22.6.11

3 #WordlessWednesday

Assalamualaikum.

(klik untuk tumbesaran sempurna)





Sekian, wassalam.

21.6.11

Maaf

Assalamualaikum.




Dalam kita tak sedar kita sedang menyecewakan orang lain. I'm so sorry. Saya hanyalah insan biasa yg tidak akan mampu memuaskan semua orang.

Tapi perlu ke bangga dengan kejahatan diri sendiri?




||teguran secara random. siapa makan cili dia yang terasa pedasnya ;)



Sekian, wassalam.

19.6.11

New Sem, New Hope

Assalamualaikum.




Saat kalian membaca coretan ini, aku sudah pun dalam perjalanan pulang ke tanah Besut tercinta. Cuti tiga minggu terasa sekejap je.

Tak ada apa yang menarik pun cuti kali ni. Sebab aku bukan gemar nak berfoya-foya (padahal takde duet). Cuti kali ni gak la pertama kali aku berjumpa dengan blogger-blogger hebat. Lepas ni tak tau la boleh jumpa lagi ke tak kan.

Untuk semester kali ni, jadual dah keluar. Subjek takde la banyak sangat. Tapi teori banyak dari amali. tu yang macam tak best tu. Huhu. Redha je la. Hope pensyarah yang ajar semua okey. Sebab untuk subjek minor semua pertama kali ajar kelas aku.

Buat bakal-bakal junior yang akan mendaftar esok. Selamat menjadi sebagian warga IPG. Kalau korang tak minat, pupuklah minat korang perlahan-lahan okey. Insya Allah satu hari nanti korang akan berasa seronok dengan profesion perguruan ni. (poyo je aku).

Kepada Syed #retismajalahremaja kau takyah nak down-down sangat. Bukan semua yang kita nak kita dapat. Lama-lama nanti okey la tu. Pape pon all the best untuk kau.

Lastly, selamat hari bapa untuk abah :)

Aku rasa takat tu je la. Pape pon doakan aku selamat sampai ke IPG tercinta tu okey.




|| harap ramai junior yang comel dan single :P



Sekian, wassalam.

18.6.11

Kisah Semalam

Assalamualaikum.




Kisah semalam
Membekan di jiwa
Membekas di hati
Membentuk rasa pahit

Kisah semalam
Mengamit sebuah memori
Membina sebuah sangsi
Mencakna rasa cinta

Kisah semalam
Mengakhir sebuah derita
Memulakan secebis kasih
Menjadi pengalaman hidup

Kisah semalam
Mengajar hari ini
Menghargai kehadiran cinta
Merasai kasih sayangku



Sekian, wassalam.

15.6.11

2 #WordlessWednesday

Assalamualaikum.







Sekian, wassalam

12.6.11

Hidup Ini

Assalamualaikum.




Hidup ini bagaikan lalang,
Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan,
Bukan tiada pendirian tetap,
Namun takdir telah ditentukan.

Hidup ini penuh pancaroba,
Sekejap bersuka, sekejap berduka,
Bukan tiada kegembiraan,
Namun suratan menentukan segala.

Walau apa pun yang berlaku,
Hidup ini harus ku teruskan jua,
Demi Tuhan sekalian alam,
Insya Allah.



Sekian, wassalam






Sekian, wassalam.

8.6.11

1 #WordlessWednesday

Assalamualaikum.






Sekian, wassalam

7.6.11

[MP3] Hazama AF9 - Cinta Teragung

Assalamualaikum.



Single untuk kesemua finalist AF9 dah keluar. Korang dah dengar? Aku dah. Kalau belum, korang boleh dengar kat sini. Boleh dengar sampai lebam. Tapi dalam banyak-banyak single tu, aku just suka Hazama punya single je. Aku tengok AF9 pon sebab ada Hazama je. Ahaha.




Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku



Amacam? Terbaik tak? Kalau nak jadikan sebahagian koleksi lagu-lagu korang, boleh klik SINI



|| aku harap Hazama boleh jadi juara. Peserta AF9 yang lain aku tak suka. Haha. #kejam




Sekian, wassalam.

6.6.11

Update Bodoh-Bodoh

Assalamualaikum.

