30.11.10

Diam

Salam.



Diam,
Tidak berbunyi,
Tiada khabar,
Sepi membisu.

Aku,
Resah menanti,
Rasa gelisah,
Terusan merisau.

Kamu,
Entah kemana,
Senyap sunyi,
Tidak menghirau.

Masa,
Berlalu terus,
Tinggalkan kita,
Tanpa berundur.



Sekian, wassalam.

28.11.10

Picture Of My Life Contest


Salam.

 boleh klik sini : Picture Of My Life Contest

Entri kali ini adalah bagi melunaskan tag yang telah diberi oleh Kak Alie, senior seperjuang di Lorong Haji Taib IPG. Tag kali ini merupakan contest yang beliau telah join. Syarat contest ini memerlukan pesertanya tag 3 orang blogger untuk penyertaan.

Jadi aku dengan ini mahu tag 3 orang rakan yang sememangnya gemar bercerita.  Hehe. Meraka adalah Zalin, Hans dan Aisyah.

Okey kita mula bercerita sekarang okey.


 kaki melangkah seiring walaupun seribu halangan.

Orang kata, semakin lama kita mengenali seseorang itu bertambahlah kebencian kita terhadapa orang tersebut. Mungkin ada pro dan kontra dengan apa yang dikatakan itu. Namun, siapa kita untuk menjadi jaguh bagi menhakimi seseorang itu. Diri ini pun tidak sempurna lagi mahu sempurnakan orang lain. Yang bias kita lakukan hanyalah member sedikit peringatan serta teguran bagi membetulak seseorang disamping memperbetulkan diri sendiri juga.

Dua tahun mengenali meraka, terlalu banyak kenangan yang tercipta. Manis ada. Pahit pun turut mengambil tempat dalam simpanan memori kami. Dalam kedukaan yang terlaku pasti menimbulkan kemanisan kemudian hari. Begitu juga sebaliknya.

Di peringkat awal, hubungan kami semua dipenuhi kemanisan. Walaupun terpalit jua kepahitan dalam kalangan kami sendiri, namun masing-masing bijak melakonkan watak bagi menyembunyikan kepahitan itu. Gunung berapi jua pun meletuskan lavanya, masakan tahap kesabaran manusia biasa seperti kami.
Pada suatu peringkat dimana masing-masing mula membawa haluan kiri untuk meluahkan ketidakpuashatian terhadap si polan dan si anu. Maka berlakunya, pertengkaran antara kami. Suasana yang ceria dan sentiasa disulami gelak tawa, tertukar menjadi hambar dan masam durja. Setelah setahu lebih memendam rasa, maka terluah jua pada hari tersebut.

Tidak lama selepas itu, dimana satu frasa yang masing-masing cuba untuk menjernihkan keadaan yang kami sendiri keruhkan. Alhamdulillah, semua yang keruh telah kembali jernih. Kini, kami lebih berhati demi menjaga sebuah perhubungan yang kami harapkan dapat memberi seribu satu kenangan dan keberkatan dari Yang Maha Kuasa di hari mendatang kelak. Benarlah kata orang tua, setiap perhubungan itu pasti ada pasang dan surutnya.

Biarlah apa jua yang orang lain kata tentang kami, kami tetap bersatu demi menepis segala tohaman, pandangan serong segelintir manusia di sekeliling kami. Kami tahu, kami tidak sehebat yang lain, tapi kami tetap bersyukur kerana kami masih mampu bersama. Semoga apa yang kami pernah lalui sebelum ini tidak berulang kembali. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, moga kami tetap dibawah paying rahmat dari-Nya. Insya Allah.
 
Semoga kita terus kekal bersatu walau apa jua yang mendatang.

=tamat=




|| sebuah dedikasi buat sabahat, teman, kawan dan juga rakan.

Sekian, wassalam.



26.11.10

Cara Membuat Bar Link

Salam.


Kali ini aku nak tunjukkan cara bagaimana mahu membuat link bar seperti yang ada kat atas tu. Caranya cukup mudah saja. Ini adalah salah satu aplikasi yang ada pada draft.blogger.

Berikut adalah langkah-langkahnya :

klik pada gambar untuk tumbesaran sempurna

1) Klik edit posts pada dashboard anda.

2) Kemudian, pilih tab edit pages.

3) Di situ, klik new page.

4) Isikan butiran. Kemudian, publish page tersebut.

5) Sesudah itu, klik pada tab design > page element > pages (pasti anda tekan klik pada add gadget dan pilih pages)

6) Anda susun kedudukan link yang telah anda masukkan. Kemudian save page element tersebut.

7) Hasil bar link anda.




Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh tinggal di ruang komen okey.



Sekian, wassalam.

25.11.10

Kita Tidak Sempurna

Salam.




