Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

25.3.11

Contest:Gambar Paling Sengal by Jamban Comel

Assalamualaikum.


Selamat petang semua. Harap korang semua sihat. Mood untuk update blog dan menyertai contest semakin menebal. Hehe.

klik untuk ke entri contest

Untuk kali ni aku nak join contest dari blog Jamban Comel. Untuk keterangan lanjut korang boleh pergi terjah blog beliau. Banyak perkara-perkara serta entries yang menarik dekat blog beliau. Blognya pun kemas walaupun gelap je.

Gambar yang dipertaruhkan untuk contest gambar paling sengal adalah seperti berikut.




untuk Jamban Comel, kau pilih la sendiri okey gambar mana yang okey. Ahaha.

Slogan :: saya seorang yang sengal sebab saya suka masuk jamban hari-hari tanpa mengira waktu, situasi dan tempat.

Dengan suka citanya saya ingin mengajak NAZRUL dan CHIKA untuk join

||aku saja letak gambar besar-besar dan harap-harap aku menang :)



Sekian, wassalam.

23.3.11

Giveaway zalin onceitalk.com

Assalamualaikum.


Cuaca di persekitaran aku sejak dari pagi tadi adalah mendung dan hujan renyai-renyai saja. Membuatkan hari ni kesejukkan dan menambahkan kemalasan untuk aku melangkah ke kelas. Hehe.


Tujuan entri petang yang dingin ini dikarang adalah bagi menyatakan hasrat aku bagi menyertai giveaway yang telah di anjurkan oleh blogger Zalin.

Caranya sangat mudah dan senang. Ssesiapa yang tak join rugi tau. Blog bro ni best. simple but nice. Aku selalu singgah kat sana. Kalau ada entry yang best dan menarik aku akan drop aku punya sekali. Hehe.


So pada sesiapa yang nak join giveaway beliau, boleh lah terjah "Giveaway Zalin Once I Talk" ataupun klik je banner GA beliau yang kat atas ni. Sehubungan dengan itu aku mahu tag, saudari istiqomah untuk join :)


Tak lupa juga nak ucap setinggi tahniah kepada semua calon SPM 2010 yang mendapat keputusan yang cemerlang. Teruskan kecermelangan anda itu. Bagi yang tak berapa nak berjaya, teruskan usaha. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.



Sekian, wassalam.

1.2.11

Giveaway eqbalzack "SEDUT KASI ABES!"

Assalamualaikum.


Mari kita bercerita okey. Ini adalah kesinambungan dari Kisah Si Ngeng. Tapi kali ini versi Giveaway eqbalzack "SEDUT KASI ABES!" punya. Hehe.

*****************


Alkisah bermula apabila Si Ngeng dan sahabat-sahabatnya di tempat letak kereta. Mereka berempat menghampiri sebuah kereta yang kecil dari luar, tapi besar di dalam. Sesudah pintu kereta dibuka.

"Ngeng! Awat kotoq sangat kereta hang ni. Eeee, aku bukan boleh kotoq-kotoq ni." pekik Si Papan.

"Ala, chill la bro. Macam kau tak biasa kotor-kotor ni. Yang buat kotor-kotor ni pun kau la, tahu tak?" balas Si Ngeng.

Si Cerah dan Si Rambut hanya gelak je. Si Papan pula masam mencuka bila di marah oleh Si Ngeng. Dalam kalangan mereka ini, Si Ngeng la yang paling tegas dan garang.

"Sudah-sudah. Rambut, tolong ambilkan high power car vacumm kat bonet belakang." arah Si Ngeng kepada Si Rambut.

Maka bergegas la Si Rambut mengambil vacumm tersebut. Lalu dihulur ke Si Ngeng

"Kau Papan tak buat muka seposen sangat." tambah Si Ngeng sebelum memulakan proses pembersihan kereta miliknya.

Si Cerah dan Si Rambut hanya mampu tersenyum. Si Papan memandang Si Cerah dan Si Rambut dengan pandangan yang tak puas hati. Lalu di cubit mereka berdua.

"Argh! Sakitlah" jerit Si Rambut dan Si Cerah.

"Ish! Apa je la korang ni. Cerah kau bukak dashboard dan ambil glade car gel country garden lepas tu pasang. Biar wangi sikit kereta aku ni" arah Si Ngeng.

