Showing posts with label si ngeng. Show all posts
Showing posts with label si ngeng. Show all posts

1.2.11

Giveaway eqbalzack "SEDUT KASI ABES!"

Assalamualaikum.


Mari kita bercerita okey. Ini adalah kesinambungan dari Kisah Si Ngeng. Tapi kali ini versi Giveaway eqbalzack "SEDUT KASI ABES!" punya. Hehe.

*****************


Alkisah bermula apabila Si Ngeng dan sahabat-sahabatnya di tempat letak kereta. Mereka berempat menghampiri sebuah kereta yang kecil dari luar, tapi besar di dalam. Sesudah pintu kereta dibuka.

"Ngeng! Awat kotoq sangat kereta hang ni. Eeee, aku bukan boleh kotoq-kotoq ni." pekik Si Papan.

"Ala, chill la bro. Macam kau tak biasa kotor-kotor ni. Yang buat kotor-kotor ni pun kau la, tahu tak?" balas Si Ngeng.

Si Cerah dan Si Rambut hanya gelak je. Si Papan pula masam mencuka bila di marah oleh Si Ngeng. Dalam kalangan mereka ini, Si Ngeng la yang paling tegas dan garang.

"Sudah-sudah. Rambut, tolong ambilkan high power car vacumm kat bonet belakang." arah Si Ngeng kepada Si Rambut.

Maka bergegas la Si Rambut mengambil vacumm tersebut. Lalu dihulur ke Si Ngeng

"Kau Papan tak buat muka seposen sangat." tambah Si Ngeng sebelum memulakan proses pembersihan kereta miliknya.

Si Cerah dan Si Rambut hanya mampu tersenyum. Si Papan memandang Si Cerah dan Si Rambut dengan pandangan yang tak puas hati. Lalu di cubit mereka berdua.

"Argh! Sakitlah" jerit Si Rambut dan Si Cerah.

"Ish! Apa je la korang ni. Cerah kau bukak dashboard dan ambil glade car gel country garden lepas tu pasang. Biar wangi sikit kereta aku ni" arah Si Ngeng.

Si Papan memberi senyuman sinis kepada Si Rambut dan Si Cerah.

"Rambut, kau je la yang bawak kereta hari ni. Mata aku pedih la terkena habuk tadi. Kau Papan tolong buang habuk-habuk dan kotoran kat vacumm ni kat tong sampah sana. Cerah pastu letak non slip dashboard tu elok-elok ok." arah Si Ngeng lagi.

Maka berlarilah Si Papan terkedek-kedek seperti itik pulang petang untuk membersihkan vacumm tersebut.

"Sudah-sudah. Masuk kereta cepat. Perut aku dah lapau da ni." jerit Si Rambut.

Maka, masing-masing masuklah ke dalam kereta untuk menuju ke kedai Simpang Empat. Sepanjang perjalan tersebut, mereka hanya berdiam sahaja menikmati haruman yang baru dipasang sebentar tadi.

*****************



Entri kali ini adalah berkaitan GA yang di anjurkan oleh Abg Eqbalzack

Agak-agak korang kreatif ke cerita aku ni atau sekadar penyedut hampasgas hampeh? Lantaklah apa yang korang nak cakap. Hanya Abg Eqbalzack yang menilai dan tentukan. Kepada sesiapa yang mahu join GA ni boleh la terjah secara gelojoh ke blog Abg Eqbalzack okey.

Before leaving, i wanna tag Hakim. 



|| Semua watak di atas adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


Sekian, wassalam.

13.10.10

Kisah Kita.

Salam.





Sudah lama terabai blog aku gara-gara kamu. Aku pun tak tau bagaimana mahu nasihati kamu lagi. Aku lakukan semuanya untuk kamu. Tapi kalau kamu tak sayang aku, dengan tidak memberikan yang terbaik untuk aku apakan aku. Aku hanya manusia biasa. Aku penuh dengan khilaf, ketidaksempurnaan. Namun, aku berjaya menyempurnakan hari kamu dengan kesanggupan aku bersengkang mata.

Akhirnya, kamu mengundurkan diri setelah semua aku berikan. Kamu pergi bila aku merasa bahagia. Kemudian kamu kembali kepada aku setelah yang lain bertamu memberi bahagianya pada aku. Beginilah aku saban waktu, walaupun kamu melukai aku, tetap aku menjagamu sebaiknya.

Kini, kau ingin pergi lagi. Bukan aku tak cuba untuk menghalang kamu. Tapi aku tak berdaya, keinginan kamu untuk pergi mengatasi aku. Aku sebagai seorang lelaki. Lelaki yang amat menyintai dan menyanyai kamu sepenuh. Namun, demi kebahagian kamu dengan Si Dia, aku relakan jua. Biarkan aku mencari kebahagian lain.








|| yey! minggu busy dengan esaimen, amali dan pameran sudah berakhir. tapi exam pula menjelma. then, CUTI. ahaha.


Sekian, wassalam.

16.6.10

Kisah Si Ngeng 04.



Di suatu petang yang terik, berpakatlah Si Ngeng, Si Mantap, Si Kecil dan Si Koci untuk keluar meronggeng bersama. Jadi Si Koci pun dengan rela hati membawa kenderaan bertayar empat untuk dijadikan pengangkutan. Minyak pada hari itu ditaja oleh Si Mantap. Jadi mereka dengan perasaan yang penuh keghairah menaiki kenderaan tersebut untuk ke destinasi kebiasaan bagi mereka untuk meronggeng.

"Wei, perlu ke isi minyak sekarang atau balik nanti" soal Si Ngeng. 
"Aku rasa balik nanti baru kita isi" jawab Si Koci tuan punya kereta.
"Okey" sampuk Si Mantap selaku penaja.

Dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 30 minit itu, macam-macam yang mereka bualkan. Maklumlah sudah lama tidak meronggeng bersama. Tiba-tiba...

"Koci, kenapa dengan kereta kau ni? Macam ada something wrong je" soal Si Kecik.
"Alamak! Aku lupa yang meter kereta ni rosak. Ni mesti minyak tak ada ini." jawab Si Koci
"Ketepikan kereta cepat, Koci" herdik Si Ngeng panik

Nasib dengan kecekapan Si Koci, kereta yang mereka naik dapat digerakkan ke tepi bahu jalan.

"Gila la kau ni Koci, bukan nak cakap awal-awal meter minyak kau rosak" pekik Si Mantap.
"Sori la geng. Aku tak teringat" jawab Si Koci serba salah.

"Eh, Mantap pergi la beli minyak. Takkan nak bertapa kat sini je" perintah Si Kecik
"Aku pula yang kene. Koci la pergi beli. Semua salah dia" balas Si Mantap.
"Kalau macam tu, kau bagi duit kat dia lah" kata Si Ngeng.

Maka dengan muka yang senget itu, Si Koci pun berjalan dengan memegang sebuah botol plakstik untuk diisi minyak di stesen minyak yang tidak jauh dari situ.

Setengah jam kemudian, kembalilah Si Koci dengan botol yang diisi dengan minyak. Setelah selesai mengisi minyak ke perut kereta tersebut. Maka kembali bernyawalah kenderaan tersebut. Selepas itu, kembalilah mereka meneruskan perjalanan mereka yang masih berbaki 15 minit perjalanan.
Blog Widget by LinkWithin