Diam tak diam sudah dua tahun lebih aku membuka blog ini. Ingat lagi mula-mula dulu, blog ini tak ada siapa pun tahu kewujudannya. Sampailah hari ini, mungkin ramai yang mula kenali dengan blog ini. Sepanjang dua tahun lebih berblog, banyak yang aku perhatikan.

Aku suka suasan berblog dulu, sebab aman saja. Tak banyak perselisihan faham, pergaduhan dan sebagainya. Kalau korang menulis pun, takde la stalker yang berniat jahat nak memaki korang tak tentu pasal. Tapi tengok saja lah sekarang, ramai sudah maju dalam bidang IT, jadi semakin ramai yang cuba buat onar dalam berblog ni.

Pelbagai kontroversi yang timbul sekarang ni. Dari isu yang sekecil-kecil kuman, kebesar-besar gajah. Ada saja yang tidak kena. Jadi sebab itu lah, bila mahu berblog perlu berhati-hati. Jangan terlalu mendedahkan diri anda terhadap ancaman-ancaman yang anda sendiri tidak pasti. Memang berblog ini berisiko, jadi pandai-pandai jaga diri anda ketika berblog.

Hormat-menghormati serta budi bahasa penting untuk menjaga keharmonian institusi blog negara kita. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga pula. Perkara yang terjadi kita jadikan ikhtibar serta garis panduan untuk kita lebih berhati-hati.

Dalam masa dua tahun lebih ini lah aku cuba untuk melupakan yang lama dalam hidup aku. Melalui pengalaman lepas jugalah aku belajar untuk lebih berhati-hati dalam semua perkara. Lagi-lagi dalam perhubungan. Biarlah aku yang beralah dan biarlah aku yang terluka, dari aku terus menahan kesakitan kemudian hari. Itu adalah pendirian aku.

Aku memang cukup pantang apa bila ditipu bulat-bulat mahupun petak-petak. Lebih baik berterus terang. Aku lagi senang begitu. Walaupun hakikat yang harus aku hadapi pahit. Aku bersyukur kerana sandiwara manusia seperti ini aku dapat tahu sebelum mereka terus-terusan memperbodohkan aku. Sama ada dari pihak lain ataupun mereka sendiri yang kantoikan diri mereka.

Konklusinya, berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara agar kelak tidak memudaratkan diri kita. Walaupun kebenaran itu selalunya pahit untuk ditelan, namun itulah yang terbaik buat kita. Semoga kita sentiasa ditunjukkan yang terbaik dari-Nya kerana kita bukan sempurna. Insya Allah.




||sori terbebel panjang plak. hehe.


Sekian, wassalam.

23.11.10

[MP3] Siapalah Aku - Amy Mastura

Salam.

Aku sudah putar lagu ini berapa banyak kali ntah. Susunan muzik yang simple tapi menusuk jiwa. Ditambah pula dengan bait-bait lirik yang memang kena dengan aku sekarang ini.








Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cinta
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurang nya berbeza

Biarlah usahlah
Bermain dengan api
Kelaknya terbakar sendiri

Biarkan tersimpan
Segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Siapalah aku



|| download this MP3. click here 


Sekian, wassalam.




22.11.10

All The Best

Salam.


I just wanna say all the best to all 2010 SPM candidates. Especially to my nephew and my niece. Go go chaiyok!







Esok kertas pertama SPM 2010 iaitu kertas Bahasa Malaysia.




Sekian, wassalam



21.11.10

Dakapan Kasih.

Salam.




Andai kau lena diulik mimpi,
Berbahagialah kau dalam dakapan cintaku.

Andai kau resah dipalit sepi,
Tersenyumlah kau dalam tawa kasihku.




Sekian, wassalam.

19.11.10

Maaduu.

Salam.


Jom layan cerita-cerita korea yang best dari ladang. Sorry la blog ini terabai seketika gara-gara melayan awek-awek korea aku. Ahaha.

just click once

Kalau korang mahu layan cerita-cerita korea, just klik gambar di atas ini okey. Aku sudah link terus ke web free tersebut. Kalau tak silap aku, just orang-orang di Malaysia je yang boleh layan.

Okey aku mahu sambung layan awek-awek aku balik.


|| selamat hari raya aidiladha, hari ke-3 :)


Sekian, wassalam.

15.11.10

[MP3] Itu Yang Pasti - Tengku Adil

Salam.


Just wanna share to all of you, kind of beautiful song for singer from Singapore. His name Tengku Adil. Jom layan video lagu tersebut.

tengku adil. his singaporian.