Si Papan memberi senyuman sinis kepada Si Rambut dan Si Cerah.

"Rambut, kau je la yang bawak kereta hari ni. Mata aku pedih la terkena habuk tadi. Kau Papan tolong buang habuk-habuk dan kotoran kat vacumm ni kat tong sampah sana. Cerah pastu letak non slip dashboard tu elok-elok ok." arah Si Ngeng lagi.

Maka berlarilah Si Papan terkedek-kedek seperti itik pulang petang untuk membersihkan vacumm tersebut.

"Sudah-sudah. Masuk kereta cepat. Perut aku dah lapau da ni." jerit Si Rambut.

Maka, masing-masing masuklah ke dalam kereta untuk menuju ke kedai Simpang Empat. Sepanjang perjalan tersebut, mereka hanya berdiam sahaja menikmati haruman yang baru dipasang sebentar tadi.

*****************



Entri kali ini adalah berkaitan GA yang di anjurkan oleh Abg Eqbalzack

Agak-agak korang kreatif ke cerita aku ni atau sekadar penyedut hampasgas hampeh? Lantaklah apa yang korang nak cakap. Hanya Abg Eqbalzack yang menilai dan tentukan. Kepada sesiapa yang mahu join GA ni boleh la terjah secara gelojoh ke blog Abg Eqbalzack okey.

Before leaving, i wanna tag Hakim



|| Semua watak di atas adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


Sekian, wassalam.

26.1.11

Bloglist Sandiwara Seorang Insan@Syafiq Rosli

Assalamualaikum.





klik gambar untuk terjah blog beliau :)


Oleh kerana malam ni aku malas nak update entri yang macam tak best, maka aku berblogwalking saja lah. Dalam berjalan-jalan, berlari-lari dan kadang-kadang merangkak aku semacam seronok mahu join bloglist Syafiq Rosli.

Just, buat simple entry untuk aku di senaraikan dalam bloglist beliau. Maka terhasil la entri yang simple dimple pimple ni.

Anda yang mahu join, pergilah terjah blog blogger kacak tersebut, Syafiq Rosli. Cepat-cepat sebelum terlambat.





|| amacam bro, besar kau punya gambar aku tepek. hehe


Sekian, wassalam.

23.1.11

Siapa Punya Header Paling Cool?!

Assalamualaikum.

Selamat petang ahad semua. Mood blogging kali ni lebih kepada menyertai contest saja kot. Hehe. Tadi berjalan-jalan dari blog ke blog yang lain. Aku ternampak contest ini dari blog Emora. Jadi macam terseronok je nak join contest ini.

Silalah baca tajuk entri ni. Harap anda sudah faham mengenai apa contest ni. Here we go.


Contest ini dianjurkan oleh Mujuez. Untuk syarat dan terma boleh lah terjah blog Mujuez sendiri okey.



Mengenai header itu, gambar itu diambil ketika photoshot oleh aqeelstudio untuk pre-wedding abang aku tahun lepas. Aku hanya menoda perisian PS yang terdapat dalam lappy aku semalam sejam je untuk mendapatkan hasil yang sebegitu. Harap maklum.

Mari doakan aku berjaya reramai dan berjemaah supaya boleh menang hadiah-hadiah yang ditawarkan. Sebelum mengakhiri entri contest ni, aku mahu meng-tag

- Cik Lulu
- Kak Alie
- Akim
- lagi 2 orang tak tau nak tag sapa dah. sesiapa yang mahu join, dialu-alukan :)




Sekian, wassalam.

18.1.11

JINKAMEN Giveaway

Assalamualaikum.





Sudah lama tak join Give Away atau Contest. So kali ni, aku di tag untuk join simple Give away anjuran JINKAMEN oleh rakan blogger yang bernama MAMAT.

Berikut adalah gadjet kesayangan aku.

1) Compaq Presario CQ40


aku selalu gunakan untuk membuat assignment, online, tengok movie, edit gambar dan sebagainya yang berkaitanlah.


2) Sony Ericsson U100i (Yari)


untuk kegunaan sehari-harian. Berhubung dengan mak aku, si comot, kawan-kawan dan untuk hal-hal yang berkaitanlah.

Bila sudah di tag mesti la kena tag orang lain pula kan? Jadi aku mahu tag

- Istiqomah
- Jaya Jr
- Alie


|| headphone dan earphone aku semua sudah musnah. harap-harap menang la GA ni. hehe


Sekian, wassalam.

