31.10.09

Mendung Seperti Kita.

salam.


mendung. pancaran mentari menjadi dingin. sedingin insan-insan di kelilingku. adakah kedinginan mereka hanya seketika, sekejap cuaca sekitar tika ini?


aku berharap semua akan berakhir dengan aman. kita kembali bahagia seperti dahulu.


*******************************************************************



buat rakan-rakan IPGM seluruh negara,
aku ingin mengucapkan
selamat menjalani peperiksaan.
semoga berjaya.




wassalam.

30.10.09

Awak Dan Belon.

salam.





aku mahu ikat belon itu, takut ia terbang tinggi. tapi aku lagi takut apabila sudah diikat ia akan pecah dan hilang dari depan mata aku selamanya.


aku semakin sayang sama kamu.
tapi aku tidak beraani menyatakan ia pada kamu.
(n,n)





wassalam.

25.10.09

Kamu Semua.

salam.


aku rindu seperti dahulu
kami bahagia sentiasa

sekarang semua telah berubah
banyak sengketa antara kami

bila mahu kembali lagi
saat-saat seperti itu?


23.10.09

Engkau Pencetusnya

salam.


jangan berharap untuk aku kisah dan peduli dengan kata-kata engkau.
jangan berharap untuk aku terasa hati dengan lingkah laku engkau.
jangan berharap untuk aku serik dengan segala perlian engkau.
jangan berharap untuk aku kalah dengan engkau.

bagi aku engkau kosong. bukan aku bercakap besar.
tapi itulah kenyataan sebenarnya. terima saja.
bagi pandangan orang lain engkau baik hati.
tapi bukan hakikatnya. silalah faham.

segala kata-kata engkau
segala tingkah laku engkau
segala perlian engkau
aku tidak ambil peduli.

memang aku lebih gemar diam.
engkau berlawak aku senyap.
engkau ketawa aku senyum.






wassalam.







p/s :: engkau terasa dengan tulisan ini? jangan harap permohonan maaf akan terkeluar dari mulut aku terhadap engkau. nampak aku ego? tapi itu bukan aku yang mulakan dahulu.

17.10.09

Kegemaran Kawanku

salam.



aku baru saja meng-update music player di blog ini.
lagu ini telah diperkenalkan oleh sahabat aku.
dia suka lagu-lagu tersebut dan begitu juga aku. hehe.

list untuk music player kali ini adalh seperti berikut :
  1. Kris Allen - Live Like We're Dying
  2. Jordin Sparks - Was I The Only One
  3. Colbie Caillat - Oxygen
  4. Blue - Breath Easy
aku harap anda semua enjoy okey dengan lagu-lagu tersebut.



wassalam.

13.10.09

Aku, Kau, Dia, Kita, Semua Sama Saja.

salam.


sudah terang lagi bersuluh.
tajuk entri kali ini aku rasa sudah cukup jelas.
Aku, Kau, Dia, Kita, Semua Sama Saja.

yang berbeza mungkin dari segi fizikal.
struktur luaran mahupun dalam.
namun, jauh di sudut hati
siapa yang tahu?

aku tahu kau. dia tahu kita.
kau tahu dia. kita tahu aku.
jadi aku, kau, dia, kita sama-sama simpan.
bagi aku, membuka pekung orang lain,
serupa membuka pekung di dada sendiri.

aku gunakan kau. dia gunakan kita.
kau gunakan dia. kita gunakan aku.
kebergantungan hidup memang begitu.
asam garam, lumrah kehidupan.
baru berencana, baru berempah hidup ini.






bila agaknya permasalahan tentang persahabatan, kawan makan kawan dan seumpanya akan berakhir di antara aku, kau, dia dan kita?

11.10.09

Manusia Oh Manusia




















salam.

manusia oh manusia.
mengapa engkau begitu?

bila ia ada, engkau pinggirkan.
bila ia tiada, engkau tangiskan.

manusia oh manusia.
mengapa engkau begitu?

bila ia senyap, engkau bising.
bila ia bising, engkau pun bising.

manusia oh manusia.
mengapa engkau begitu?

bila ia itu, engkau ini.
bila ia si polan, engkau si anu





mengapa mahu menjaja itu ini orang lain?
engkau tahu, engkau diam sudah.
engkau nampak, engkau pejam sudah.





p/s :: aku juga bukan sempurna. maafkanlah andai ada kesilapan aku kepada anda semua.

9.10.09

Si Dia




















salam.


aku terpuruk di suatu penjuru,
menanti dengan kesepian,
penuh dengan keseorangan,
menanti si dia datang,
namun belum berkunjung,

liku-liku telah ku tempuh,
mencabar dengan dugaan,
berisi dengan pengalaman,
menjadi lebih dewasa,
namun si dia tak menjelma.

aku masih menunggu si dia,
walau banyak perlu di telan,
pahit manis asam garam,
pengajaran penghidupan,
dimanakah kegembiraan ku itu?






notatakberkaki :: jangan salah faham. soalan panas wartawan hiburan gosip tidak akan dilayan.

5.10.09

Apa Yang Aku Mahu, Bertentangan

salam.



apabila sampai disuatu tahap, manusia itu akan berubah. perubahan itu berlaku dari sesuatu perkara yang buruk kepada sesuatu perkara yang baik mahupun sebaliknya.

aku juga manusia yang tidak lari dari mengalami berubah itu. pada tahap ini, aku berasa perubahan yang berlaku ini adalah tidak dapat menyenangkan semua pihak. aku hanya manusia yang lemah yang selalu terjatuh, tersungkur di dalam perbezaan pegangan hidup yang setiap kita bawa.

mungkin aku merasa perubahan yang aku alami ini, merupakan sesuatu yang baik bagi diri ini.
tapi mungkin bagi sesetengah pihak perubahan aku ini membuat mereka resah gelisah.

jadi, aku tidak tahu mana yang harus aku tuju. mengikut gerak hati ataupun mengikut kehendak keadaan sekeliling yang mahukan sesuatu yang bertentangan dari apa yang aku cuba lakukan.

Ya Allah, berikanlah aku petunjuk-Mu. agar jiwa ini merasa sedikit ketenangan.

wasalam



3.10.09

Kalah Tidak Bermakna Gagal


salam.

baru-baru ini aku terlibat bagi pertandingan
debat inter unit 2009 yang berlangsung dari 1-3 Oktober.
aku bersama tiga rakan aku telah menjadi wakil kelas kami
untuk ke pertandingan pada kali ini.
pasukan aku terdiri daripada aku selaku Perdana Menteri/Ketua Pembangkang,
Katak bertindak sebagai Tim. Perdana Menteri/Tim. Ketua Pembangkang,
Mamu berperanan sebagai Menteri 1/Pembangkang 1 manakala
Ika berada diposisi simpanan.

dari 4 perlawanan kami hanya berjaya memenangi satu perlawanan sahaja.
apa-apa pun tetap bersyukur dengan kemenangan serta kekalah itu.
dengan itu pasukan aku tidak layak untuk ke suku akhir.
aku, mamu dan katak juga berjaya menempatkan diri dalam kalangan
50 pendebat terbaik bagi pertandingan kali. Alhamdulillah.
ini kami ambil sebagai sesi pembelajaran dan pengalaman.
insya Allah jika ada pertandingan seumpana ini dimasa hadapan
kami akan melakukan dengan lebih.

kalah kali ini tidak bermakna akan gagal pada masa hadapan.



p/s :: tidak puas hati dengan dua orang hamba Allah ini. sakitnya hati aku tengok meraka.
Blog Widget by LinkWithin