Salam.
Sudah lama rasanya tak buat entries yang serius. Tadi aku ada terbaca status one of my friend di FB. Status beliau adalah seperti yang telah di print screen kan di bawah ini :
Bagi pendapat aku lah, cinta jarak jauh ni sesuatu yang sangat mencabar. Kenapa? Ni adalah beberapa sebab yang aku nak kongsi :
1) Kejujuran
Dalam sesebuah perhubungan, tidak kiralah jauh mahupun dekat, kejujuran adalah faktor yang penting. Sifat mahmudah ni harus dipraktikkan baik lelaki mahupun wanita. Tambah-tambah yang bercinta jarak jauh. Kalau boleh, terus teranglah dengan pasangan anda. Jangan biarkan rahsia-rahsia yang sepatutnya pasangan anda perlu tahu, tetapi beliau tak tahu.
2) Kepercayaan
Jika kita mengambil risiko untuk melakukan hubungan jarak jauh, letakkan kepercayaan kepada pasangan anda. Namun, janganlah kita mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang telah diberikan itu untuk kita berlaku curang atau apa sahaja yang boleh merosakkan perhubungan tersebut.
3) Komunikasi
Kita bukan berada pada zaman mak bapak kita bercinta yang memerlukan kita menulis surat dan sebagainya. Jadi gunakanlah kecanggihan teknologi yang sedia ada untuk berkomunikasi dengan pasangan anda. Kalau tak boleh 3G, call. Kalau tak boleh call, sms. Kalau tak boleh sms, ym or komen di sosial networking. Kalau semua tak boleh, pandai-pandailah korang.
Itu sahaja sebab-sebabnya.
Aku sebenarnya pernah melalui frasa percintaan jarak jauh ini. Bagi aku, memang best dan sangat menguji kesabaran. Pada yang bermasalah tu, cuba perbaiki kelemahan yang ada dan anggaplah permasalahan tersebut sebagai ujian dalam percintaan. Itu pun salah satu faktor yang boleh mematangkan korang juga. Lainlah korang memang tak boleh nak setia pada yang satu. Tak dapat den nak nolong.
Kepada yang sedang hangat bercinta, SEMOGA BERBAHAGIA.
Sekian, wassalam.
Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts
22.6.10
1.6.10
[TOPIK] Bila Aku Berseorang Aku Akan...
Salam.
kudos to google
Holla Malaysia. Selamat Pagi. Sebenarnya aku tak tidur seharian ini. Pagi-pagi buta orang lain sedang lena di ulik mimpi basah indah aku tak boleh nak lelap mata pula. Jadi aku on lappy dan online FB, pastu aku kacau sambil layan sengal Si Kacak Hans. Ahaha.
Dalam pada tak boleh tidur muncul pula idea. Jadi aku capai buku catatan dan pen. Aku draft apa-apa yang patut. Bila idea muncul jangan sesekali lepsakan ia okey. Hehe. Itulah tabiat aku. Sebelum aku melalut bukan-bukan jom la layan topik pada entry kali ini iaitu, bila aku dot dot dot :)
Bila aku duduk di tempat ramai orang...
aku suka dan gemar perhatikan setiap gelagat manusia yang ada di situ. Mana yang menarik akan aku perhatikan sampai aku puas. Tapi aku kalau ada perempuan seksi tak pandang langsung. Nak jaga iman beb. Hehe. Aku jelik dengan mereka yang berpakaian tak cukup kain ini. Lagi-lagi kalau yang melakukan itu sebangsa da seagama dengan aku. Buat malu je mereka tu. Aku juga tak suka tempat yang sangat crowded. Rimas.
Bila aku nak tidur...
aku akan sumbat telinga aku dengan earphone. Dengar lagu dari MP3 atau hand phone aku. Layan. Sambil-sambil itu aku beranganlah yang aku ini penyanyi pujaan gadis-gadis sopan diseantero dunia. Kadang-kadang idea untuk blogging juga boleh timbul. Sebagai contoh, entri yang anda sedang baca ini. Hehe.
Bila aku dalam perjalanan pulang ke kampung atau pulang ke IPG tercinta menaiki bas...
aku akan sumbat telinga dengan earphone sambil menikmati setiap saat perjalanan itu. Kalau pulang bercuti, aku akan imaginasi yang seronok-seronok sahaja. Kalau pulang dari bercuti imaginasi indah aku terbantu apabila assignment, kelas ect. menerpa. Kalau pulang di siang hari akan aku perhatikan hutan , bukit bukau dan juga kenderaan yang lalu lalang. Kalau pulang pada waktu malam, akan aku perhatikan bulan, bintang ataupun aku tidur sahaja. Hehe.