28.11.10

Picture Of My Life Contest


Salam.

 boleh klik sini : Picture Of My Life Contest

Entri kali ini adalah bagi melunaskan tag yang telah diberi oleh Kak Alie, senior seperjuang di Lorong Haji Taib IPG. Tag kali ini merupakan contest yang beliau telah join. Syarat contest ini memerlukan pesertanya tag 3 orang blogger untuk penyertaan.

Jadi aku dengan ini mahu tag 3 orang rakan yang sememangnya gemar bercerita.  Hehe. Meraka adalah Zalin, Hans dan Aisyah.

Okey kita mula bercerita sekarang okey.


 kaki melangkah seiring walaupun seribu halangan.

Orang kata, semakin lama kita mengenali seseorang itu bertambahlah kebencian kita terhadapa orang tersebut. Mungkin ada pro dan kontra dengan apa yang dikatakan itu. Namun, siapa kita untuk menjadi jaguh bagi menhakimi seseorang itu. Diri ini pun tidak sempurna lagi mahu sempurnakan orang lain. Yang bias kita lakukan hanyalah member sedikit peringatan serta teguran bagi membetulak seseorang disamping memperbetulkan diri sendiri juga.

Dua tahun mengenali meraka, terlalu banyak kenangan yang tercipta. Manis ada. Pahit pun turut mengambil tempat dalam simpanan memori kami. Dalam kedukaan yang terlaku pasti menimbulkan kemanisan kemudian hari. Begitu juga sebaliknya.

Di peringkat awal, hubungan kami semua dipenuhi kemanisan. Walaupun terpalit jua kepahitan dalam kalangan kami sendiri, namun masing-masing bijak melakonkan watak bagi menyembunyikan kepahitan itu. Gunung berapi jua pun meletuskan lavanya, masakan tahap kesabaran manusia biasa seperti kami.
Pada suatu peringkat dimana masing-masing mula membawa haluan kiri untuk meluahkan ketidakpuashatian terhadap si polan dan si anu. Maka berlakunya, pertengkaran antara kami. Suasana yang ceria dan sentiasa disulami gelak tawa, tertukar menjadi hambar dan masam durja. Setelah setahu lebih memendam rasa, maka terluah jua pada hari tersebut.

Tidak lama selepas itu, dimana satu frasa yang masing-masing cuba untuk menjernihkan keadaan yang kami sendiri keruhkan. Alhamdulillah, semua yang keruh telah kembali jernih. Kini, kami lebih berhati demi menjaga sebuah perhubungan yang kami harapkan dapat memberi seribu satu kenangan dan keberkatan dari Yang Maha Kuasa di hari mendatang kelak. Benarlah kata orang tua, setiap perhubungan itu pasti ada pasang dan surutnya.

Biarlah apa jua yang orang lain kata tentang kami, kami tetap bersatu demi menepis segala tohaman, pandangan serong segelintir manusia di sekeliling kami. Kami tahu, kami tidak sehebat yang lain, tapi kami tetap bersyukur kerana kami masih mampu bersama. Semoga apa yang kami pernah lalui sebelum ini tidak berulang kembali. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, moga kami tetap dibawah paying rahmat dari-Nya. Insya Allah.
 
Semoga kita terus kekal bersatu walau apa jua yang mendatang.

=tamat=




|| sebuah dedikasi buat sabahat, teman, kawan dan juga rakan.

Sekian, wassalam.



3.11.10

GiveAway Domain From MelRomeo.COM

Salam.






Kali ini aku mahu mencuba nasib. Mana tahu aku berada dalam kalangan yang bertuah kan?


GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM

Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS

1. Alie

2. Istiqomah

3. Syika

4. Nas
 

MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG

GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM




aku just tag suka-suka saja. kalau ada rezeki adalah. wish me all the best okey. paper untuk final tinggal lagi 3 je. tak sabar mahu cuti. huhu.




Sekian, wassalam.


16.6.10

Keputusan Anniversary Contest.

Salam.

Seperti yang dijanjikan, sekarang tibalah waktu aku mengumumkan keputusan contest yang dianjurkan tempuh hari. Kali ini bukan cobaan mahupun gimik. Kali ini memang real lagi betul punya pengumuman keputusan. Okey malas mahu mengomel berjela, straight to the point.

