29.1.10

Kisah Si Ngeng 03

salam.


#################################################


Pada suatu malam yang sepoi-sepoi bahasa Inggeris, Si Ngeng dan rakan sekatilannya telah keluar dari tempat kurungan pembelajaran mereka untuk meminta sedekah dari sebuah robot.

"Kita nak minta sedekah dimana ni, Ngeng?" soal Si Rambut Ketak.
Lalu Si Ngeng pun menjawab, "Aku tak kesah."
"Kita nak ke Kg. Raja atau Kuala Besut?"
"Ikut engkau lah, But."
"Kita ke Kg. Raja dulu. Kalau line tak okey kita pergi di Kuala Besut plak."
"Beres!" balas aku.

Sesampai di tempat meminta sedekah di Kg. Raja. Si Ngeng terus mendapatkan robot pemberi sedekah untuk menuntut sedekah yang sudah lama tertunggak.

Di hadapan Si Ngeng terdapat dua orang lagi peminta sedekah. Seorang sedang berbicara sama itu Robot dan seorang lagi sedang menunggu giliran sama seperti Si Ngeng.

Muka yang pertama tadi kelihatan kehampaan. Beliau berlalu sambil berbahasa yang tidak jelas kebiasan pada telinga Si Ngeng. Yang kedua mencuba nasib pula. Beliau berlalu begitu sahaja. Si Ngeng semakin berdebar. Takut-takut kalau permintaannya pada Robat tak diperkenankan.

Seperti biasa, Si Ngeng menunjukkan kad indentiti kepada Si Robot. Namun malang sekali kad Si Ngeng telah ditelan dan dimakan oleh Si Robot tersebut. Si Ngeng naik berang tapi tak terlalu buas menumbuk-numbuk permukaan Si Robot tersebut.

Si Ngeng berlalu dengan sumpah seranah serta jampi serampah supaya Si Robot tersebut mampus cepat-cepat. Selalu sangat sakit kebelakangan ini.

#################################################

wassalam.





28.1.10

Tanda Tanya.

salam.




aku tak faham, kenapa ada sesetengah orang yang umurnya sudah menuju ke alam dewasa tapi masih berperangai kebudak-budakkan. aku juga tak faham, kenapa ada sesetengah orang yang hanya berani untuk perkara yang tidak benar dan betul.


ada sesiapa yang boleh tolong aku buat suatu pandangan atau kesimpulan mengikut logik yang waras.



wassalam.



25.1.10

Salam Kerinduan.

salam.


angin pantai membawa anganku terbang,
melayang-layang mencari si hati itu,
bila saja berjumpa dengannya,
melekat terus pada hatinya itu,
sebuah perasaan bernama kerinduan.



ilhan ini datang lepas aku pulang dari pantai.
bagi mencari sedikit kedamaian dalam keresahan ini.
sungguh indah pemandangan, sungguh segar hirupan itu.



wassalam.



|| harap maaf. entri kali ini tiada sebarang imej kerana jaringan internet di tempat ini tersangatlah lambat dan sentiasa di-block. mencik!! mencik! mencik!

23.1.10

Photography & Photoshop Workshop.

salam.

aku ada sedikit hebahan buat mereka-mereka yang gemar akan seni fotografi.
jadi kepada anda yang berminat dan berkelapangan bolehlah turut serta.



untuk maklumat lanjut bolehlah klik laman sesawang ini.
aqeelstudio.com
atau
mfouzi.fotopages.com

wassalam.

|| abang ipar aku yang suruh aku sebar-sebarkan. huhu.

16.1.10

Suggestion.

salam.



aku sedang menimbang tara untuk menukar url blog dan nama blog ini.

bukan mahu merajuk atau apa, saja ingin melaksanakan angin perubahan.

oleh yang demikian, aku memerlukan sedikit masa anda semua
untuk memberikan cadangan kepada aku.

itu sahaja. jika ada sebarang cadangan silalah tinggalkan di ruangan komen okey.

harap maklum.

wassalam.



14.1.10

Pemimpin.

salam.

tiada kaitan dengan syika. ahaha.


Menjadi seorang pemimpin tidak semudah menjadi orang yang dipimpin. Untuk menjadi seorang pemimpin memerlukan komitmen, kesanggupan menghadapi segala risiko, menanggung segala permasalahan serta perlu bertanggungjawab terhadap apa jua yang kita lakukan serta memberi nilai-nilai moral yang tinggi kepada orang bawahan.