Aku rasa takat itu sahajalah habit aku ketika bersendirian di dalam situasi tersebut walaupun aku rasa ada banyak lagi. Tapi aku tak larat nak tulis semua. Mengantuk weyh.
Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan dan luahkan sahaja di ruangan komen.
Sekian, terima kasih.
Labels:
[topik],
facebook,
google,
hans punya blog,
sendirian
22.5.10
[TOPIK] Antara Online Dan Study. Mana Pilihan Anda?
Salam.
Dalam seminggu ada 7 hari. Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam ada 60 minit. Dalam 60 minit ada apa anda semua fikirlah sendiri okey. Hehe. Aku bukan mahu mengajar matematik. Ini adalah sebahagian mukadimah aku untuk entry aku kali ini. Okey.
Apa khabar? Harap anda semua sihat. Aku masih dalam mood exam lagi. Namun dengan hujan yang mencurah ketika ini membuatkan aku terasa ingin menaip entry terbaru. Ahaha.
Dalam seminggu ada 7 hari. Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam ada 60 minit. Dalam 60 minit ada apa anda semua fikirlah sendiri okey. Hehe. Aku bukan mahu mengajar matematik. Ini adalah sebahagian mukadimah aku untuk entry aku kali ini. Okey.
Aku percaya setiap dari yang baca entry aku ini mempunyai akuan laman sosial. Kalau dulu friendster. Up sikit myspace. Paling popular sekarang facebook. Itu belum termasuk laman sosial yang tak disebutkan lagi itu.
Dalam sehari, aku mesti menghabiskan masa sekurang-kurang separuh dari masa aku untuk online facebook. Memang tak sah kalau tak online. Aku lebih rela online dari study. Ahaha. Nak tidur pun aku online. Bangun tidur pun aku online. Niat dihati memang mahu study. Tapi muka buku tu membuat aku jadi tertagih.
Aku tak tahu dadah jenis apa yang dia orang letak di facebook tu. Haish. Memang malas betul mahu study bila ada connection internet yang membolehkan aku membuka laman sosial tersebut. Laman sosial atau so sial? Ahaha. Lu orang fikirlah sendiri.
Anda pula bagaimana?
Sekian, wassalam.
Labels:
facebook,
laman sosial,
myspace,
social networking,
study
16.4.10
Facebook Tempat Berfalsafah.
Salam.
Maaf kepada semua. Aku baru berkesempatan untuk meninggal nukilam di sini hari ini. Semalam aku cuba untuk menulis. Namun, mood aku ke laut disebabkan bebanan kerja.
Semalam jugalah aku melempiaskan ayat-ayat tersirat dan tersurat di status facebook sahabat aku. Aku bukan baik sangat, apatah lagi bijaksana tetapi apabila jiwa bergelora, perasaan melayang tidak tentu hala begitulah jadinya.
Jadi aku telah print screen komen tersebut buat tatapan anda semua. Aku pun tak sangka aku boleh mengeluarkan ayat yang sebegitu. Ahaha. Anda semua layankan sajalah okey?
permulaan ayat-ayat berfalsafah.
gambar yang bawah ini apabila kawan aku yang pernah jadi juara pidato kebangsaan masuk line.
sebenarnya ada komen yang lain antara gambar di atas dan di bawah ini.
tapi biarlah ianya menjadi rahsia.
kesian kat Aisyah, sebab dia kurang faham dengan ayat-ayat falsafah aku dan Aman. Hehe.
perbualan ayat-ayat yang penuh maksud tersirat dan tersurat terpaksa dihentikan sebab kesian pada Aisyah tu. Ahaha.
Jadi secara konklusinya, jangan bagi aku peluang walaupun sekelumit untuk aku berfalsafah. Bila aku sudah mula berfalsafah begitulah jadinya.
Baiklah setakat ini sahaja entri untuk kali ini. Semoga anda semua berbahagia dihari Jumaat, penghulu segala hari ini. Insya Allah. Sama-samalah kita berusaha ke arah kebaikan.
Sekian, wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)











