Showing posts with label hans punya blog. Show all posts
Showing posts with label hans punya blog. Show all posts

21.6.10

Cerita Taiwan Versi Hindustan

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Aku nak cerita ni, korang baca sampai habis ok. Kalau korang tak habis baca cerita ini, aku nak merajuk. Aku tak nak update dah blog ni. Aku tak pandai memujuk orang merajuk, tapi aku sangat pandai merajuk tahu.

Bila aku merajuk, rupa aku sangat buruk. Korang tahu kain burukkan? Ha. Rupa aku bukan macam tu lah. Bila aku merajuk, muka aku macam Min Dao. Itu bukan aku kata, itu Syika yang kata. Syika memang gemar dengan Min Dao. Macam tu gak la dia gemar dengan aku.



Syika kurang berminat dengan cerita hindustan macam Hans. Kalau korang nak tahu, Hans memang peminat nombor satu hindustan di Malaysia. Kalau tak percaya korang boleh la tanya dia sendiri.

Sekarang ini, aku masih tidak mempunyai tujuan menaip. Aku hanya biarkan jari jemari aku menari. Mungkin sudah berjangkit dari Alie kot. Jari Jemari Menari katanya.

Korang teruskan membaca ok. Dah nak habis pun. Terima kasih la kerana tidak membiarkan aku merajuk. Memang aku sayang korang ketat-ketat, sendat-sendat. Okeylah, tu saja.

|| satu lagi entry sampah aku. sila jangan sumpah aku. larikkkk.

Sekian, wassalam.


1.6.10

[TOPIK] Bila Aku Berseorang Aku Akan...

Salam.

 kudos to google

Holla Malaysia. Selamat Pagi. Sebenarnya aku tak tidur seharian ini. Pagi-pagi buta orang lain sedang lena di ulik mimpi basah indah aku tak boleh nak lelap mata pula. Jadi aku on lappy dan online FB, pastu aku kacau sambil layan sengal Si Kacak Hans. Ahaha.

Dalam pada tak boleh tidur muncul pula idea. Jadi aku capai buku catatan dan pen. Aku draft apa-apa yang patut. Bila idea muncul jangan sesekali lepsakan ia okey. Hehe. Itulah tabiat aku. Sebelum aku melalut bukan-bukan jom la layan topik pada entry kali ini iaitu, bila aku dot dot dot :)

Bila aku duduk di tempat ramai orang...
aku suka dan gemar perhatikan setiap gelagat manusia yang ada di situ. Mana yang menarik akan aku perhatikan sampai aku puas. Tapi aku kalau ada perempuan seksi tak pandang langsung. Nak jaga iman beb. Hehe. Aku jelik dengan mereka yang berpakaian tak cukup kain ini. Lagi-lagi kalau yang melakukan itu sebangsa da seagama dengan aku. Buat malu je mereka tu. Aku juga tak suka tempat yang sangat crowded. Rimas.

Bila aku nak tidur...
aku akan sumbat telinga aku dengan earphone. Dengar lagu dari MP3 atau hand phone aku. Layan. Sambil-sambil itu aku beranganlah yang aku ini penyanyi pujaan gadis-gadis sopan diseantero dunia. Kadang-kadang idea untuk blogging juga boleh timbul. Sebagai contoh, entri yang anda sedang baca ini. Hehe.

Bila aku dalam perjalanan pulang ke kampung atau pulang ke IPG tercinta menaiki bas...
aku akan sumbat telinga dengan earphone sambil menikmati setiap saat perjalanan itu. Kalau pulang bercuti, aku akan imaginasi yang seronok-seronok sahaja. Kalau pulang dari bercuti imaginasi indah aku terbantu apabila assignment, kelas ect. menerpa. Kalau pulang di siang hari akan aku perhatikan hutan , bukit bukau dan juga kenderaan yang lalu lalang. Kalau pulang pada waktu malam, akan aku perhatikan bulan, bintang ataupun aku tidur sahaja. Hehe.

Aku rasa takat itu sahajalah habit aku ketika bersendirian di dalam situasi tersebut walaupun aku rasa ada banyak lagi. Tapi aku tak larat nak tulis semua. Mengantuk weyh.

Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan dan luahkan sahaja di ruangan komen.

Sekian, terima kasih.

Blog Widget by LinkWithin