Ku tiap hari begitu
hidupku yang tertentu
Rasa serasi nya kita

Di saat menatap diri mu
terhenti tangan waktu
Adakah yang seayu mu

Ku ingin bicara mu
inginkan kau tahu
Ku selalu di sisi
itu yang pasti

Dan mula kita berkata
meluahkan semua
Apa saja yang di minda

Ku ingin bicara mu
inginkan kau tahu
Ku slalu di sisi
itu yang pasti

Walau pada matamu
ku hanya teman mu
Dekat tapi jauh
dari hati mu

Ku ingin bicara
ku ingin masanya
Ku slalu disisi
itu yang pasti

Walau pada matamu
ku hanya teman mu
Dekat tapi jauh
dari hatimu

Ladadaadaa




|| mahu download MP3 lagu ini ? sila terjah sini


Sekian, wassalam.

12.11.10

Mahu Yang Baru.

Salam.



Saya mahu tukar template ini blog. Kesian blog ini, dah lama tak berganti template. Aku sudah jumpa template yang memikat hati. Ada sesiapa yang mahu editkan? Tak pun silalah ajar saya. Hurmm.


Kalau ada yang sudi, boleh la roger aku okey. Kerjasama dan pertolongan anda amat saya hargai :)





|| aku memang suka mencapap :)


Sekian, wassalam.

10.11.10

Dua Saja.

Salam.

Tinggal dua sahaja lagi. Tak sabar mahu balik rumah. Mahu cuti-cuti besarkan badan. Ahaha.




Okeylah. Have a nice day okey kawan-kawan.



|| saya sayang kamu, teletubbies purple :)


Sekian, wassalam.


6.11.10

Sukar.

Salam.

Entri kali ini adalah bersifat peribadi sedikit. Andai anda tidak suka dengan entri seperti ini, anda bolehlah meninggalkan laman ini. Aku tidak akan memaksa, kerana aku juga tidak suka dipaksa berbuat sesuatu yang aku tidak suka.





Aku pun tidak tahu, setiap kali tiba dipenghujung semester seperti sekarang ini pasti perasaan seperti ini akan menjengah kerelung hati ini. Andai aku nampak gagah, itu adalah palsu. Andai aku nampak kuat, itu adalah tipu. Andai aku nampak gembira, itu sekadar sandiwara. Aku juga seperti insan lain, kadang-kadang takut untuk menghadapi bayang-bayang yang kita sendiri reka, namun aku tetap gagahkan jua.

Luahan di blog ini sudah tegar menjadi wadah kepada aku, kerana aku bukanlah gemar menceritakan apa yang aku lalui kepada sesiapa pun. Namun, ia cukup untuk aku berasa sedikit selesa, sedikit tenang. Aku tahu kawan-kawan aku juga membaca blog picisan aku ini. Jadi aku tidak boleh meluahkan segalanya. Aku lebih suka mendiam. Kerana itu adalah aku.

Indah sungguh melihat orang bahagia. Aku tidak menyesal dengan aku yang aku hadapi sekarang ini. Kerana aku yang mengambil risiko untuk melalui ini semua. Aku tidak akan marah, aku tidak akan menangis. Aku akan tetap menutup segala yang berlaku dengan senyuman yang penuh kedukaan.

Fahamilah bahawa, untuk aku memulakan ia adalah senang tetapi untuk aku mengakhiri sesuatu adalah sukar. Mahu atau tidak, aku tetap dan perlu hadapi. Biar masalah yang mendatang ini menjadi ikhtibar serta sejarah hidupku. Biarpun aku telah melalui peristiwa yang hampir sama sebelum ini.
Fahamilah bahawa aku juga manusia yang lemah, kadang kala meluka dengan jalan yang dipilih. Namun, aku tetap akan memaluinya, kerana ini adalah jalan yang aku pilih. Doakan aku terus kuat, sabar, gembira serta tenang. Insya Allah.

Sekian, wassalam

5.11.10

Menanti Sirna.

Salam.




Hujan, Sejuk,
Aku terbelenggu,
Segala terhenti, menanti,

Minit, Saat,
Aku ternoktoh,
Segala keliru, celaru,

Panas, Terik,
Aku termenung,
Segala hilang, habis,

Siang, Malam,
Aku tertunggu,
Segala musnah, hancur,

Sentiasa aku menanti ketibaan sirna itu.





|| okey sudah. jom tidur. opss! jom study :)


Sekian, wassalam.

3.11.10

GiveAway Domain From MelRomeo.COM

Salam.






Kali ini aku mahu mencuba nasib. Mana tahu aku berada dalam kalangan yang bertuah kan?


GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM

Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS

1. Alie

2. Istiqomah

3. Syika

4. Nas
 

MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG

GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM




aku just tag suka-suka saja. kalau ada rezeki adalah. wish me all the best okey. paper untuk final tinggal lagi 3 je. tak sabar mahu cuti. huhu.




Sekian, wassalam.


Blog Widget by LinkWithin