Menjadi seorang pemimpin juga perlu menahan segala bebanan. Bukan saja dari segi tugas, tetapi juga perlu tahan dengan segala macam tekanan yang mungkin datang dari pelbagai arah, menghadapi pelbagai ancaman yang datang dalam bentuk mental mahupun fizikal.

Jika anda bukan seorang yang boleh dipimpin, maka anda bukanlah seorang pemimpin yang baik dalam memimpin. Ini adalah kerana seorang pemimpin perlu bagus sebagai seorang yang dipimpin dan memimpin.

Jika anda seorang yang tidak boleh ; berdepan dengan permasalahan yang melampau, menerima tanggungjawab terhadap bebanan tugasan, membuat keputusan yang rasional dalam tindakan pantas,maka usahlah anda menerima atau menyatakan bahawa diri andalah seorang pemimpin.


wassalam.


|| ini adalah sekadar pandangan peribadi aku saja.





10.1.10

Kemudi.

salam.

#####



jika aku seorang juruterbang,
akan aku kemudi kapaal terbang ke serata buana.

jika aku sekeping lelayang,
biarkan tali kemudinya putus supaya bebas aku meneroka sarwajagat.


#####

wassalam.


|| ini adalah entri yang ke-200. tahniah kepada aku. hehe




7.1.10

Zikery Quckie.

salam.

harap maaf jika blog ini tergendala sementara.
kindda busy lately with my class.
sebab baru start new sem.
tambahan lappy aku tengah dibaik pulih.
jadi agak kesukaran untuk mengemas kini blog ini.
ini pun pinjam lappy kawan aku.
plus, line internet agak sengal-sengal ubi.


result last sem, okey okey je.
still maintain seperti sebelum-sebelum ini.
alhamdulillah.


kelas/kuliah untuk kali ini sangat padat.
budak baru naik degree memang macam ini lah.
masih mencari ruang bernafas di persekiran baru.


wassalam.

1.1.10

Izinkan Aku.

salam.

jika pautan jemari ini terlepas dari genggamanmu,
pinta jangan halang aku untuk ku mengenangmu.
jika benar engkau melangkah pergi,

izinkan aku untuk menikmati kenangan yang tersisa ini.




wassalam.



Review 2009.

salam.



sepanjang 2009 yang lalu,
aku telah menulis sebanyak 153 entri.
entri paling banyak dihasilkan adalah pada
bulan disember iaitu sebanyak 27 entri.
penulisan aku yang mendapat respon
yang agak baek adalah pada
entri yang bertajuk "try, cuba, test, uji".
dalam banyak-banyak entri aku, aku paling suka
entri yang bertarikh 30 oktober.
setakat ini juga orang yang terlalu
rajin komen blog aku adalah
makhluk Allah yang bernama nursyafiqashafie.

sehingga kini entri aku berjumlah 197 entri.
lagi 3 mahu ke angka 200.
walaupun sikit tapi itu satu pencapaian bagi aku.
aku ingin berterima kasih pada semua.
menyokong aku, mengkritik aku serta men-sound aku
sepanjang aku berblog tahun lalu.
banyak kali gak penulisan aku membuat
ramai antara kawan-kawan aku terasa. haha.


wassalam.




Kisah Si Ngeng 02

salam.


cerita bermula begini

###

Azan Subuh sudah berkumandang dari masjid yang berhampiran. Si Ngeng terus mencapai tuala dan membersihkan diri di dalam bilik air. Walaupun sejuk, namun dia tetap gagah menyiram air yang dingin. Selepas sepuluh minit mandi, beliau keluar dengan menggigil serta berwudhuk.

Setelah siap berbaju, beliau melangkah ke masjid yang hanya 10 meter dari rumah beliau. Sesampai beliau di masjid, bilal terus iqomat sebagai tanda mahu solat. Dalam perjalanan menuju ke saf di hadapan, Si Ngeng disapa oleh seorang tua.

"Dik, kiblat arah mana ek?" tanya orang tua tadi. Si Ngeng kehairanan. Mahu saja ditampar muka orang tua itu. "Pak Cik, kita kan kat masjid ini. Dah tentu-tentu kiblat di arah sana" jawab Si Ngeng. Tiba-tiba muka Si Ngeng ditampar oleh orang tua itu.

Bayangang di hadapannya hilang. Rupa-rupanya Si Ngeng hanya bermimpi. Subhanallah. Cepat-cepat Si Ngeng bangun untuk menunaikan solat Subuh pada 1 Januari 2010.

###

cerita tamat.

wassalam.

|| first entri untuk tahun 2010. hehe



Blog Widget by LinkWithin