Setelah mendapatkan beberapa pandangan dari mereka-mereka yang berkenaan, akhirnya inilah keputusan yang telah dibuat oleh aku sendiri.

Sebab aku memilih beliau sebagai pemenang adalah :

klik gambar untuk pergi ke blog pemenang

Mematuhi syarat penyertaan. Elemen yang diterapkan dalam gambar tersebut mencukupi. Iaitu elemen air, tumbuhan dan awan. Walaupun aku tak meletakkan sebarang spesifikasi untuk memenangi pertandingan ini, tapi beliau telah mempertaruhkan gambar yang terbaik. View gambar tersebut cantik. Itu jelah.

Kepada yang tidak berjaya, jangan berkecil hati. Cuba untuk next contest okey. Gambar korang pun cantik-cantik juga. Namun, seperti yang aku taip di atas gambar beliau mempunyai apa yang korang tak ada. Hehe.

Oleh yang demikian, Fiq akan menerima hadiah yang belum ditentukan lagi bersama gambar yang telah dicuci dan di framekan oleh aku. Peserta lain juga akan menerima juga sedikit saguhati daripada aku sebagai tanda kenang kenagan.

Di sini juga, aku ingin memohom maaf jika sepanjang pertandingan itu dijalankan dan dalam tempoh keputusan ini diumumkan aku ada berbuat salah kepada korang. Harap kesilapan aku itu korang maafkan. Aku sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Semoga pertandingan seperti akan memngeratkan lagi ikatan silaturrahim antara kita sebagai blogger amnya dan sebagai muslim khasnya.

Sesungguh yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diri aku sendiri.

Sekian, wassalam.

13.6.10

Dan Pemenangnya Adalah...

Salam.


Selamat berhujung minggu. Berseronoklah di hari ahad ini sebelum bekerja pada esok hari. Hehe. Aku sudah seminggu bertapa di rumah, maklumlah aku kan sedang bercuti sekarang ini. Jangan cemburu sama aku okey.

Di sini ini aku ingin membuat pemberitahuan sedikit kepada mereka yang berdebar menunggu keputusan contest yang aku anjurkan tempoh hari. Hehe. Aku sebenarnya saja je peram keputusan itu lama-lama. Bukan lupa okey. Bikin mereka yang ambil bahagian gementar sedikit. 

Hadiah untuk contest aku tak cari lagi sebenarnya. Hadiah utama aku akan berikan kepada johan sahaja. Peserta yang lain-lain akan mendapat saguhati daripada aku. Gambar anda akan aku print out dan akan di framekan. Kemudian aku akan post ke alamat anda. Kalau aku rajin, aku akan buat sendiri frame tersebut, kalau kurang rajin aku akan beli frame yang comel untuk gambar anda tersebut. Hehe


Baiklah, aku nak bagi mereka berdebar lagi ini. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :



















Keputusan akan di umumkan pada 16 Jun 2010 jam 11 malam. Harap maklum :)



|| kepada peserta yang baca entry ini, sila tinggalkan emel anda di ruang komen ini okey. Kerjasama anda amatlah di hargai


Sekian, wassalam


1.6.10

Pengumuman Mengenai Anniversary Contest.

Salam.

*penyertaan telah ditutup*

Dengan segala rasminya, aku mengumumkan bahawasanya penyertaan untukanniversary contest blog aku telah di tutup. Jadi sehubungan dengan itu aku serta kan kepada anda semua link mereka yang telah mengambil bahagian untuk contest aku yang julung kali diadakan ini. 

1) http://www.gnesop.com/2010/05/our-moment-with-nature-contest.html

2) http://akumerpatiputih.blogspot.com/2010/05/our-moment-with-nature-contest.html

3) http://sepisendirian.blogspot.com/2010/04/contest-bukan-pornografi-zikeryhassan.html

4) http://miloicekaw1119.blogspot.com/2010/05/our-moment-with-nature-contest.html

5) http://kisah-ahmoichantek.blogspot.com/2010/05/our-moment-with-nature.html

6) http://nisajijah.blogspot.com/2010/05/our-moment-with-nature-contest.html

7) http://highnessfiq.blogspot.com/2010/05/our-moment-with-nature-contest.html

8) http://zaiikulim.blogspot.com/2010/05/our-moment-with-nature-contest.html

9) http://shahril-talei.blogspot.com/2010/05/our-moment-with-nature.html

10) http://greenrose1213.blogspot.com/2010/05/our-moment-with-nature-contest.html

Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah mengambil dan menyertaan contest di blog picisan aku ini.

