Salam.
Sudah lama terabai blog aku gara-gara kamu. Aku pun tak tau bagaimana mahu nasihati kamu lagi. Aku lakukan semuanya untuk kamu. Tapi kalau kamu tak sayang aku, dengan tidak memberikan yang terbaik untuk aku apakan aku. Aku hanya manusia biasa. Aku penuh dengan khilaf, ketidaksempurnaan. Namun, aku berjaya menyempurnakan hari kamu dengan kesanggupan aku bersengkang mata.
Akhirnya, kamu mengundurkan diri setelah semua aku berikan. Kamu pergi bila aku merasa bahagia. Kemudian kamu kembali kepada aku setelah yang lain bertamu memberi bahagianya pada aku. Beginilah aku saban waktu, walaupun kamu melukai aku, tetap aku menjagamu sebaiknya.
Kini, kau ingin pergi lagi. Bukan aku tak cuba untuk menghalang kamu. Tapi aku tak berdaya, keinginan kamu untuk pergi mengatasi aku. Aku sebagai seorang lelaki. Lelaki yang amat menyintai dan menyanyai kamu sepenuh. Namun, demi kebahagian kamu dengan Si Dia, aku relakan jua. Biarkan aku mencari kebahagian lain.
|| yey! minggu busy dengan esaimen, amali dan pameran sudah berakhir. tapi exam pula menjelma. then, CUTI. ahaha.
Sekian, wassalam.