Dah seminggu rupanya aku bercuti. Tinggal lagi dua minggu je. Sekarang ni pon dah masuk minggu ke dua dah pon. Errr. Abaikan ayat macam hape aku tu. Haha.

sumber gambar Fad Ali

First week bercuti tak banyak pon aktiviti. Paling seronok pon berjumpa rakan-rakan blogger. Macam lambat je kan aku update pasal tu. Kalau korang ternampak gambar-gambar kat FB aku korang tau la. First night time kot join gath macam tu. Sebelum ni tak berkesempatan, berkelapangan. Ada yang tak berapa nak familiar pon aku ada kenal. Semua yang turun, semua #retis. Aku je tak.

Plan untuk hari-hari cuti yang mendatang? Rasa macam takde apa sangat. Jumaat nanti, ada kenduri cukur jambul dan aqiqah baby Areef. Sabtu pergi kenduri kahwin rakan sekelah time sekolah rendah. Aku bila entah nak kahwin. Mak nak jodoh satu :)

Itu sajalah kot untuk kali ni. Update sempoi-sempoi je. Malas nak update pasal #retis gaduh dengan artis. Haha. Ada beza iye disitu. Doakan je yang terbaik untuk semua pihak dan perkara macam ni tak timbul lagi.



|| kalau tak suka lu orang boleh pangkah siap-siap okey. Kalau suka boleh komen kot :)


Sekian, wassalam

5.6.11

Dunia Hari Ini

Assalamualaikum.




Dunia hari ini
Semakin hipokrit
Semakin binasa
Semakin kejam

Dunia hari ini
Menghalalkan haram
Membenarkan salah
Mencerahkan gelap

Dunia hari ini
Hilang akhiratnya
Hilang sopannya
Hilang kebenarannya

Dunia hari ini
Kembalikanlah sinar-Nya
Kembalikanlah hikmah-Nya
Kembalikanlah lindungan-Nya




|| sekadar renungan untuk aku, kau, saya, awak, kita, kamu, mereka, anda dan sesiapa saja



Sekian, wassalam

4.6.11

[MP3] Meet Uncle Hussien ft Hazama - Pokok

Assalamualaikum.

Jom layan lagu terbaru Meet Uncle Hussien feat Hazama.



Cuba korang hayati lirik lagu ini. Macam kena je dengan isu yang hangat kat dunia blog sekarang ni. Apa korang tak tahu? Korang blogger la kot, sebab tu tak tahu. Hihi.


first time aku dengar masa ni la.


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok



Ini yang hazama nyanyi. Download MP3 (klik sini)


Sekian, wassalam.

3.6.11

Aku Nak Bertindiklah

Assalamualaikum.




Jika diperhatikan, dewasa ni ramai yang sudah tidak peduli tentang hukum hakam. Bak kata orang, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Sebenarnya telah lama aku perhatikan benda ni, namun aku hanya mampu memerhati saja. Tapi untuk kali ini aku rasa terpanggil untuk membangkitkan isu ini. Mungkin segelintir dari kita menganggap hal ini remeh dan telah menjadi trend semasa.

Isunya, lelaki bertindik. Rasa jelik aku memerhati lelaki yang bertindik ni. Macho sangat ke? Cantik sangat ke? Aku cukup menyampah kalau jawapan yang diberikan seandaikan soalan yang diajukan adalah seperti berikut :

Soalan : Bukankah haram lelaki memakai perhiasan wanita?

Jawapan : Ala sekarang ni kan trend. So narrow minded la kau ni

Atau

Jawapan : Zaman sekarang lelaki dengan perempuan sama je.

Rata-rata yang aku perhatikan, lelaki yang bertindik ni mempunyai pendidikan yang tinggi. Namun, mana silap tentang didikan yang diberikan dan dituntut aku sendiri pun tak pasti.

Sebelum aku menaip tentang isu ni, aku ada gak membuat sedikit pembacaan. Jadi dengan pembacaan tersebut dapatlah disimpulkan di sini.



Hukum lelaki bertindik
Bertindik ni dikhaskan bagi wanita sebagai perhiasan untuk diri mereka. Jadi bertindik telah menjadi lumrah atau fitrah wanita.  Perbuatan ni adalah ditegah dalam Islam berdasarkan hadis berikut :

Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat orang yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan orang  yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547).

Oleh itu, hukum lelaki Islam bertindik adalah haram.



|| betulkan aku jikalau aku salah.



Sekian, wassalam



2.6.11

Aku Nak Bersara, Boleh?

Assalamualaikum.


Sedikit luahan hati aku.

gambar mungkin tiada kaitan

Tak faham aku dengan dunia blog sekarang ni. Macam-macam hal. Terasa mahu bersara je dari berblog. Naik jelik aku dibuatnya.




Sekian, wassalam.



Blog Widget by LinkWithin