.
aku telah memuat turun lagu.
rata-ratanya lagu dari indie band.
aku bukanlah memilih genre
dan penyanyi sangat okeyh.
asal sedap didengar oleh telingaku.
boleh buat aku segar tatkala
bergelumang bersama-sama assignment
yang begitu menggunung.







sekian

27.8.09

tidak ada kerja

1. Nama-nama timangan anda
zikery atau ziq

2. Anda seorang yang??
giler giler, talkactive

3. Insan teristimewa
kaum kerabat, sahabat handai

4. Lagu kesukaan anda
kami guru malaysia

5. Makanan kesukaan anda
big mc


6. Sikap yang buatkan anda stress
pressure

7. Warna kesukaan??
purple, pink, orange.
warna2 ceria oke

8. 3 bende yang mesti ada dalam beg??
buku nota, pen/pensil, pendrive

9. Bila kali terakhir anda menangis..kenapa??
tidak tahu. tidak ingat







hahaha ;)

26.8.09

resah


yup!
aku sangat resah sekarang ini.
aku pun tidak tahu kenapa.
rasa nak balik maktab secepat mungkin.
aku mahu kawan kawan sekarang ini.

segala kerja aku tergendala.
aku semakin runsing, kepala serabut.
aku mahu bercerita sama mereka.
mahu jerit dalam bilik dan
roomate aku akan bertanya sama aku.
"mu okey dok ni?"
dia semakin faham ngan perangai aku.
begitu juga kawan kawan aku.
aku senyap tanda aku unhappy.
aku hyperactive sebab aku runsing.

aku rindu kat W mungkin.
siapa W? aku tidakkan bagi tahu korang.
aku nak balik maktab cepat.

aku sudah berapa lama tak contact
my ladies mak nenek.
dia best friend aku dari dulu.
aku sangat ego kan?
aku tahu beb ko selalu baca blog aku.
silalah jawab, bahawa aku ego!
sorry beb, aku pun tak tahu
kenapa aku jadi macam ini.

arrgggghhh!
serabut bikin aku kalut.
resah bikin aku gelisah.








~sekian~

24.8.09

tips


8 tip lelaki meraikan Ramadan dan pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga sepanjang bulan suci ini.

1. Kaedah pertama ialah menimba ilmu. Sebelum menempuh Ramadan, belajarlah ilmu fiqah. Apabila kita berpuasa dengan ilmu dan falsafah betul, barulah dapat dirasai kelebihan Ramadan. Silapnya, apabila kita jadikan ibadat berpuasa sebagai ‘adat’ dan kerana itulah ia dilakukan atas faktor ikut-ikut saja.

2. Sambutlah Ramadan dengan hati. Anggaplah Ramadan sebagai kursus rohani serta mencapai kemuncak hati apabila melaksanakan ibadat Ramadan.

3. Pupuk dalam fikiran bahawa Ramadan itu akan berjaya jika kita berjaya merebut keberkatan bulan ini. Ini dinyatakan dalam tiga peringkat iaitu hari pertama hingga ke-10 yang memberikan limpahan rahmat; hari ke-11 hingga ke-20 dikurniakan keampunan manakala hari ke 21 hingga hari terakhir terhindar daripada seksaan api neraka.

4. Lelaki sebagai ketua keluarga perlu melaksanakan tanggungjawab mengajak seisi keluarga berpuasa. Bagi anak-anak yang masih kecil, pujuk mereka untuk berpuasa, bukannya memaksa mereka.

5. Lahirkan budaya bersedekah dalam keluarga. Memberi makan dan minum juga adalah cara untuk menyempurnakan nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga.

6. Berbuka bersama-sama - ini dapat menyuburkan kasih sayang antara ahli keluarga. Sebagai bapa, bawa keluarga menunaikan solat tarawih kerana ibadat ini dapat melahirkan jiwa hamba dalam diri kita semua.

7. Sepanjang bulan berkat ini, elak pembaziran terutama ketika membeli juadah berbuka. Seperti yang kita maklum, tidak elok makan berlebihan. Boleh makan dengan banyak, tapi biarlah berperingkat-peringkat.

8. Apabila berbuka puasa, jamah sedikit makanan dan terus menunaikan solat Maghrib. Selepas solat Maghrib, bolehlah menikmati makanan yang agak berat tapi usah terlalu berlebihan hingga menghalang kita melakukan solat Tarawih. Selesai tarawih, bolehlah menikmati makanan seperlunya. Harus diingatkan, makan berlebihan juga boleh memudaratkan.

21.8.09

ramadhan al-mubarak 1430 H


ramadhan tiba lagi.
sambutlah kedatangannya dengan
penuh keinsafan dan ketaqwaan.
perbanyakkanlah amalan mulia.

semoga ramadhan kali ini
lebih baik dari ramadhan
sebelum ini. insya Allah.



salam ramadhan al-mubarak










p/s :: seronok dapat mula berpuasa di rumah. assignment banyak sangat menanti.

20.8.09

i'm 19 ;)


alhamdulillah.
umur aku sudah mennginjak ke 19 tahun.
i'm getting older okeyh.

btw, thnx kpd sume
yg wish aku semalam.

sekarang aku kat
KFC Jerteh.
malam ini akan bertolak
balek ke Kajang.
naek bus jam 10 malam.



nak makan dulu.
adiosa bebeh.
salam

16.8.09

dari herney


nama timangan :
zikery, ziq

anda seorang yang :
suke mencapub, banyak cakap

lagu kesukaan :
dari jauh by nabil
heartless by kriss allen

food kesukaan anda :
makanan yang halal tapi
katakan tidak pada sayur

sikap yang membuatkan anda stress :
permasalahan, bosan

menda yang mesti ade lam beg :
buku, pen

warna kesukaan anda :
purple, pink, orange

kali terakhir anda menangis dan mengapa :
ntahlah. taingat la plak

tag 6 rakan :
taperlu kot :))




si pemberi tugasan.
herney

15.8.09

bermaharajarela


sila gunakan penutup mulut
ketika berada di tempat keramaian.
penularan babi semakin bermaharajarela.

12.8.09

dia datang lagi

virus H1N1
telah menyerang kembali
di IPGM Kampus Sultan Mizan ini.

perhatian!
aku semakin malas
untuk online. bosan!
okey.


gambar after perlawanan futsal sem ini.
yang berlangsung minggu lepas.



baeklah, setakat ini sahaja.
jumpa lagi okeyh.

2.8.09

pemeriksaan mengejut

seminggu bercuti teras sebentar saja.

mari kita buat pemeriksaan okey.
  1. packing barang - done
  2. caj handphone - done
  3. tiket bas - done
  4. assignment - TIDAK!


ye kawan kawan yang dikasihi sekalian,
saya memang seorang pemalas untuk
membuat assignment saya. haha.
tetapi saya sangat rajin untuk mengupdate
blog saya dan online di myspace dan facebook.

harap maklum. terima kasih.






p/s :: akan berhempas pulas seperti buah pulasan untuk mengerjakan mata mata menghadap laptop dan jari jemari untuk menaip segala assignment serta memerah otak otot untuk memikirkan segala tentang assignment. TIDAK!!
Blog Widget by LinkWithin