Salam.
Hari ini 1 hari bulan Ogos. Satu lagi lembaran baru terbuka. Semoga hari-hari yang mendatang ini akan memberi satu kenikmatan dalam mencapai kebahagian di dunia. Tidak lupa juga kebahagian di akhirat kelak.
Beberapa dari tarikh ini, maka akan bertambah juga bilangan pada usia aku. Angka belasan akan di tinggalkan. Maka datanglah angka puluhan. Namun, ada apa pada usia. Semakin bertambah usia, bukan bermakna bertambahnya amalan kita mungkin.
Ada orang, semakin bertambah usianya semakin bertambah dosa maksiatnya. Dan juga sebaliknya. Aku mohon agar dijauhkan dari semua itu. Semoga seiring dengan peningkatan usia aku nanti, maka bertambah jua amalan aku untuk bekalan di hari abadi kelak. Semoga aku dipeliha oleh-Nya. Insya Allah.
Seiring peningkatan usia juga, aku berharap tahap kematangan aku juga akan meningkat. Kalau boleh dijauhkan sifat-sifat kebudak-budakkan yang tak masuk dek akal. Agar hidup lebih harmonis dengan meraka yang aku sayangi. Keluarga, sahabat handai, rakan taulan dan mereka yang seagama dengan aku.
Semoga semuanya akan berjalan lancar nanti. Insya Allah.
Sekian, wassalam.

