Showing posts with label blogger hebat. Show all posts
Showing posts with label blogger hebat. Show all posts

6.6.11

Update Bodoh-Bodoh

Assalamualaikum.

Dah seminggu rupanya aku bercuti. Tinggal lagi dua minggu je. Sekarang ni pon dah masuk minggu ke dua dah pon. Errr. Abaikan ayat macam hape aku tu. Haha.

sumber gambar Fad Ali

First week bercuti tak banyak pon aktiviti. Paling seronok pon berjumpa rakan-rakan blogger. Macam lambat je kan aku update pasal tu. Kalau korang ternampak gambar-gambar kat FB aku korang tau la. First night time kot join gath macam tu. Sebelum ni tak berkesempatan, berkelapangan. Ada yang tak berapa nak familiar pon aku ada kenal. Semua yang turun, semua #retis. Aku je tak.

Plan untuk hari-hari cuti yang mendatang? Rasa macam takde apa sangat. Jumaat nanti, ada kenduri cukur jambul dan aqiqah baby Areef. Sabtu pergi kenduri kahwin rakan sekelah time sekolah rendah. Aku bila entah nak kahwin. Mak nak jodoh satu :)

Itu sajalah kot untuk kali ni. Update sempoi-sempoi je. Malas nak update pasal #retis gaduh dengan artis. Haha. Ada beza iye disitu. Doakan je yang terbaik untuk semua pihak dan perkara macam ni tak timbul lagi.



|| kalau tak suka lu orang boleh pangkah siap-siap okey. Kalau suka boleh komen kot :)


Sekian, wassalam

2.6.11

Aku Nak Bersara, Boleh?

Assalamualaikum.


Sedikit luahan hati aku.

gambar mungkin tiada kaitan

Tak faham aku dengan dunia blog sekarang ni. Macam-macam hal. Terasa mahu bersara je dari berblog. Naik jelik aku dibuatnya.




Sekian, wassalam.



6.4.11

Mencari 777

Assalamualaikum.




Sekarang ini angka follower menunjukkan jumlah 770 orang. Tinggal 7 orang lagi mahu mencecah ke angka 777. Jadi aku dengan sedikit bermurah hati ingin memberi saguhati kepada follower tersebut.

Tapi hadiah yang bakal aku beri bukanlah hadiah yang lumayan sangat. Hal ini kerana, aku sekadar seorang pelajar yang kos sara hidupnya cukup-cukup makan dan minum je kadang-kadang. Hadiahnya adalah sekadar memberi top up berjumlah RM 10 sahaja.

Kepada bakal follower aku yang ke 777 tu sila tinggalkan link anda pada komen entri ini. Apabila anda mengomen sila nyatakan butir-butir seperti berikut :

  • Nama blog 
  • URL blog
  • Email untuk dihubungi

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Bukan senang mahu melihat aku bermurah hati seperti ini.


Sekian, wassalam.

5.5.10

Vision vs Action.

Salam.

Apa khabar anda yang sedang membaca hasil penulisan yang tidak hebat di blog picisan ini. Aku harap anda semua berada dalam keadaan yang stabil mood nya. Alhamdulillah, aku masih dikurniakan dengan kesihatan yang sempurna.


Apa yang sedang fikirkan mengenai qoute di atas? kalau di terjemah ke dalam Bahasa Melayu, matlamat tanpa tindakan umpama bermimpi di siang hari, tindakan tanpa matlamat umpama bermimpi di malam hari.

Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT, kita seharusnya wajar bertindak mengikut waras akal bagi mencapai matlamat yang telah kita sendiri telah tetapkan. Sebagai contoh, aku sebagai seorang blogger, aku mahukan setiap hasil penulisan aku diberikan komen. Itu matlamat aku. Oleh yang demikian aku telah berusaha memperbaiki hasil penulisan aku dari sehari ke sehari. Komen-komen yang aku terima itu, tidak kira ia bersifat positif yang membina mahupun bersifat negetif yang ingin menghentam.

Jadi jelaslah di sini bahawa, usaha yang dilakukan tanpa hala tuju tidak mempunyai nilai serta bermakna pada diri kita. Mungkin jika di lihat dari segi usia blog aku dengan blog-blog yang popular. Blog aku jauh lagi ketinggalan dari blog-blog mereka yang terkenal. Tidak perlu aku berikan contoh. Mereka berusaha dengan gigih untuk mendapat hasil yang setimpal dengan usaha mereka tersebut. Bukan menidakkan kehebatan blog-blog mereka, tetapi aku jadikan blog-blog mereka itu sebagai suatu persaingan yang sihat untuk aku memajukan lagi blog aku ini.

Aku berharap suatu hari nanti, blogger di Malaysia ini tidak lagi dipandang serong oleh segelintir masyarakat yang hanya menilai keburukan ber-blog berbanding faedah serta manfaat ketika ber-blog. Akhir sekali, majulah para blogger untuk negara :)

Sekian, wassalam.

|| contest yang aku anjurkan macam tiada sambutan sahaja. sedih lah gini :'(

Blog Widget by LinkWithin