Penilaian akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Pemenang akan ditentukan oleh aku bersama dengan penasihat yang aku telah lantik sebelum contest ini dijalankan. Hadiah juga adalah semampu aku selaku pelajar institut pengajian tinggi sahaja. Hehe. Keputusan akan diumumkan bila-bila masa sahaja dari tarikh hari ini.

Sekian, wassalam.


30.5.10

Anniversary Contest.

INI ADALAH STICKY MODE ENTRY. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERBARU.



Salam.



Sempena ulang tahun kedua kewujudan blog ini, aku dengan bangganya menganjurkan sebuah contest yang berkonsepkan fotografi.

Terbuka kepada semua blogger. Lelaki dan juga perempuan.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai contest ini.

  1. Upload sekeping gambar anda bersama rakan-rakan/keluarga yang berlatar belakangkan alam semulajadi (nature). Rujuk entri ini.
  2. Ceritakan serba sedikit mengenai gambar tersebut. Lagi ringkas lagi bagus. Ringkas dan padat.
  3. Sertakan poster contest dan link-kan ke blog ini.
  4.  Publish entri tersebut dan link-kan entri tersebut pada ruangan komen entri sticky mode ini.
  5. Entri penyertaan anda tidak perlu bersifat sticky mode entry

Apabila anda sudah mengambil bahagian, rajin-rajinlah menjenguk blog picisan ini untuk sebarang update terbaru.Kalau nak senang jadilah salah seorang follower aku :)

Tak lupa juga, ajaklah rakan-rakan blogger anda yang lain untuk menyertai contest ini. Lagi ramai lagi meriah.


Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan di ruang komen entri sticky mode ini. Harap maklum.

** update terbaru 30/5/2010
penyertaan akan ditutup tepat jam 12 tengah malam esok. jadi kepada yang sudah, akan dan mereka yang tidak memenuhi syarat pertandingan atau yang mahu menukar gambar lain, bolehlah berbuat demikian sebelum jam 12 tengah malam esok. harap maklum
Sekian, wassalam.


14.5.10

Jom Bercuti.

Salam.

venice, here i come!!

Apa khabar anda semua? Harap sihat-sihat sahaja okey. Ada rindu sama aku kah? Haha.

Mesti anda semua tertanya-tanyakan kemana agaknya aku nak bercuti. Ahaha. Itu hanya provokasi sahaja. Sila jangan tertipu. Aku mahu bercuti di atas kerusi meja study ini. Hal ini adalah kerana aku akan menghadapi final exam.

Sila jangan tertipu juga dengan semangat ke-study-an aku itu. Itu hanyalah harapan aku yang menggunung. Di kesempatan ini juga aku ingin memohom kemaafan dan keampunan sekiranya ada salah dan silap aku terhadap anda semua selaku pembaca blog picisan ini.

buku-buku tersebut tiada kena mengena dengan kos aku. ahaha.

Doakan juga kesejahteraan kesihatan dan kebagusan otak aku dalam mengingati semua yang aku study-kan. Hehe. Tidak lupa juga kepada semua guru-guru pelatih di  IPG seluruh Malaysia, happy study and all the best untuk kalian.

Baiklah setakat ini sahajalah untuk kali ini. Kalau aku tak boleh nak fokus dan terasa rindu kepada anda semua, akan aku update lagi blog picisan ini okey. Adiosa~


|| jangan lupa untuk sertai contest yang aku buat okey. cepat sebelum terlambat :)

Sekian, wassalam.

5.5.10

Vision vs Action.

Salam.

Apa khabar anda yang sedang membaca hasil penulisan yang tidak hebat di blog picisan ini. Aku harap anda semua berada dalam keadaan yang stabil mood nya. Alhamdulillah, aku masih dikurniakan dengan kesihatan yang sempurna.


Apa yang sedang fikirkan mengenai qoute di atas? kalau di terjemah ke dalam Bahasa Melayu, matlamat tanpa tindakan umpama bermimpi di siang hari, tindakan tanpa matlamat umpama bermimpi di malam hari.

Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT, kita seharusnya wajar bertindak mengikut waras akal bagi mencapai matlamat yang telah kita sendiri telah tetapkan. Sebagai contoh, aku sebagai seorang blogger, aku mahukan setiap hasil penulisan aku diberikan komen. Itu matlamat aku. Oleh yang demikian aku telah berusaha memperbaiki hasil penulisan aku dari sehari ke sehari. Komen-komen yang aku terima itu, tidak kira ia bersifat positif yang membina mahupun bersifat negetif yang ingin menghentam.

Jadi jelaslah di sini bahawa, usaha yang dilakukan tanpa hala tuju tidak mempunyai nilai serta bermakna pada diri kita. Mungkin jika di lihat dari segi usia blog aku dengan blog-blog yang popular. Blog aku jauh lagi ketinggalan dari blog-blog mereka yang terkenal. Tidak perlu aku berikan contoh. Mereka berusaha dengan gigih untuk mendapat hasil yang setimpal dengan usaha mereka tersebut. Bukan menidakkan kehebatan blog-blog mereka, tetapi aku jadikan blog-blog mereka itu sebagai suatu persaingan yang sihat untuk aku memajukan lagi blog aku ini.

Aku berharap suatu hari nanti, blogger di Malaysia ini tidak lagi dipandang serong oleh segelintir masyarakat yang hanya menilai keburukan ber-blog berbanding faedah serta manfaat ketika ber-blog. Akhir sekali, majulah para blogger untuk negara :)

Sekian, wassalam.

|| contest yang aku anjurkan macam tiada sambutan sahaja. sedih lah gini :'(

12.4.10

Our Best Moment With Nature Part 2.

Salam.

Tengah-tengah malam beginilah aku berkesempatan untuk update blog yang tak seberapa ini. Al-maklumlah student macam aku ini memang selalu sibuk. Dengan tugasan dari pensyarah lah, itu lah, ini lah.

Okey, untuk entri kali ini aku akan pulish part 2 our best moment. Haha. Jangan tanya aku kenapa ada banyak sampai 2 bahagian. Sebabnya adalah aku punya blog, jadi aku punya caralah. Hehe. Jadi anda semua layankan sajalah gambar-gambar di bahagian kedua ini okey.

 ini kenangan masa Bina Insan Guru berkayak ke Pulau Rhu.

 ini pun masa BIG. 1st time solat atas pasir.

 atas batu di Pantai Bukit Keluang.

 atas batu yang sama seperti gambar di atas.

ini masa berkelah di Lata Tembakah besama-sama semua classmate.

Itu sahaja gambar yang aku mahu capubkan. Aku saja-saja nak imbau kembali memori aku. Kadang-kadang kita perlu pandang ke belakang untuk muhasabah di masa hadapan.


Sekian, wassalam.


10.4.10

Our Best Moment With Nature.

Salam.

Untuk entri kali ini aku ingin kongsi bersama anda semua gambar gambar. Ini adalah koleksi peribadi aku. Kebanyakkan gambar gambar yang disiarkan ini gambar beramai-ramai dan merupakan sebahagian momenten terindah dalam hidup mereka yang berada di dalam gambar tersebut.

  gambar ini diambil sewaktu percutian keluarga di Port Dickson

 ini pula percutian di Pulau Langkawi. aku tak dapat nak ikut.

 gambar diambil di Pantai bukit Keluang. berlatar belakangkan set penggambaran filem apa entah. ahaha.

 ini di Taman Tamadun Islam. kontoi ke Kuala Terengganu semester lepas.

ini joging ke Pantai Bukit Keluang. 


Inilah bahagian pertama. Selepas ini menyusul pula bahagian kedua. Jadi nantikan bahagian keduanya kemudian okey. Hehe.


Wassalam.


Bila.

Salam.

Bila sunyi mendatang,
Jauhkan aku dari rindu,
Kerana aku tiada pautan.

Bila riuh menjengah,
Dekatkan aku pada ia,
Kerana aku mendambakannya.

Bila keliru mendekat,
Jarakkan aku daripadanya,
Kerana aku belum berkudrat.

Bila bahagia mencari,
Dekatkan aku kepadanya,
Kerana aku dahagakan ceria itu.





|| aku telah punyai idea untuk contest sempena ulang tahun blog aku. jadi nantikanlah entri berkenaan contest tersebut okey.


Wassalam.

Blog Widget by LinkWithin